22 January 2009

congratulations 9w2YZU!

khas untuk kak yong.. 9w2YZU..

just like a wheel
moving around to get a better sight
but no one can feel
how hard it is
when we left sweets parts of our life...

just like a wind
no matter how far it goes
no matter how strong it comes
no matter how long it blows
please dont forget the place where your started your life
and the people
for all the times being...

maih lagi konvoi

Alhamdulillah...
teman masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menulis di blog nie.. tiada kata-kata yang lebih bermakna selain dari kalimah tersebut yang dapat teman ucapkan setiap kali mendapati diri ini masih di beri peluang.

mewakili rakan-rakan SCORE, tak sabar rasanya menanti kedatangan rakan-rakan utara. persediaan yang dibuat samada di kelantan atau setiu sendiri sedang rancak dijalankan. teman seringkali berhubung dengan 9w2HLM dan juga koordinator pantai timur, 9w2WCL untuk perkembangan terkini. dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

pada 24/1 tu nanti InsyaAllah teman akan bersama-sama dengan geng-geng motor akan sama-sama menanti rakan konvoi. teman sempat berjumpa dengan abang teman dari Tendong, Pasir Mas semasa berkunjung ke bengkel 9w2HJP untuk membaiki sistem brek kuda besi teman. kata persetujuan dah dicapai untuk turut sama menyertai rakan dalam majlis sambutan itu nanti.

sementara itu, semua rakan dijemput ke majlis BBQ yang akan diadakan di tok bali pada malam hari 24hb tu nanti.. kemeriahan akan bertambah sekiranya seluruh warga ham pantai timur berkumpul bersama-sama. disamping itu kita dapat mengenali dengan lebih rapat rakan-rakan utara mahupun rakan dari lokalan pantai timur sendiri.

73 dulu...

18 January 2009

menanti konvoi utara

Assalamualaikum...
mintak maap berbanyak-banyak maap dari teman kerana dah terlalu lama tak update blog ni.. saltmining baru bermula.. jadi banyak perkara yang harus dibereskan dulu.. apa-apa pun terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana terus memberi sokongan kepada teman.. mata dan telinga teman ni asyik panas memanjang, baca sms dan mendengar leteran rakan-rakan yang nak berita terkini dari blog ni.. heh heh heh.. friends are always friends..

gembira bukan kepalang bila mendengar berita rakan-rakan utara akan berkonvoi ke pantai timur. tak sabar menanti kunjungan.. makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang.. ishhhh... apa yang teman merepek nie... hik hik.. sekadar gurauan jer....

pada 16/1 baru2 ni telah diadakan satu mega eyeball khusus untuk rakan-rakan SCORE (Setiu Communications and Recreation Club) bertempat di Setiu Driving Range.. bukan pusat memandu tau, tapi kat Setiu ni itu le satu-satunya tempat orang yang pandai main golf berkumpul dan lepas gian main golf.. tuan punya cafe di situ rakan ham jugak.. 9w2IZT atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Sanusi... eyeball diadakan pada jam 9 malam dan dihadiri oleh semua rakan-rakan Score. tujuan utamanya adalah untuk meraikan rakan-rakan sempena tahun baru dan mengeratkan lagi relation sesama kita. disamping itu membincangkan beberapa perkara berkenaan kelab dan juga perbincangan untuk menyambut rakan-rakan utara.

pada majlis itu juga teman sempat menghubungi 9w2DMG, Dato Megat dan juga ko ordinator program, 9w2HLM abg Halim dan diperdengarkan secara loudvoice kepada rakan-rakan SCORE. tujuannya adalah untuk mengetahui status terkini perancangan konvoi dan persediaan yang harus di lakukan. dan hasilnya Insya Allah kami akan menanti kunjungan rakan-rakan utara pada 25/1 QTR 3 petang ke lokalan Setiu... bunyi khabarnya sebanyak 22 buah kenderaan akan terlibat.. kami dah bersedia, Tok Megat... Abg Halim... heh heh heh... juga kepada mana-mana rakan yang berada di sekitar setiu, jikalau nak join sekali marilah beramai-ramai memeriahkan suasana pada hari tersebut..

juga teman memohon maaf kepada rakan-rakan di lokalan Kota Bharu sebab tak dapat hadir ke mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut kerana kebetulan tarikh eyeball SCORE terpaksa diubah di saat-saat akhir dek kerana QRL rakan-rakan. bukan nak melarikan diri tetapi untuk sambutan di Kelantan, InsyaAllah kami dari Score akan turut sama-sama menyertainya.

ok lah... i have to stop now.. jumpa lain kali jika berkesempatan.. selamat tahun baru.. kalau kebetulan kak yong 9w2YZU melawat blog ni, harapan kami agar beliau dapat sama-sama join konvoi tu nanti...

73 dulu, cherio.....
p/s - we are waiting!!!