09 November 2008

C-BOX?? SHOUTBOX??? Kenapa digunakan untuk merosakkan blog rakan??!!

masa teman ke pasir mas ari tu, sempat le teman berborak dengan seorang rakan lama..agak panjang juga kami berbual.. dan dalam perbualan tu tercetuslah rasa kecil hati beliau terhadap apa yang berlaku pada blog yang diilhamkan untuk rakan-rakan mengetahui perkembangan terkini.. apa yang beliau kesalkan ialah ada di antara pelawat2 blog yang melontarkan kata-kata yang tak sepatutnya di ruangan c-box di blog tersebut, yang sepatutnya di gunakan untuk bertukar-tukar pandangan dan menambah rakan dah bertukar kepada ruang untuk kecam mengecam.. oleh kerana terlalu geram dn dah tak terlayan maka beliau terus buang ruangan c-box tersebut dari blog nya.. terkejut jugak teman dengan apa yang dia bagitau tu.. maklum le teman pun dah lama tak surf internet dek kerana QRL teman. ari ni terlanjur teman surf blog teman ni, teman menjenguk le sekejap ke blog dia.. memang betul.. ruangan c-box dah di tiadakan.. kesian dia.. dia pun macam dah tak ada semangat untuk upload berita2 terbaru dek kerana kerakusan orang lain yang pada teman merosakkan blog dan juga semangat beliau..

teman akur dengan kepelbagaian ragam 'stesen2' yang ada di sekeliling kita.. kita tak mampu nak mengawal mereka untuk surf ke mana2 sahaja mereka nak surf.. dan bila mereka ke blog kita sekurang-kurangnya pada teman mereka tu nak kan info2 yang terbaru.. secara tak langsung turut menaikkan ranking visitor di blog kita.. tapi yang teman tak paham kenapa mesti meninggalkan pesanan2 yang tak sedap mata melihat dan tak berapa sedap untuk ditutur.. Alhamdulillah setakat nie ruangan c-box teman tak pernah lagi terjadi perkara macam tu.. dan teman mintak sangat2 jangan le jadi sampai macam tu.. sebab niat teman bukannya nak merosakkan sapa2 tapi sekadar menyampaikan sebarang info yang teman ada di samping mengumpul rakan2 dari merata ceruk lokalan..

kepada rakan2 ham bloggers, bersabar lah dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi di blog kita. cuma kita jangan cepat melenting dengan apa jua yang menyentap perasaan kita bila melihat sesuatu yang kita tak suka. dan teman rasa janganlah di layan pesanan2 yang tak sepatutnya di layan. tumpukan pada nawaitu kita untuk menambah eratkan hubungan ham kita.. InsyaAllah..

teman tau mungkin ada yang marah dan tak setuju dengan apa yang teman tulis ni.. tapi renung2kanlah.. tak ada faedahnya kita merosakkan blog rakan lain semata2 kerana kita tak setuju denga apa yang diperbincangkan.. masih ada lagi saluran lain untuk berbincang dan membetulkan sesuatu jika ada yang tersalah.. bukan dengan cara menghentam bloggers tersebut di blog beliau sendiri..

ok.. teman menulis apa yang teman rasa patut teman luahkan.. kalo ada yang terasa hati, teman mintak maap banyak2 dari ujung rambut ke ujung kaki.. i'm not perfect, that's the truth but as a human being and a friend, it is not an error to share the others sadness..

jumpa lagi.. 73...

I'm Backkkkkk!!!!!

mintak maap ler.. di penghujung tahun ni makin banyak pulak keroje.. kat saltmine no 1 pun QRL, kat saltmine no 2 pun QRL gak... lumrah hidup sebagai pendidik.. kena terima dengan seadanya.. tapi teman tak pernah lagi mengeluh kerana ini bidang yang teman pilih..

kebelakangan ni ada jugak teman pegi majlis eyebll rakan2 walaupun QRL.. itu pun kena curi ruang waktu yang agak terhad.. terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana sudi menjemput teman.

lepas raya ari tu teman ke majlis makan lemang rakan2 AREC TMJ di base 9w2BET.. ramai jugak rakan2 yang sempat teman jumpa.. yang baru yang lama semuanya ada.. tahniah lah dari teman untuk rakan2 AREC TMJ yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya. cuma sayangnya teman tak sempat nak titipkan foto sebagai kenangan sebab teman ke majlis tersebut setelah 'di kidnap' oleh ayah pin, 9w2CPJ sebaik sahaja teman selesai turun dari Gunung Tebu. jadi kamera memang tak ada le... kalau nak tengok foto2 semasa eyeball tu boleh layari blog abe jai, http://9w2wok.blogspot.com...

pada 7/11 teman ke pasir mas pulak ke mega eyeball rakan-rakan di sana.. memang grand majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Pasir Mas... kehadiran rakan2 dari serata ceruk rantau termasuk rakan2 dari HS9 tambah memeriahkan lagi majlis tersebut. teman bersama rakan2 dari setiu, 9w2NSR, 9w2IZT, 9w2PUZ bersama presiden kelab 4X4 Belantara, 9w2USU bergerak dari lokalan teman di sini selepas waktu maghrib.. sampai di sana sekitar QTR 9pm dan rakan2 dah memenuhi dewan.. untuk foto-foto lagi sekali kena layari http://9w2wok.blogspot.com... tapi teman ingatkan awal2 nie.. jangan terkejut lah bila tengok gambor teman dalam tu.. heh heh heh....

ok lah... kita sambung lain kali pulak.. teman nak beralih untuk siapkan tugasan lain pulak.. nanti teman sambung lagi..

QRX.. 73....

30 October 2008

jangan marah eh..

teman tengah banyak keroje.. ada masa nanti teman up date blog nih..

QRX....

16 October 2008

QRL...

minta maap le kengkawan semua.. terutama kepada mereka yang menghantar pesanan di c-box.. teman tak dapat nak balas keprihatinan anda semua...

teman memang agak QRL kebelakangan ini... beberapa jemputan untuk open house dan juga mega eyeball tak dapat teman penuhi.. jadi kepada semua rakan-rakan, teman mintak maap skali lagi..

pada 19/10 - 12/10 teman jadi guru pengiring untuk lawatan sambil belajar saltmine teman nie ke melaka dan kuala lumpur.. perjalanan menaiki keretapi bermula dari stesen tanah merah hingggalah ke tampin. perjalanan memang panjang dan agak memenatkan.. tapi kerana ramai di antara pelajar2 teman nie yang belum ada pengalaman menaiki keretapi, kita beri mereka peluang untuk measai suasananya. jam 8.30 malam di tanah merah dan sampai di tampin jam 8.00 pagi.. hampir 12 jam.

then naik bas pulak untuk lawatan dan seterusnya ke kuala lumpur.

11/10 jam 8.30 mlm naik keretapi dari KL Sentral pulak untuk balik ke terengganu. perjalanan agak lama kerana hampir jam 1 tengahari baru sampai di tanah merah.. it was more than 12 hours.. penat gilerrrrrrr... naik bas ke setiu dan sampai di base jam 3 petang..

12/10 tu jugak teman terpaksa melapor diri di pusat ko cawangan besut untuk Program Pendidikan Lepasan UPSR Peringkat Negeri Terengganu.. penat memang penat tapi tugas kena diutamakan.. teman bertugas di sana sampai 15/10.. tapi seronok gak tengok pelajar2 yang berbilang kaum buat aktiviti. hilang skit penat..

hari ni 16/10 teman ke Lata Belatan pulak untuk Program Unit Beruniform Sk Putera Jaya, bukan Putra Jaya KL tu.. tapi Putera Jaya di Setiu nih.. dan teman akan berada di sana sehingga 18/10...

18/10 tu pulak ada jemputan dari rakan AREC TMJ untuk majlis makan lemang sempena aidilfitri baru-baru nie.. InsyaAllah kalo berkesempatan teman akan ke sana.. teman cuba lah sedaya upaya teman..

jadi 10 hari straight teman berada di luar lokalan.. mintak maap le kalo ada pesanan dari rakan-rakan yang tak dapat dan tak sempat teman balas.. kalo ada masa yang terluang, teman akan qada kan balik masa teman di blog nie..

terima kasih semua..

73 de 9w2DAP..

p/s - takziah kepada 9w2XRR kerana kepulangan harmoniknya yang berusia setahun ke Rahmatullah pada 15/10/08 jam 9.00 mlm. kepada rakan-rakan yang ada no loceng beliau, titipkan lah sms sebagai tanda takziah kita.. Al-Fatihah...

p/s - juga kepada abe jai 9w2JLD, banyak banyak le makan ubat supaya cepat sembuh.. temam tak sabor-sabor nak berlumba dah nie... vrooommmmm... pissss... hik hik hik....

08 October 2008

time kasih rakan-rakan AREC TMJ

pada 4/10 yang lepas, jelopy sepupu kepada 9w2RRZ (cikgu rosdi) telah mengalami masalah di simpang empat kusial, tanah merah.. teman yang dihubungi oleh cikgu rosdi sendiri kemudiannya membuat loceng terbang ke 9w2JLD, wok jalal untuk mendapatkan nombor loceng 9w2YII.. oleh kerana QRL dengan sedikit tugasan teman tak dapat menghubungi 9w2YII, dan dengan bantuan wok jalal, beliau berjaya memberikan sedikit gambaran tentang masalah tersebut dan meminta bantuan cikgu yii kita untuk ke sana.

teman sampai di scene agak lewat, kerana bumper to bumper dan sedikit masalah jelopy.. setibanya teman di sana sudah ternampak kelibat 9w2YII, 9W2BET dan seorang lagi rakan yang teman tak QSL callsign nya. 9w2RRZ juga kelihatan sibuk menguruskan panggilan loceng.. maklumlah sudah tengah malam.. tak lama kemudian datang pula 9W2TXT dan sorang lagi rakan yang teman tak ingat juga callsignnya.. agak lama juga kami berada di situ.. sampai le jelopy tersebut pulih.. tapi teman terpaksa bergerak awal sebab teman perlu cepat sampai ke base untuk menyelesaikan urusan saltmine.

kejadian tersebut walaupun hanya satu peristiwa yang amat kecil, tapi ia memberi impak yang amat besar dalam kalangan warga ham sendiri.. betapa dengan kemudahan yang kita ada ini, kita mampu memberi pertolongan dan menerima bantuan walaupun secara dasarnya kita tak pernah mengenali wajah masing-masing. hanya audio sahaja..tapi semangat kekitaan inilah sebenarnya tunjang perpaduan di kalangan warga ham untuk menjadi lebih kuat dan bersatu.. teman bersyukur kerana di berikan minat sebegini, banyak faedah yang teman dapat.. ini juga antara kelebihan-kelebihan yang teman selalu war-warkan kepada mereka yang berminat dan ingin menceburi hobi ini. dan satu prinsip teman dalam ham yang selalu teman ingat ;

'jangan gunakan radio alat untuk mencari musuh, tetapi gunakan ia sebagai alat untuk mencipta rakan'......


terima kasih yang tak terhingga teman ucapkan mewakili 9w2RRZ kepada 9w2JLD, 9w2YII, 9w2BET, 9w2TXT dan dua rakan tersebut.. nanti kita TT smula deh...


- time kasih juga pada 9w2YON yang singgah di base teman semasa dalam perjalanan pulang ke kerteh pada 7/10... balik nanti jangan lupa panggil-panggil di udara yon.. akan kami pastikan anda masuk pukat kilat kami... heh heh heh....

TAKZIAH UNTUK 9W2BCA ( POK HAR LATI )

TAKZIAH...

hanya itu yang teman mampu katakan bila menghubungi 9w2BCA atau Pok Har dari lokalan Lati, Pasir Mas bila sahaja mendapat berita bahawa beliau kehilangan harmonik ke enam dalam satu kejadian kemalangan di Kg Gual Periok, Rantau Panjang pada 6 Oktober baru-baru ini. teman ada juga terbaca berita tersebut dalam tabloid KOSMO tapi tak terlintas langsung bahawa ia melibatkan rakan teman sendiri. untuk mendapatkan kepastian lanjut, teman menghubungi 9w2RRP, abe jie yang kemudiannya mengesahkan berita tersebut. lantas teman terus melayangkan loceng terbang kepada 9w2BCA dan hanya perkataan itulah yang mampu teman perkatakan.

kepada rakan-rakan yang membaca berita ini, sama-samalah kita berkongsi kesedihan dengan beliau dengan melayangkan sms atau menghubungi terus Pok Har kita di talian maxis 9881114.. semoga dengan kehadiran sms ini InsyaAllah akan merungkai sedikit kesedihan yang dialami oleh Pok Har sekeluarga.

Berikut adalah sedutan berita yang teman petik dari Harian Metro, Selasa 7 Oktober 2008..

Terpelanting dirempuh kereta

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM), kira-kira jam 8 malam hari kejadian.

Wina, seorang pengusaha salun kecantikan, berkata dia bersama suami, Azhar Che Ya, 40, dan lima anak pergi ke rumah ibu saudaranya dari rumah mereka di Kampung Lati bagi menghadiri majlis sempena Aidilfitri.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui bagaimana arwah tidak sempat melintas sedangkan dua abangnya sudah berada di tepi jalan.

Selepas kejadian itu, suaminya terus bergegas membawa Mohd Shahadah ke HPM untuk menerima rawatan lanjut, tetapi dia disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

“Kejadian itu memang tidak diduga berikutan tempat kejadian jalan kampung, ditambah pula ada majlis kenduri di kawasan berkenaan.

“Saya sedih dan kesal dengan sikap pemandu kereta itu kerana memandu terlalu laju,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Jenazah anak keenam daripada tujuh beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lemal jam 11 pagi semalam.

Seminggu sebelum kejadian itu, kata Wina, arwah agak manja kerana sering mengadu sakit dan menangis walaupun hanya luka kecil di jari dan lutut selepas terjatuh ketika bermain.

“Saya tak sangka perubahan itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami selamanya kerana dia agak pendiam berbanding adik-beradik lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim, berkata pemandu Wira Aeroback terbabit membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, petang semalam.

“Dia yang berusia 39 tahun yang melanggar mangsa tampil membuat laporan jam 6 petang ini (semalam). Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7908222 untuk membantu siasatan.


kepada Pok Har sekeluarga, teman sekali lagi mengucapkan takziah..


- AL- Fatihah untuk Allahyarham Mohd. Shaadah Azwina Azhar.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin.. Amin..

05 October 2008

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

selamat hari raya teman ucapkan kepada semua rakan-rakan ham atau pun yang bukan ham, yang melawat blog teman nih.. teman secara jujur memohon ampun dan maaf andaikata ada perbuatan dan juga kata2 teman samada di daratan mahupun udara, ataupun di blog ini yang menyinggung perasaan mana2 pihak.. segala kekurangan yang ada adalah kelemahan dari pihak teman sendiri manakala jikalau ada yang baik itu semuanya dari Allah SWT....

teman balik ke kg di sungkai pada 30/9, sehari sbelum raya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..cuma tak sempat juga nak berbuka bersama dengan family. takpelah nak buat macam mana.. teman dapat balik pun dah syukur seribu rahmat... adik beradik pakat berkumpul semuanya tahun ni.. jadi memang meriah sakan le.. nasib baik base ayah teman tu dah renovate ke rumah batu.. kalo idak runtuh le jawabnya.. heh heh..

terima kasih juga kepada rakan2 yang menghantar ucapan melalui sms.. yang mana sempat teman balas tu hendak-hendaknya dapat la yer.. yang tak sempat tu teman mintak maap banyak2.. mungkin teman QRL atau teman tak berapa perasan samada berbalas atau tidak..

juga tidak ketinggalan rakan ham yang teman anggap sebagai abang di utara, 9w2HLM, abg halim yang sentiasa memberi semangat dan perangsang pada rakan2 ham.. terima kasih bang halim kerana sudi singgah di sini..

teman kena keluor jalur dulu.. maklum le baru masuk saltmine. ada masa nanti teman sambung lagi..

QRX, 73 clear..

24 September 2008

MEGA EYEBALL AIDILFITRI RAKAN HAM KELANTAN

Makluman kepada semua warga radio Pantai Timur khususnya dari negeri Kelantan, satu program perhimpunan warga radio akan diadakan pada 11 Oktober 2008, hari Sabtu Semua warga radio di negeri Kelantan atau yang tinggal di luar Kelantan dan bercadang untuk pulang berhari raya, dijemput untuk menyertai program tersebut.

Bertempat di BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga radio tak kira dari apa saja persatuan dan pertubuhan sama ada dari persatuan komersial maupun persatuan radio amatur seluruh negeri. Program ini merupakan program gabungan kelab-kelab radio di seluruh negeri Kelantan.

15 buah kelab yang terdiri dari kelab radio amatur dan juga kelab komersial yang telah berkesudian hadir mewakili kelab masing-masing ke mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Program Eyeball Raya pada 21 September 2008 di PKG Ketereh (SK. Ketereh). Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pak Sukeri (9W2DTS) mewakili pihak ASTRA Cawangan Kelantan selaku pencetus idea bagi program ini merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

" Friendship Throughly Air Wave"

* di petik dari - http://astrapantaitimur.blogspot.com/

- minta maaf abe yie sebab tak dapat hadir masa meeting. semoga semua berjalan lancar dan all the best untuk rakan-rakan penganjur majlis..

22 September 2008

9w2NSR heh heh heh....

nie lah tok guru teman dalam arena automotif, pakar bedah jelopy di setiu nih.. handle PAK NASIR.. memegang callsign 9W2NSR.. jaga-jaga... garang nih... kalo dia tau gambo dia di publish kat blog nih, masak teman kena rebus dengan dia.. heh heh heh.. tapi orangnya baik.. walaupun suka menyakat dengan suara garangnya...

hidup pak nasir... hidup 9w2NSR.. selamat ari raya...

tengah melantak megi di malam hari di restoran de' river...

majlis berbuka puasa PEMANCAR Besut


pada 20/9/08, rakan rakan dari PEMANCAR Besut telah mengadakan satu majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Restoran Kuning, Alor Lintang... dianggarkan lebih 100 rakan amatur dari pelbagai kelab telah hadir memenuhi jemputan. teman bersama 9w2NSR dan 9w2CPJ mewakili SCORE Setiu turut bersama-sama rakan lain dari BELANTARA, AKRAB dan PUTRA menjamah hidangan berbuka yang agak pelbagai. turut kelihatan di majlis itu ialah 9m2SIX (pak nan) dan 9w2PKG (pak ku) yang merupakan OT dalam ham di Terengganu ini.

kepada PEMANCAR Besut, terima kasih sekali lagi atas jemputan.

21 September 2008

9w2NHS Pak Awi




kebetulan selepas melawat pak Sufian, 9w2SBO, teman panjangkan lagi langkah mengunjungi base seorang lagi rakan ham yang tinggal berdekatan. beliau yang di maksudkan ialah Pak Awi, dengan callsign 9W2NHS.. Alhamdulillah base beliau terselamat dari bencana tersebut walaupun jarak diantara base beliau dan lokasi kejadian hanyalah lebih kurang 500 meter sahaja. teman sempat jugak mensasarkan beberapa keping foto di base beliau. base yang cantik dan ada jeep pulak tu... heh heh..

base 9w2SBO dilanda puting beliung



pada hari jumaat yang lalu (19/9/08), lebih kurang jam 12.40 p.m, satu kejadian telah menimpa pak sufian, 9w2SBO di mana base beliau di besut telah di landa bencana puting beliung. teman telah diberitahu oleh ayah pin, 9w2CPJ selepas solat jumaat dan terus bergegas ke sana bertemu dan melawat beliau. kejadian yang berlaku lebih kurang 10 minit itu turut merosakkan beberapa rumah berhampiran. dalam kejadian itu, base beliau mengalami kerosakan yang agak kritikal di mana kebanyakan bumbung rumah tercabut di bawa angin. bahagian dapur mengalami kerosakan yang teruk. kepada semua rakan ham yang membaca berita ini, dapatlah kiranya menghubungi pak sufian untuk bertanyakan khabar kerana kita warga ham sentiasa mengambil berat rakan-rakan yang lain.

18 September 2008

eyeball di base 9w2USU (poksu pi)

malam 16/9 ari tu, poksu pi 9w2USU buat eyeball menjemput rakan-rakan amatur dan juga 4x4. seronok jugak dapat berkumpul ramai-ramai di bulan pose ni.. ramai yang datang.. antaranya rakan amatur dari SCORE, PEMANCAR BESUT dan MEMBER KELAB BELANTARA 4X4..




poksu pi (berkopiah) bersama pak puzi, PUZ...




9W2CPJ (ayah pin) tersandar kekenyangan setelah membalun kerang rebus dan rambutan.


terima kasih poksu atas jemputan.. lepas ni tumbang-tumbang kan le sekor dua lembu tu yer... hik hik hik.....

15 September 2008

Majlis berbuka puasa

dari kiri leen, jamhari, roslee, razak, mazlan, cik lias, ani dan nasir.... teman?! tukang ambik gambor... heh heh...

pada 14 sept 2008 telah diadakan satu majlis berbuka puasa di antara Pengarah Pelajaran Negeri, staf dan jurulatih Pusat Kokurikulum JPNT. majlis ni jugak bersempena dengan program Ihya Ramadan yang setiap tahun di adakan.

tapi gambar yang kat atas ni di ambil lepas pada waktu berbuka... masa ni kitorang eyeball kat kedai... juz lari dari kebisingan... hahahaha...

9w2DRP

seorang rakan, teman dan juga abang
9w2DRP.. Pak Aduka
Tendong,Pasir Mas
Kelantan....
berkongsi minat yang sama
4x4 offroad challenge
biker's
we're on the same track, aren't we?!

legaaaaa...

minta maap le kengkawan.. dalam seminggu ni teman agak QRL dgn upsr dan juga keje keje lain.. tambahan pulak line internet ada problem.. so teman tak dapat nak surf dan membalas mesej mesej yang di hantar melalui c box.. tapi walau apa pun teman ucapkan terima kasih pada semua rakan yang sudi singgah di blog teman dan menitipkan sedikit kata kata walaupun blog teman cuma ada c box je...

ari khamis baru ni selesai satu lagi agenda bagi guru guru yang mengajar subjek upsr.. teman pun tak berkecuali.. yang penting sekarang kena cari agenda untuk pengisian hingga ke akhir tahun. tapi tengok muka bebudak tu, teman rasa ceria la jugak.. tapi doa teman biar lah diorang lepas...

dah setengah bulan kita berpuasa.. dan tak lama lagi raya lah kita.. semua pakat nak balik ke kampung.. yang duduk jauh la ni.. yang dah duduk kampung sendiri tak ada banyak perkara yang nak difikirkan.. teman pun tengah duk berkira kira budget nak balik ni... aiiiiii... sakit kepala jugak..

pada rakan rakan di perak, teman mungkin akan balik pada 27 @ 28hb nanti.. tapi tak pasti lagi samada teman akan ikut jalan grik-lenggong-kuala atau ikut gua musang-cameron. tengok keadaan la nanti...sapa sapa yang masa cuti raya ni ada perancangan nak gi main air panas kat Sg Klah hot spring, boleh lah contact teman... pasal nak ke sana kena lalu depan rumah ayah teman... heh heh heh...

ok.. teman ada keje skit sambung lepas ni...

73 de 9w2dap

09 September 2008

blog kengkawan... mari kita meriah-meriahkan....

kebelakangan ni ramai rakan ham di pantai timur terutama di kelantan dan terengganu dah produce blog sendiri.. satu perkembangan yang baik dan menggalakkan... sekurang-kurangnya kita dah mengaplikasikan kemudahan IT yang kita ada untuk mencari lebih banyak informasi dan kenalan... yang mana ada kemahiran yang baik berbanding kita yang baru belajar nak buat blog ni, sama-sama lah kita bantu membantu... bukan untuk orang lain.. untuk rakan kita juga..


blog wak jalal, tumpat kota bharu
(victor 2 ringgit lima kupang)
http://9w2wok.blogspot.com/

blog PUTRA
(kelab rakan amatur pasir putih)
http://putrappkn.blogspot.com/

blog AKRAB
(kelab rakan amatur bachok)
http://akrabonline.blogspot.com/

blog 9w2YII/AREC TMJ
(kelab rakan amatur tanah merah, machang , jeli)
http://9w2yii-9w2yii.blogspot.com/

banyak lagi sebenarnya.. ni antara yang teman agak rapat dan dapat permission untuk publish di sini. nak publish rakan lain punye, takut jadi masalah pulak nanti...

ok 73 dulu... cherioooo....

UPSR datang lagi..

hari ni semua pelajar di tahun 6 seluruh negara menduduki UPSR.. sekalung tahniah dan syabas teman ucapkan pada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam proses membimbing anak didik mereka. teman paham akan kepayahan, kesukaran dan komitmen yang telah cikgu-cikgu berikan untuk memastikan anak didik kita berjaya... kerana teman juga seorang guru.. kita akan terus mendoakan kejayaan mereka.. dan berharap ilmu ilmu yang mereka ada akan di gunakan untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

satu perkara yang teman dapat rasakan setiap kali UPSR datang, sebulan sebelum tu kita para cikgu dah menggelabah memikiorkan pelajar-pelajar kita.. mintak mahap le teman bercakap dalam konteks UPSR.. rakan-rakan lain mungkin lebih stress.. yang mana anak didik mereka a akan menduduki PMR, SPM dan STPM.. walau apa jua bentuk exam nya, kita sebagai guru yang akan mula-mula terasa gedebak gedebuk.. macam kita pulak yang nak exam..

walau apa pun teman nak ucapkan pada semua pelajar di seluruh negara, 'SELAMAT MENDUDUKI UPSR'.. dan pada semua cikgu, terima kasih kerana sabar melayan kerenah anak murid sepanjang mereka mengenal diri dalam peringkat awal pembelajaran ini.. InsyaAllah, kejayaan sentiasa bersama kita.. THINK POSITIVE.

07 September 2008

Cara terbaru menyebar kuman HIV

sekadar peringatan... sebagai manusia kita kena sentiasa berwaspada. nie teman dapat dari kiriman email ke akaun teman.. teman rasa tak ada masalah untuk teman berkongsi dengan mike-mike semua...

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif

seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih....


1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.


2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.


3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .. Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .


4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.


5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .

04 September 2008

HISTERIA... Kenapa hanya gadis MELAYU saja yang di rasuk..

Kes-kes histeria semakin parah.. ada jer berita-berita di kaca tv dan media elektronik yang membicarakan tentang histeria. pelbagai pendapat di ambil.. dari pakar itu lah, pakar ini lah.. bomoh-bomoh.. ustaz-ustaz.. semuanya mempunyai jawapan tersendiri mengenai histeria ini. tapi persoalan tetap timbul.. walau di mana jugak berlakunya kejadian histeria ini, yang terkena rasuknya adalah gadis-gadis melayu.. kenapa tidak terkena pada gadis cina atau india atau bangsa-bangsa lain.... di bawah nie ada satu kes dan mungkin juga satu jawapan kenapa gadis melayu yang sering menjadi mangsa rasukan.. jadi kepada para gadis, BERHATI-HATILAH..

Biasanya histeria berlaku di bilik air, tandas, ruang tamu dan juga di dalam kelas. berikut satu kes yang terjadi di salah satu daerah di negeri perak.. tempat specificnya bior lah teman rahsiakan.. bila kejadian histeria ini berlaku maka di panggillah tok bomoh untuk membantu memulihkan gadis tersebut.. dan berikut adalah antara sedutan dialog di antara bomoh dan jin yang merasuk gadis terbabit..

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""


p/s.... bulan-bulan pose nie kena banyak senang-senangkan hati.. jangan stress sangat..ampun pakkk..

03 September 2008

sekali-sekala

What is Amateur Radio?

If you were to ask a dozen different amateurs what ham radio meant to them chances are you would get 12 different answers. Radio amateurs have discovered a richly rewarding high-tech hobby that has many different appeals to different people. Whether it is the ability to talk to local friends over the radio waves using a hand-held transceiver (HT), communicating digitally with packet radio to exchange personal messages or vital information in an emergency, talking to other hams anywhere in the world, or engaging in contests with other Radio Amateurs over the airwaves there is something for everyone.

Amateurs or Hams?

Amateurs are often affectionately called hams or ham radio operators and frequently the public is more familiar with this term than with the legal term Radio Amateur. The source of the name ham is not known but it has been around almost from the beginning of amateur radio radio in the early 1900s. The name amateur has nothing to do with skill or knowledge but rather implies that ham radio cannot be used for commercial or revenue generating purposes. It is truly a hobby but often one that makes a difference especially in emergency or disaster situations.

Modes of Communication

Amateur radio operators generally use radio transmitters and receivers to communicate with each other. As you will discover in these pages there are many forms of communication although voice (also known as phone) is still the most widely used. Some of the other forms of transmission are Radioteletype (Rtty), Morse code (CW), television, and digital modes such as Packet, Pactor and PSK-31. A recent survey shows that phone is the most widely used with CW standing second.

Getting Licensed

To become a radio amateur you will need to get a license. Licensing requirements are different in every country with different rules, privileges, and classes of license. Basically different levels of license gives different privileges on the ham bands. The more challenging the license requirements the more privileges that are granted and the more interesting and enjoyable ham radio becomes.


sources - http://www.eham.net/newham/whatis

SCORE

ni di antara foto rakan rakan SCORE yang teman ambik dari blog abe yii
( http://9w2yii-9w2yii.blogspot.com/)

9W2RTM

9W2RRZ


PUZ (PAK PUZI YANG GLAMOUR)


9W2MLM
TIMBALAN PRESIDEN SCORE

02 September 2008

yang teman janjikan.......

ni yang teman janjikan pada mike-mike yang pernah melawat blog teman dulu.








teman sambut konvoi rakan-rakan AREC TMJ ari tu pakai yang ni lah... tapi idak le lawa mana.
tak kisah le asalkan boleh pakai cukup le...

' sepohon kayu daunnya rimbun... lebat buahnya serta bunganya.. walau pun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.... walau pun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....'

p/s - ramadhan kan nie...hik hik hik...

Keberkatan Sahur : Jangan Tinggalkan

Di bulan Ramadan nie, mari kita renung-renungkan sejenak, atau bertazkirah untuk diri kita sendiri apa yang dapat kita lakukan ntuk menambah amalan kita sepanjang mengerjakan ibadah puasa ini. biarlah kita mensasarkan sesuatu yang tinggi supaya kita ada usaha untuk mencapainya.. Wallahuallam.....

BERDASARKAN beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a., Baginda bersabda: Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.

``Sahur ialah makan selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.

``Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh,'' jelas Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot.

Tambah beliau, imsak bererti menahan diri daripada makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu imsak adalah kira-kira 10 minit terakhir sebelum masuk waktu Subuh, iaitu bersamaan dengan bacaan 50 ayat al-Quran.

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata: ``Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya:

``Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: ``Kadar membaca lima puluh ayat.''

``Namun, seseorang yang makan dalam waktu imsak perlu berhati-hati dan tidak melebihi waktu terbit fajar kerana ia bertujuan sebagai peringatan kepada orang yang bersahur,'' katanya.

Beliau menjelaskan, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk bersahur, seperti tidur dahulu dan kemudian bangun untuk bersahur. Begitu juga bersahur sekadar meminum air dan buah kurma. Memadailah jika mendapat berkat daripada amalan bersahur.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Hadis riwayat Abu daud)

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma). Baginda bersabda lagi yang bermaksud: Allah merahmati orang-orang yang bersahur.

``Bagaimanapun, sebagai bekalan tenaga sepanjang hari, disarankan bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat supaya dapat menahan diri daripada kelaparan dan mendapat kekuatan,'' jelas beliau lagi.

Hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari.

Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat, ayat 18, maksudnya: Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.

``Bangun awal pagi untuk bersahur juga memberi peluang untuk melakukan amal ibadat seperti berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat tahajud dan sunat witir bagi yang belum melakukannya,'' ujarnya mengenai hikmah bersahur.

Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Firman-Nya: Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiaas taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: `'Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang.

Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur.

Menurut Ibn Hajar al-'Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Sahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. dan mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.

``Sahur juga menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan lapar pada siang hari, selain memberi kekuatan untuk beribadat bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari,'' ujar beliau tentang kelebihan-kelebihan bersahur.

01 September 2008

SCORE

nie antara orang kuat SCORE.. ada ramai lagi cumanya gambar diorang nanti teman upload lepas nie..


9w2 ASD


9w2 CPJ ( Ayah Pin)



9w2NSR, 9w2AFT, 9W2CPJ


BAPAK PRESIDEN REPEATER SCORE/ASTRA
9W2RSM

kemerdekaan dan ramadhan

sebelum terlupa bior le teman ucapkan dulu 'selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 dan juga kedatangan ramadhan al-mubarak..' semoga dengan kehadiran dua hari yang penting ini dapat menginsafkan kita dan terus menjadi pendorong untuk terus mendaulatkan negara tercinta tanpa meninggalkan kewajipan kita sebagai khalifah di atas dunia ini. dan teman bersyukur kerana sehingga ke hari ini teman masih lagi di beri peluang untuk terus menikmati kedua-dua hari yang amat bermakna ini.

sekalung tahniah juga kepada rakan-rakan SWAL yang dah berjaya melepasi RAE baru-baru ini. harapan teman agar rakan-rakan pergunakanlah dengan sebaik mungkin kelebihan yang kita ada.. gunakan dengan mengikut tatacara yang terkandung dalam 'guideline'.. hormati OT yang sememangnya lebih banyak pengalaman berbanding kita yang baru nak menyelami dasar yang amat dalam dan luas.. cari rakan bukan cari musuh..dan yang paling penting, dunia amatur bukan satu platform untuk mencari populariti dan kelompok pengaruh tersendiri. kalau ada yang bersikap demikian, tatapilah semula guideline dan bertanya lah dengan orang yang lebih tahu.. janganlah kerana tersalah cuma selangkah, bebannya bertebaran merata-rata. kerana apa? kerana kita mempunyai satu-satunya callsign yang tak dapat di aplikasi oleh orang lain. kalau callsign dah di cop tak comel, berhati hatilah sebab dunia kita teramat pantas informasinya.

ok.. cukup bab-bab peringatan... maklum le bulan ramadhan nie adalah bulan untuk saling mengingati.. kalo tak suke mintak mahap le ye..

teman surf blog rakan AREC TMJ tadi.. terjumpa le pulak gambo abang long teman dari Berangan Bay, Tumpat Kelantan... orang yang cukup hensem dan paling di kenali di pantai timur. mari kita tengok siapa dia.....



ni dia... 9w2JLD... wak jalal @ abe jai


hahaha... sudah lama tidak bersendaloka bersama beliau.. tapi kalo bercakap dengan dia memang tak kering gusi la jawabnya.. kalo yang pertama kali baru berjumpa dia memang kecut abis la tengok misai sarjan dia tu... tabik abe jai..

ok.. crita lain kali... lepas ni teman upload gambo yang teman janjikan dulu...

' pilu menyentuh hati... aku di kejutkan.. oleh sentuhan cinta duka... bagaikan taufan.. kau hempas cintaku.. sehingga aku terapungan....sentuhan cinta mu sayang.. panasnya membakar di hati di hati.. hari-hari yang berlalu menyentuh sepi......'


27 August 2008

balik kampong ler....

assalamualakum wbt..

lega rasanya bila dapat balik kampung time cuti sekolah nie. teman balik dalam 3 4 ari aje. itu pun sebab dah berjanji nak balik dan ramai anak anak sedara yang merungut lama tak tengok paksu dia. jadi kena balik la jugak.. heh heh... tapi teman terkilan jugak sebab tak sempat nak tunaikan janji teman nak berjumpa dengan wan lenggong, 9w2kss... teman balik lewat pada 19hb tu.. lalu tempat dia pun dah tengah malam.. malas pulak rasanya nak kaco orang time2 macam tu.. ari nak balik pulak berjanji lagii sekali tapi kena batal lagi pasal wan terpaksa ke lumut pasal ada urusan koje katanya.. jadi tak sempat juga ler teman nak berjumpa dengan dia.

16hb baru nie rakan rakan dari ARECTMJ singgah di setiu dalam perjalanan balik ke tanah merah dan machang. jadi rakan setiu berbesar hati menerima kunjungan mereka dan dengan komitmen rakan-rakan yang tak QRL, kami menanti mereka dengan hati yang terbuka.. maklum ler masa tu cuti sekolah baru bermula.. ada yang terlibat dengan urusan family, ada yang terpaksa menghadiri kursus, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. walaupun di iringi dengan keadaan cuaca yang tak menentu, semuanya selamat sampai di Rumah Rehat Setiu di mana rakan rakan lain sedang menanti. seronok rasanya dapat berjumpa dengan rakan rakan lama dan baru. terlepas juga rasa rindu teman pada ayah jie-9w2RRC.. cikgu han-9w2RBA, 9w2TXT, 9w2MIX, 9w2yii, dan ramai lagi yang tak dapat teman nak catat kan sorang2.. walau apa pun terima kasih sekali lagi pada semua rakan2 AREC TMJ dan rakan2 setiu yang sama2 dapat menjayakan majlis tersebut.

terima kasih rakan-rakan AREC TMJ



banyak lagi yang teman nak ceritakan.. tapi tunggu dulu.. balik dari bercuti ni, banyak tugasan yang menanti.. bior teman setelkan dulu..

selamat menyambut kemerdekaan ke 51
selamat menyambut ramadhan al mubarak

73 dulu.. cheriooooo...

'...ke manakah haluannya... bila cinta tenggelam terbiar... di dalam bencana dosa.. ke manakah aku terlontar.. bila jiwa di kunci derita... di dalam impian cinta..'

12 August 2008

penat weh........

teman nak mintak maap pasal dalam tempoh seminggu ni teman langsung tak surf di internet. terlampau banyak sangat keje yang terpaksa teman selesaikan. macam yang teman kabo kan dulu, duty comes first. dah setel barulah kita boleh tuju ke benda lain.

tapi bukannya teman ada niat nak menghilangkan diri. teman akan terus menulis di blog teman ni selagi teman mampu dan beroleh waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. sebab teman minat menulis.. tapi kadang-kadang hobi ni terpaksa kita lupakan due to our duty.

minggu ni benda yang teman idam-idamkan tu dah pun berada dalam genggaman teman. maka secara tak langsung tercapailah hajat dan cita-cita yang teman pendam dari bangku sekolah lagi. nanti teman describe apa bendanya sekali dengan gambor-gambor sekali. tapi jangan kata apa-apa yer kalo benda tu sebenarnya tak lah seelok mana pun.

teman sebenarnya tengah sakit kepala ni.. kadang-kadang sampai ke tahap tak de mood. everything yang kita buat rasa tak best jer. buka surat khabo meluat pulak teman nak baca dengan isu-isu politik dan dalam negeri yang di ulang-ulang setiap hari. macam tak ada benda lain nak di tulis. politician kita pulak tak menunjukkan sikap professional lansung.. government ke, opposition ke.. sama jer semuanya.. kalo teman tulis banyak-banyak nanti orang kata teman ni penyokong opposition party.. padahal depa tak tau.. teman dah meluat nak ambik tau pasal politik-politik ni. jadi free lagi lagi best.. boleh layan kepala... hahahahaha..

anak sedara teman tu rasanya tak lama lagi posting ler dia. bior dia kena jauh-jauh.. bior kena ngajor kat pedalaman... kena rasa jugak situasi mencabar.. kalau nak duduk kat bandor je baik keje kat super kinta ke, greentown ker.. wahahahaha..

ok lah... teman kena chow dulu... nak layan keje la pulak...

73 clear..

'ku singkap kenangan dulu... sewaktu kasih berputik... ku genggam erat tangan mu... kau tunduk sembunyikan wajah.. namun dapat aku menduga hati mu... sehati denganku... lalu kau mendongak... berbalas renungan.. dan dengan perlahan tangan kau lepaskan.. kau pun berlalu dalam kepekatan malam... tinggal aku sorang....' waaaaaaaaaaaaaaaa..........

04 August 2008

terima kasih semua.......

bila bercakap tentang masa, ramai yang akan mengangguk setuju kalo teman katakan kita semua tak mampu lagi mengatur masa dengan sebaik mungkin. bukannya maksud teman kita tak pandai dalam pengurusan masa, tapi kadang-kadang perkara yang kita dah rancangkan dengan teliti sebelumnya akan terubah secara tiba-tiba.. kerana apa? kerana ada perkara yang kita tak dapat pastikan dengan naluri dan pancaindera yang kita ada. itu adalah lumrah manusia. kalo ada yang berkata "aku bijak membahagikan masa dengan sebaik-baiknya" maka pada pandangan teman itu hanyalah sekadar zahir tapi apabila diperhati dengan teliti, tidak sesempurna itu pengurusan masa kita.. namun sebenarnya itulah yang terbaik, dengan kemampuan dan kebolehan yang kita ada, maka kelansungan hidup ini dapat kita jalani dengan agak sempurna.

Alhamdulillah kita di bekalkan dengan kebolehan dan akal yang tak dapat ditandingi oleh makhluk lain di dunia ini. penciptaan kita sebagai seorang insan adalah perfect berbanding dengan makhluk-makhluk lain ciptaan-Nya. haiwan mempunyai naluri tapi bukan perasaan, manakala kita mempunyai naluri dan perasaan yang seharusnya kita jaga sebaik mungkin. kerana keblehan dan kelebihan yang kita ada itu lah maka kita di utuskan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan ia dengan amal ibadat, tanda rasa syukriah kita pada Yang Maha Esa... InsyaAllah....

heh.. heh.. maap le teman macam berkhutbah sikit. sajer nak ingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab dan amanah yang ada di bahu kita. kadang-kadang takut juga, maklum le kita ni bukannya insan yang sempurna.. nak jadi contoh pada orang lain, terutamanya pada anak didik kita bukan satu tugas yang mudah. gerak geri dan tingkah laku kita saban masa di perhatikan. tak kira apa jugak yang kita buat. teman takut kalau ada tingkah laku kita yang tak baik akan menjadi ikutan pada anak murid teman. jenuh teman nak bersoal jawab nanti...

TERIMA KASIH kak yong atau 9w2YZU sebab dah link kan blog teman ni dalam blog kak yong. budi baik kak yong tak dapat teman nak balas.. cuma harapan yang teman simpankan dalam hati ni agar diberi peluang untuk berkenalan di daratan dengan kak yong pulak. biar pun baru sekali saja berpeluang untuk berkenalan di udara, namun jalinan ukhwah itu dah rasa macam dah lama terjalin. itulah kelebihan radio amatur yang selalu teman canang-canangkan pada rakan-rakan di sini... rakan-rakan yang dah ada AA dan juga rakan-rakan SWAL yang baru nak kenal apa itu radio amatur.

teman sebenarnya tak berapa pandai untuk menerangkan secara detail apa yang kita dapat bila kita menggunakan radio amatur sebagai alat komunikasi antara kita pada rakan-rakan SWAL. teman lebih suka depa merasai sendiri apa yang bakal depa dapat. sebab itu lah bila teman join konvoi atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan radio amatur, teman ajak depa ni join.. secara tak lansung minda depa ni teransang sikit berbanding dengan info yang kita bagi secara oral. itu pada pendapat teman le.. rakan-rakan lain mungkin ada cara depa yang tersendiri. kan manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. hik hik..

minggu ni teman tengah bedebor hati tunggu satu lagi hobi yang teman simpan sekian lama. sejak di bangku sekolah lagi. tapi teman tak boleh kabor le sekarang.. takut tak jadi.. jadi sekarang ni teman ibarat makan tak kenyang tido tak lena.. celik aje mata, teringat.. celik je mata, teringat.. hehehehe.. mintak-mintak le semuanya berjalan lancar... nanti le.. teman janji teman akan post kan apa yang buatkan teman jadi sengsara sementara ni dalam blog ni nanti..

apa-apa pun, terima kasih sekali lagi pada kak yong yang baik hati, para pembaca yang budiman.. kalo rasa nak letak apa-apa komen pun, letak le.. teman tak marah teman tak kisah.. malahan teman lagi suka.. sekurang-kurangnya teman tau apa kekurangan yang perlu teman baiki.

terima kasih SCORE,
terima kasih ASTRA,
terima kasih PEMANCAR,
terima kasih AKRAB,
terima kasih Vee 99,
terima kasih PARTS,
terima kasih HAM LENGGONG..

sayonara, 73 clear..


'ku kira engkau telah melupakan, kerna itu lah engakau nampak tenang, lain lah aku walau ketika ini, masih membara ingatanku terhadap mu......'
isk isk isk......

03 August 2008

gambo.... gambo...

haaaaaa... ni yang teman janjikan ari tu.. ni salah satu dari kegiatan masa lapang teman.. masuk hutan meneroka jalan jalan yang mencabar dam menguji kesabaran.. sape-sape yang berminat boleh join teman...







sports

dah 2 hari teman tak buka blog pasal berada di stadium hoki kuala terengganu untuk karnival hoki negeri. teman tak ambik bahagian le, cuma bawak bebbudak sekolah teman yang nak sangat masuk bertanding dan nak merasa main atas turf. saingan memang hebat. maklum le sekolah lain pun mempunyai pasukan yang handal-handal belaka. team sekolah teman tak pulak mengimpikan kemenangan. masuk suku akhir satu kelebihan. semi final satu kejayaan dan final itu merupakan satu bonus.

tapi bak kata orang bola itu bulat. tak kira le bola apa pun. team teman berjaya jugak melangkah ke semua peringkat sehinggalah ke final. di final bertemu dengan sk bukit diman, hulu terengganu dan keputusannya kalah 1-0. so dapat naib johan. tapi kepuasan pada setiap pemain dan juga jurulatih sendiri memang nampak nyata. dah teman katakan bila ke final itu ia adalah bonus yang sangat bermakna. dari segi saiz player, memang berbeza sakan le bebudak teman dengan team lain. depa badannya mengalah kan budak tingkatan tiga. bebudak teman... alahai... macam baru nak kenal dunia.. tapi kecik-kecik cili padi yob... heh heh heh..

buka blog pagi ni tengok ada komen feedback. bila buka tengok-tengok anak sedara teman yang tengah buat KPLI kat maktab kinta yang anto.. heh heh.. thanks along.. dia nie advance daripada teman. dalam bab-bab IT ni ler.. sebab dia sebelum masuk maktab koje sebagai specialist IT kat ipoh tu.. bab itu teman memang kalah.. tapi bab lain, teman terer lagi le.. hahahahaha... keme anak beranak kalau bergurau memang gila-gila punya.. kalau masa tu ada orang nak join, terpaksa pikior 5 16 kali... memang tak tahan telinga, jiwa dan raga.. heh heh.. ni kalo kome nak tengok komen along ni kat acu dia..

'This "SHAH" is my uncle...Acu Ganu.. Oooo..nak hadiah moto beso ye... Suwoh tok jual kebun sawit ye... Tok memang nak jual, tapi nak wat free family trip by MAS ke Bali... End of this year... acu xdpt join rasanya...u'r going to have extra classes for ur students... hehehe.. slmt tgl ye.. kami nak melancong ni...anyway kalau u free, cepat2 register nama pada cho... nak booking tickets nih...'

July 31, 2008 12:03 PM


kome jangan pecaya bulat-bulat tu.. tu gurau-gurau jer suruh jual kebun sawit. kalo betul betul mau patah riuk tulang temulang teman ni.. hik hik...

heh heh heh... thanks again along.. ok lah yob-yob dan yong-yong.. cerita lain kali pulak..

"entah mengapakah... hati ku bergetaran.. bila bertemu lagi.. oh kekasih lama.. ku cuba selindungkan api keresahan.. namun perasaan ini berapi di dalam...." isk isk isk...

30 July 2008

epi besday to me... epi besday to me... isk...isk...

ermmm.... ari ni besday teman.. ada juga le kengkawan yang antar sms ucap tahniah... wish semoga panjang umur murah rezeki.. pada diorang teman ucapkan banyak-banyak time kasih sebab masih lagi ingat tarikh keramat teman tu.. heh heh..

today is a second day for the trial.. i mean upsr lah.. tengok bebudak jawab soalan, teringat je teman masa time belajor dulu.. sure kome pun pernah rasa situasi yang teman rasa kan.. zaman bergelar seorang pelajar... banyak suka dan duka.. dan secara ikhlasnya teman nak kabo yang teman tak pernah mimpi untuk jadi seorang pendidik... sebab minat teman pada mulanya terarah ke arah lain.. tapi itu le.. macam yang teman kata tadi, suka duka kehidupan kita nie kadangkala mempengaruhi kita untuk membuat sesuatu keputusan.. keputusan yang sama sekali tak pernah kita sangka akan kita lakukan.

Alhamdulillah teman dah merasai pengalaman-pengalaman yang agak mengujakan. sebagai anak felda dah tentu teman rasa susahnya untuk mencari makna kehidupan.. motong getah, kait buah kelapa sawit dah sebati dengan teman yang tak banyak berfikir apa-apa pada masa itu.. sekadar tanggungjawab menolong orang tua yang banyak berkorban untuk kita.. lepas blajor makin banyak pengalaman yang teman dapat.. dulu tak ada bangla koje kontrak dan pam minyak. jadi teman pun ngutip pengalaman jadi budak pam minyak.. siang koje di stesen minyak, malam pulak koje di pub dan lounge sekitar KL sebagai musician.. sempat ler nak dekat setahun keje macam tu..

lepaih tu teman sambung blajor di ITM shah alam.. ambik course tourism.. abih blajo keje pulak as a tourist guide dengan Sri Amerika Travel agency di Bukit Bintang... masa nie paling banyak pengalaman yang temen dapat.. dari orang kita dan juga orang-orang luar yang melancong ke negara kita.

sambung lain kali... guru besar datang dah tu... hk hik...

29 July 2008

percubaan upsr

biase le.. dah namanya cikgu, saat ini adalah salah satu saat yang mendebarkan.. ni lah masanya nak tengok kemampuan anak didik kita menterjemahkan apa yang depa blajor ke atas kertas jawapan. teman pun rasanya bedebor juga.. maklum ler.. ngajor english bukannya senang di kawasan kampung nie.. tapi Alhamdulillah sebelum sebelum ni tak ada le masalah.

dah berhari-hari jugak le teman tak buka blog ni. sibuk benor dengan koje luar dan dalam yang menimbun-nimbun. tapi dek kerana dah tugas kita maka kena la kita buat. kalo nak ikut kan rasa penat memang le penat..heh heh.. teman cuba masukkan mesej dalam shout box kak yong tapi agaknya ada masalah.. dua kali cuba dua2 tak boleh. tak ape lah nanti teman try lain kali pulak..

ari jumaat baru nie teman masuk ke hutan bersama-sama member 4x4.. saje nak test jalan baru dari kampung keruak di besut menuju ke tasik kenyir di hulu terengganu. itu laluan baru yang dibuat oleh pembalak. perjalanan bermula jam 10 pagi. perancangan kali nie takde le sampai nak bermalam. sekadar nak observe jer macam mana jalan baru tu...

bersama-sama dengan 4 buah 4x4 yang lain, kami memulakan perjalanan yang pada jangkaannya memakan masa 4 hingga 5 jam. tapi tak sangka jalan nya begitu mencabar hinggakan mencecah jam ke 4 tu pun kami masih lagi di pertengahan perjalanan. ada satu bukit yang terpaksa mengerah tenaga winch yang berlebihan hinggakan kenderaan tersebut bocor radiatornya, akibat tujahan melampau dan kepanasan yang teramat sangat.

setelah berbincang maka keputusan pun di ambil untuk menematkan perjalanan lebih awal. di sebabkan oleh faktor masa dan kerosakan, kami makan tengahari pada jam 5 petang.. itu pun setelah berjumpa dengan anak sungai. tapi masing-masing memang tak puas lagi sebab tak sampai ke penghujung destinasi.. insya Allah kami akan buat satu lagi trip ke sana... dan teman akan ceritakan pada kome apa yang dapat teman rakamkan sepanjang perjalanan tu nanti...

pasal gambo nanti teman usahakan sebab masa teman sekarang ni agak terhad. insyaAllah ada la tu nanti...
assalamualaikum.. sayonara.. 73...

'mengalah bukan kalah... pergi ku bukan lari.. bukan mudah bercinta.. jika pengertian tak sekadar menagih korban... yang lebih dalam..'
hik hik hik.......

26 July 2008

koje..koje...koje..

ari ni ari sabtu.. saltmine teman bertugas macam biasa sebab nak ganti cuti raya. letih ke tak letih ke, dah memang jadi tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk hadir bertugas..

ari ni jugak ada karnival bolasepak 7 sebelah sekolah rendah kat sini. jadi masa teman jugak 100% kat tengah padang. sebagai ko ordinator program merangkap jurulatih pasukan sekolah. cikgunya tak pandai main bola pun.. tapi setakat nak latih skit2 tu boleh ler..

ari ni jugak ada pesta makan doyan kat sekolah. tokey kantin sponsor doyan nak jamu geng2 cikgu. tengah elok2 belah doyan tu, time itu ler pulak teringat kat kampung. kalo kat kat kampung ni dah jadi acara tahunan bila adik beradik berkumpul. tapi dalam masa setahun dua nie, mungkin kerana masing2 QRL maka acara tersebut tak dapat di lakukan. tapi mak kat kampung tu ada tepon kata doyan tak berapa nak jadi tahun ni..

ermm.. entah ler.. tapi yang sebenor2nya teman rindu sangat dengan kenangan yang lama2.. tapi betoi le kata orang.. kenangan hanya muncul sekali dan itu lah kenangan yang amat2 bermakna.. kalo semedang je ada kenangan nya, nanti jadi benda lain pulak.

lain kali ler teman sambung.. nak gi tengok kalo ada doyan2 lebih kat kantin tu.. heh heh..

'bukan cuba untuk melarikan dari kerumitan cinta... tapi waktu ini perlu untuk ku mengupas... segalanya... kadang kala pedih ini mengajarku.. lupakan semua.. tapi perasaan kasih pada mu melebihi diri ku.. tapi engkau bagaikan tidak mengerti.. halangan cinta hanya kita berdua.. terpaksa aku pergi mencari kesilapan sebenarnya'...... heh heh heh....

24 July 2008

bile berjumpe dengan kengkawan lame

semalam teman ingat nak sambung nulis sikit dalam blog ni.. alih-alih datang le pulak koje menimbun-nimbun. lansung teman kensel. tapi ari ni kot macam manpun, teman nak tulis jugak..
berjumpa balik dengan kengkawan lama memang seronok.. ada yang dah berpuluh tahun tak jumpa... bile terjumpa jer.. berpeluk sakan sampai heran orang keliling menengoknyer.. tapi yang jantan ajer ler.. yang pompuan tak berani teman.. karang tak pasal-pasal kena pelangkung dengan laki dia.. heh heh..
baru-baru teman terjumpa sorang mamat tu di Kuala Terengganu. mula-mula terserempak buat tak tau jer lagi.. tapi memang rasa muka dia tu familiar jer pada kita.. dia pun agak tersentak jugak bila tengok teman. jeling punya jeling, tengok punya tengok, last last tegur la jugak. rope2 nya dia ni kawan teman masa di ITM dulu. punya ler lama tak tengok tak jumpa.. best friend pulak lagi. mamat penang tapi sekarang ni katanya kojer kat hotel di KT. memang ler masa di ITM dulu dia buat diploma in chef. tapi bukan spesis lembut ni. tengok misai jer lintang pukang kita lari.
anyway, nice to meet u rozahan, yang masih lagi kuat dengan slang penang.. tak berubah jer teman tengok dia ni.. kecuali pada bahagian perut.. heh heh heh..
teman ingat nak masukkan gambo-gambo yang ada dalam simpanan teman. masa teman jadi musician sampai ler sekarang.. tapi tak sempat lagi ler.. nanti ler bila2 teman free sikit teman akan attachkan dalam blog nie.
kena chow dulu.. macam biase, koje dah mari... sayonara.. jumpa lagi.. 73 clear..
'berangkat pergi biduk ku kayuh... sarat hati yang luka.. agar tidak lebih menyakitkan.. jika masih di sini.... '
hik hik hik...

22 July 2008

penat... memang penat...

orang kata idup kita ada macam-macam penyakit.. penyakit orang yang betoi-betoi sakit.. dan juaga penyakit orang yang sengaja cari penyakit. teman akui ada benor nye juge kata-kata tu.. contoh yang paling dekat, teman ni ler... mule2 giler ke muzik, lepas tu kereta, komputer... sekarang nie makin banyak pulak penyakit yang datang.. jatuh cinta dengan radio amatur, dalam masa yang sama jatuh hati pulak dengan 4x4 out door, penyakit terbaru ni pulak... ehem ehem... nanti le teman kabo..

modified kete habih berpuluh ribu, main muzik pun habih beribu juga, sama jugak dengan komputer dan radio amatur... ate nak buat macam mana yob.. udah minat.. ikut je ler.. teman memang mudah jatuh cinta.. dengan hobi lee.. bukan dengan orang.. kalo dengan orang, alamat tumpo le teman di kojekan oleh samseng kampung dusun.. asal ada yang baru dan mencabar, itu le yang teman tuju, tak ada dah nak pikior-pikior panjang.. itu yang orang lain makin bergaya, teman rope itu juge... hahahaha...
BERJUMPA LE KITE IYERRR...

Assalamualaikum wbt...

dah sekian lama teman tak menulis di mana-mana blog.. nak menaip pun rasa keras je jari jemari ni.. ingatkan pada mulanya nak retired pasal dah tak mampu nak membahagikan masa dengan sempurna.. mana nak koje lagi, nak selesaikan urusan peribadi lagi, koje melambak-lambak stat dari pagi sampailah ke malam.. lepas satu satu yang datang.. tapi itu le namanya manusia kan.. kalo tak ada koje tak bermakna le hidup kita ni..

sebenornya teman selelu mengikuti blog-blog rakan lain yang sempat teman surf. baru-baru ni buka blog kak yong, 9w2YZU.. teman penah QSO dengan dia semasa buat signal check untuk repeater lokal ASTRA di Setiu. kebetulan waktu tu kak yong on the way balik ke perak dari pulau redang. dalam bas lagi pun sempat jugak buat signal check. time kasih kak yong.. pasei sudi untuk test signal dan juga masukkan callsign teman dalam blog mike.. hik hik hik... lepas ni kak yong boleh la add kan blog teman nie dalam blog kak yong yer.... ermm..

dah 10 tahun teman merantau.. lahir dan bertapak di Felda Sg Klah, Sungkai... belajor sampai ke form 6 di sek men sungkai, koje jadi budak jaga pam minyak di paya jaras, sambung blajo pulak di UTM shah alam, jadi ckgu sementara di sek men Trolak, masuk ke maktab perguruan sri pinang dan kemudiannya secara rasmi melangkah terus keluar dari kampung.. memulakan penghidupan di tempat orang... biasa ler... jadi cikgu nie bukannya macam koje sendiri.. ikut mana orang campak jer.. kita kena akur sebab itu perjanjian kita...

tapi bagus jugak.. sekurang-kurangnya kita kenal tempat orang, idak pun kita jumpa apa yang sebenarnya kita minat tapi di kampung tak mandang. macam teman ler... sampai-sampai ajer di setiu nie, tak sampai sebulan dapat join band boy.. teman dengan muzik-muzik nie memang angkat tangan ler.. minat bebenor.. sempat ler 8 tahun join dengan diorang..

kat sini juga teman kenal secara mendalam tentang radio amatur.. masa di kampung dulu ada juga dengor-apa smpai sini baru tau... apa lagi.. teman pun tak lepas peluang terus join, ambil AA... nasib baik skali ambik jer dah lepas... dan secara rasminya teman memakai 9W2DAP secara sah... tapi ramai le pulak yang kata callsign tu callsign 'jahat'.. heh heh heh.. ikut depa ler nak kata apa...
lain kali teman sambung.. koje dah sampai.. kena setel kan dulu............