21 September 2008

base 9w2SBO dilanda puting beliung



pada hari jumaat yang lalu (19/9/08), lebih kurang jam 12.40 p.m, satu kejadian telah menimpa pak sufian, 9w2SBO di mana base beliau di besut telah di landa bencana puting beliung. teman telah diberitahu oleh ayah pin, 9w2CPJ selepas solat jumaat dan terus bergegas ke sana bertemu dan melawat beliau. kejadian yang berlaku lebih kurang 10 minit itu turut merosakkan beberapa rumah berhampiran. dalam kejadian itu, base beliau mengalami kerosakan yang agak kritikal di mana kebanyakan bumbung rumah tercabut di bawa angin. bahagian dapur mengalami kerosakan yang teruk. kepada semua rakan ham yang membaca berita ini, dapatlah kiranya menghubungi pak sufian untuk bertanyakan khabar kerana kita warga ham sentiasa mengambil berat rakan-rakan yang lain.

No comments: