24 September 2008

MEGA EYEBALL AIDILFITRI RAKAN HAM KELANTAN

Makluman kepada semua warga radio Pantai Timur khususnya dari negeri Kelantan, satu program perhimpunan warga radio akan diadakan pada 11 Oktober 2008, hari Sabtu Semua warga radio di negeri Kelantan atau yang tinggal di luar Kelantan dan bercadang untuk pulang berhari raya, dijemput untuk menyertai program tersebut.

Bertempat di BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga radio tak kira dari apa saja persatuan dan pertubuhan sama ada dari persatuan komersial maupun persatuan radio amatur seluruh negeri. Program ini merupakan program gabungan kelab-kelab radio di seluruh negeri Kelantan.

15 buah kelab yang terdiri dari kelab radio amatur dan juga kelab komersial yang telah berkesudian hadir mewakili kelab masing-masing ke mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Program Eyeball Raya pada 21 September 2008 di PKG Ketereh (SK. Ketereh). Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pak Sukeri (9W2DTS) mewakili pihak ASTRA Cawangan Kelantan selaku pencetus idea bagi program ini merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

" Friendship Throughly Air Wave"

* di petik dari - http://astrapantaitimur.blogspot.com/

- minta maaf abe yie sebab tak dapat hadir masa meeting. semoga semua berjalan lancar dan all the best untuk rakan-rakan penganjur majlis..

22 September 2008

9w2NSR heh heh heh....

nie lah tok guru teman dalam arena automotif, pakar bedah jelopy di setiu nih.. handle PAK NASIR.. memegang callsign 9W2NSR.. jaga-jaga... garang nih... kalo dia tau gambo dia di publish kat blog nih, masak teman kena rebus dengan dia.. heh heh heh.. tapi orangnya baik.. walaupun suka menyakat dengan suara garangnya...

hidup pak nasir... hidup 9w2NSR.. selamat ari raya...

tengah melantak megi di malam hari di restoran de' river...

majlis berbuka puasa PEMANCAR Besut


pada 20/9/08, rakan rakan dari PEMANCAR Besut telah mengadakan satu majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Restoran Kuning, Alor Lintang... dianggarkan lebih 100 rakan amatur dari pelbagai kelab telah hadir memenuhi jemputan. teman bersama 9w2NSR dan 9w2CPJ mewakili SCORE Setiu turut bersama-sama rakan lain dari BELANTARA, AKRAB dan PUTRA menjamah hidangan berbuka yang agak pelbagai. turut kelihatan di majlis itu ialah 9m2SIX (pak nan) dan 9w2PKG (pak ku) yang merupakan OT dalam ham di Terengganu ini.

kepada PEMANCAR Besut, terima kasih sekali lagi atas jemputan.

21 September 2008

9w2NHS Pak Awi




kebetulan selepas melawat pak Sufian, 9w2SBO, teman panjangkan lagi langkah mengunjungi base seorang lagi rakan ham yang tinggal berdekatan. beliau yang di maksudkan ialah Pak Awi, dengan callsign 9W2NHS.. Alhamdulillah base beliau terselamat dari bencana tersebut walaupun jarak diantara base beliau dan lokasi kejadian hanyalah lebih kurang 500 meter sahaja. teman sempat jugak mensasarkan beberapa keping foto di base beliau. base yang cantik dan ada jeep pulak tu... heh heh..

base 9w2SBO dilanda puting beliung



pada hari jumaat yang lalu (19/9/08), lebih kurang jam 12.40 p.m, satu kejadian telah menimpa pak sufian, 9w2SBO di mana base beliau di besut telah di landa bencana puting beliung. teman telah diberitahu oleh ayah pin, 9w2CPJ selepas solat jumaat dan terus bergegas ke sana bertemu dan melawat beliau. kejadian yang berlaku lebih kurang 10 minit itu turut merosakkan beberapa rumah berhampiran. dalam kejadian itu, base beliau mengalami kerosakan yang agak kritikal di mana kebanyakan bumbung rumah tercabut di bawa angin. bahagian dapur mengalami kerosakan yang teruk. kepada semua rakan ham yang membaca berita ini, dapatlah kiranya menghubungi pak sufian untuk bertanyakan khabar kerana kita warga ham sentiasa mengambil berat rakan-rakan yang lain.