hari ni semua pelajar di tahun 6 seluruh negara menduduki UPSR.. sekalung tahniah dan syabas teman ucapkan pada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam proses membimbing anak didik mereka. teman paham akan kepayahan, kesukaran dan komitmen yang telah cikgu-cikgu berikan untuk memastikan anak didik kita berjaya... kerana teman juga seorang guru.. kita akan terus mendoakan kejayaan mereka.. dan berharap ilmu ilmu yang mereka ada akan di gunakan untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.
satu perkara yang teman dapat rasakan setiap kali UPSR datang, sebulan sebelum tu kita para cikgu dah menggelabah memikiorkan pelajar-pelajar kita.. mintak mahap le teman bercakap dalam konteks UPSR.. rakan-rakan lain mungkin lebih stress.. yang mana anak didik mereka a akan menduduki PMR, SPM dan STPM.. walau apa jua bentuk exam nya, kita sebagai guru yang akan mula-mula terasa gedebak gedebuk.. macam kita pulak yang nak exam..
walau apa pun teman nak ucapkan pada semua pelajar di seluruh negara, 'SELAMAT MENDUDUKI UPSR'.. dan pada semua cikgu, terima kasih kerana sabar melayan kerenah anak murid sepanjang mereka mengenal diri dalam peringkat awal pembelajaran ini.. InsyaAllah, kejayaan sentiasa bersama kita.. THINK POSITIVE.
No comments:
Post a Comment