sebelum terlupa bior le teman ucapkan dulu 'selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 dan juga kedatangan ramadhan al-mubarak..' semoga dengan kehadiran dua hari yang penting ini dapat menginsafkan kita dan terus menjadi pendorong untuk terus mendaulatkan negara tercinta tanpa meninggalkan kewajipan kita sebagai khalifah di atas dunia ini. dan teman bersyukur kerana sehingga ke hari ini teman masih lagi di beri peluang untuk terus menikmati kedua-dua hari yang amat bermakna ini.
sekalung tahniah juga kepada rakan-rakan SWAL yang dah berjaya melepasi RAE baru-baru ini. harapan teman agar rakan-rakan pergunakanlah dengan sebaik mungkin kelebihan yang kita ada.. gunakan dengan mengikut tatacara yang terkandung dalam 'guideline'.. hormati OT yang sememangnya lebih banyak pengalaman berbanding kita yang baru nak menyelami dasar yang amat dalam dan luas.. cari rakan bukan cari musuh..dan yang paling penting, dunia amatur bukan satu platform untuk mencari populariti dan kelompok pengaruh tersendiri. kalau ada yang bersikap demikian, tatapilah semula guideline dan bertanya lah dengan orang yang lebih tahu.. janganlah kerana tersalah cuma selangkah, bebannya bertebaran merata-rata. kerana apa? kerana kita mempunyai satu-satunya callsign yang tak dapat di aplikasi oleh orang lain. kalau callsign dah di cop tak comel, berhati hatilah sebab dunia kita teramat pantas informasinya.
ok.. cukup bab-bab peringatan... maklum le bulan ramadhan nie adalah bulan untuk saling mengingati.. kalo tak suke mintak mahap le ye..
teman surf blog rakan AREC TMJ tadi.. terjumpa le pulak gambo abang long teman dari Berangan Bay, Tumpat Kelantan... orang yang cukup hensem dan paling di kenali di pantai timur. mari kita tengok siapa dia.....
ni dia... 9w2JLD... wak jalal @ abe jai
hahaha... sudah lama tidak bersendaloka bersama beliau.. tapi kalo bercakap dengan dia memang tak kering gusi la jawabnya.. kalo yang pertama kali baru berjumpa dia memang kecut abis la tengok misai sarjan dia tu... tabik abe jai..
ok.. crita lain kali... lepas ni teman upload gambo yang teman janjikan dulu...
' pilu menyentuh hati... aku di kejutkan.. oleh sentuhan cinta duka... bagaikan taufan.. kau hempas cintaku.. sehingga aku terapungan....sentuhan cinta mu sayang.. panasnya membakar di hati di hati.. hari-hari yang berlalu menyentuh sepi......'
No comments:
Post a Comment