08 October 2008

time kasih rakan-rakan AREC TMJ

pada 4/10 yang lepas, jelopy sepupu kepada 9w2RRZ (cikgu rosdi) telah mengalami masalah di simpang empat kusial, tanah merah.. teman yang dihubungi oleh cikgu rosdi sendiri kemudiannya membuat loceng terbang ke 9w2JLD, wok jalal untuk mendapatkan nombor loceng 9w2YII.. oleh kerana QRL dengan sedikit tugasan teman tak dapat menghubungi 9w2YII, dan dengan bantuan wok jalal, beliau berjaya memberikan sedikit gambaran tentang masalah tersebut dan meminta bantuan cikgu yii kita untuk ke sana.

teman sampai di scene agak lewat, kerana bumper to bumper dan sedikit masalah jelopy.. setibanya teman di sana sudah ternampak kelibat 9w2YII, 9W2BET dan seorang lagi rakan yang teman tak QSL callsign nya. 9w2RRZ juga kelihatan sibuk menguruskan panggilan loceng.. maklumlah sudah tengah malam.. tak lama kemudian datang pula 9W2TXT dan sorang lagi rakan yang teman tak ingat juga callsignnya.. agak lama juga kami berada di situ.. sampai le jelopy tersebut pulih.. tapi teman terpaksa bergerak awal sebab teman perlu cepat sampai ke base untuk menyelesaikan urusan saltmine.

kejadian tersebut walaupun hanya satu peristiwa yang amat kecil, tapi ia memberi impak yang amat besar dalam kalangan warga ham sendiri.. betapa dengan kemudahan yang kita ada ini, kita mampu memberi pertolongan dan menerima bantuan walaupun secara dasarnya kita tak pernah mengenali wajah masing-masing. hanya audio sahaja..tapi semangat kekitaan inilah sebenarnya tunjang perpaduan di kalangan warga ham untuk menjadi lebih kuat dan bersatu.. teman bersyukur kerana di berikan minat sebegini, banyak faedah yang teman dapat.. ini juga antara kelebihan-kelebihan yang teman selalu war-warkan kepada mereka yang berminat dan ingin menceburi hobi ini. dan satu prinsip teman dalam ham yang selalu teman ingat ;

'jangan gunakan radio alat untuk mencari musuh, tetapi gunakan ia sebagai alat untuk mencipta rakan'......


terima kasih yang tak terhingga teman ucapkan mewakili 9w2RRZ kepada 9w2JLD, 9w2YII, 9w2BET, 9w2TXT dan dua rakan tersebut.. nanti kita TT smula deh...


- time kasih juga pada 9w2YON yang singgah di base teman semasa dalam perjalanan pulang ke kerteh pada 7/10... balik nanti jangan lupa panggil-panggil di udara yon.. akan kami pastikan anda masuk pukat kilat kami... heh heh heh....

TAKZIAH UNTUK 9W2BCA ( POK HAR LATI )

TAKZIAH...

hanya itu yang teman mampu katakan bila menghubungi 9w2BCA atau Pok Har dari lokalan Lati, Pasir Mas bila sahaja mendapat berita bahawa beliau kehilangan harmonik ke enam dalam satu kejadian kemalangan di Kg Gual Periok, Rantau Panjang pada 6 Oktober baru-baru ini. teman ada juga terbaca berita tersebut dalam tabloid KOSMO tapi tak terlintas langsung bahawa ia melibatkan rakan teman sendiri. untuk mendapatkan kepastian lanjut, teman menghubungi 9w2RRP, abe jie yang kemudiannya mengesahkan berita tersebut. lantas teman terus melayangkan loceng terbang kepada 9w2BCA dan hanya perkataan itulah yang mampu teman perkatakan.

kepada rakan-rakan yang membaca berita ini, sama-samalah kita berkongsi kesedihan dengan beliau dengan melayangkan sms atau menghubungi terus Pok Har kita di talian maxis 9881114.. semoga dengan kehadiran sms ini InsyaAllah akan merungkai sedikit kesedihan yang dialami oleh Pok Har sekeluarga.

Berikut adalah sedutan berita yang teman petik dari Harian Metro, Selasa 7 Oktober 2008..

Terpelanting dirempuh kereta

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM), kira-kira jam 8 malam hari kejadian.

Wina, seorang pengusaha salun kecantikan, berkata dia bersama suami, Azhar Che Ya, 40, dan lima anak pergi ke rumah ibu saudaranya dari rumah mereka di Kampung Lati bagi menghadiri majlis sempena Aidilfitri.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui bagaimana arwah tidak sempat melintas sedangkan dua abangnya sudah berada di tepi jalan.

Selepas kejadian itu, suaminya terus bergegas membawa Mohd Shahadah ke HPM untuk menerima rawatan lanjut, tetapi dia disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

“Kejadian itu memang tidak diduga berikutan tempat kejadian jalan kampung, ditambah pula ada majlis kenduri di kawasan berkenaan.

“Saya sedih dan kesal dengan sikap pemandu kereta itu kerana memandu terlalu laju,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Jenazah anak keenam daripada tujuh beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lemal jam 11 pagi semalam.

Seminggu sebelum kejadian itu, kata Wina, arwah agak manja kerana sering mengadu sakit dan menangis walaupun hanya luka kecil di jari dan lutut selepas terjatuh ketika bermain.

“Saya tak sangka perubahan itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami selamanya kerana dia agak pendiam berbanding adik-beradik lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim, berkata pemandu Wira Aeroback terbabit membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, petang semalam.

“Dia yang berusia 39 tahun yang melanggar mangsa tampil membuat laporan jam 6 petang ini (semalam). Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7908222 untuk membantu siasatan.


kepada Pok Har sekeluarga, teman sekali lagi mengucapkan takziah..


- AL- Fatihah untuk Allahyarham Mohd. Shaadah Azwina Azhar.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin.. Amin..

05 October 2008

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

selamat hari raya teman ucapkan kepada semua rakan-rakan ham atau pun yang bukan ham, yang melawat blog teman nih.. teman secara jujur memohon ampun dan maaf andaikata ada perbuatan dan juga kata2 teman samada di daratan mahupun udara, ataupun di blog ini yang menyinggung perasaan mana2 pihak.. segala kekurangan yang ada adalah kelemahan dari pihak teman sendiri manakala jikalau ada yang baik itu semuanya dari Allah SWT....

teman balik ke kg di sungkai pada 30/9, sehari sbelum raya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..cuma tak sempat juga nak berbuka bersama dengan family. takpelah nak buat macam mana.. teman dapat balik pun dah syukur seribu rahmat... adik beradik pakat berkumpul semuanya tahun ni.. jadi memang meriah sakan le.. nasib baik base ayah teman tu dah renovate ke rumah batu.. kalo idak runtuh le jawabnya.. heh heh..

terima kasih juga kepada rakan2 yang menghantar ucapan melalui sms.. yang mana sempat teman balas tu hendak-hendaknya dapat la yer.. yang tak sempat tu teman mintak maap banyak2.. mungkin teman QRL atau teman tak berapa perasan samada berbalas atau tidak..

juga tidak ketinggalan rakan ham yang teman anggap sebagai abang di utara, 9w2HLM, abg halim yang sentiasa memberi semangat dan perangsang pada rakan2 ham.. terima kasih bang halim kerana sudi singgah di sini..

teman kena keluor jalur dulu.. maklum le baru masuk saltmine. ada masa nanti teman sambung lagi..

QRX, 73 clear..