04 September 2008

HISTERIA... Kenapa hanya gadis MELAYU saja yang di rasuk..

Kes-kes histeria semakin parah.. ada jer berita-berita di kaca tv dan media elektronik yang membicarakan tentang histeria. pelbagai pendapat di ambil.. dari pakar itu lah, pakar ini lah.. bomoh-bomoh.. ustaz-ustaz.. semuanya mempunyai jawapan tersendiri mengenai histeria ini. tapi persoalan tetap timbul.. walau di mana jugak berlakunya kejadian histeria ini, yang terkena rasuknya adalah gadis-gadis melayu.. kenapa tidak terkena pada gadis cina atau india atau bangsa-bangsa lain.... di bawah nie ada satu kes dan mungkin juga satu jawapan kenapa gadis melayu yang sering menjadi mangsa rasukan.. jadi kepada para gadis, BERHATI-HATILAH..

Biasanya histeria berlaku di bilik air, tandas, ruang tamu dan juga di dalam kelas. berikut satu kes yang terjadi di salah satu daerah di negeri perak.. tempat specificnya bior lah teman rahsiakan.. bila kejadian histeria ini berlaku maka di panggillah tok bomoh untuk membantu memulihkan gadis tersebut.. dan berikut adalah antara sedutan dialog di antara bomoh dan jin yang merasuk gadis terbabit..

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""


p/s.... bulan-bulan pose nie kena banyak senang-senangkan hati.. jangan stress sangat..ampun pakkk..

03 September 2008

sekali-sekala

What is Amateur Radio?

If you were to ask a dozen different amateurs what ham radio meant to them chances are you would get 12 different answers. Radio amateurs have discovered a richly rewarding high-tech hobby that has many different appeals to different people. Whether it is the ability to talk to local friends over the radio waves using a hand-held transceiver (HT), communicating digitally with packet radio to exchange personal messages or vital information in an emergency, talking to other hams anywhere in the world, or engaging in contests with other Radio Amateurs over the airwaves there is something for everyone.

Amateurs or Hams?

Amateurs are often affectionately called hams or ham radio operators and frequently the public is more familiar with this term than with the legal term Radio Amateur. The source of the name ham is not known but it has been around almost from the beginning of amateur radio radio in the early 1900s. The name amateur has nothing to do with skill or knowledge but rather implies that ham radio cannot be used for commercial or revenue generating purposes. It is truly a hobby but often one that makes a difference especially in emergency or disaster situations.

Modes of Communication

Amateur radio operators generally use radio transmitters and receivers to communicate with each other. As you will discover in these pages there are many forms of communication although voice (also known as phone) is still the most widely used. Some of the other forms of transmission are Radioteletype (Rtty), Morse code (CW), television, and digital modes such as Packet, Pactor and PSK-31. A recent survey shows that phone is the most widely used with CW standing second.

Getting Licensed

To become a radio amateur you will need to get a license. Licensing requirements are different in every country with different rules, privileges, and classes of license. Basically different levels of license gives different privileges on the ham bands. The more challenging the license requirements the more privileges that are granted and the more interesting and enjoyable ham radio becomes.


sources - http://www.eham.net/newham/whatis

SCORE

ni di antara foto rakan rakan SCORE yang teman ambik dari blog abe yii
( http://9w2yii-9w2yii.blogspot.com/)

9W2RTM

9W2RRZ


PUZ (PAK PUZI YANG GLAMOUR)


9W2MLM
TIMBALAN PRESIDEN SCORE

02 September 2008

yang teman janjikan.......

ni yang teman janjikan pada mike-mike yang pernah melawat blog teman dulu.








teman sambut konvoi rakan-rakan AREC TMJ ari tu pakai yang ni lah... tapi idak le lawa mana.
tak kisah le asalkan boleh pakai cukup le...

' sepohon kayu daunnya rimbun... lebat buahnya serta bunganya.. walau pun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.... walau pun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....'

p/s - ramadhan kan nie...hik hik hik...

Keberkatan Sahur : Jangan Tinggalkan

Di bulan Ramadan nie, mari kita renung-renungkan sejenak, atau bertazkirah untuk diri kita sendiri apa yang dapat kita lakukan ntuk menambah amalan kita sepanjang mengerjakan ibadah puasa ini. biarlah kita mensasarkan sesuatu yang tinggi supaya kita ada usaha untuk mencapainya.. Wallahuallam.....

BERDASARKAN beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a., Baginda bersabda: Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.

``Sahur ialah makan selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.

``Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh,'' jelas Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot.

Tambah beliau, imsak bererti menahan diri daripada makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu imsak adalah kira-kira 10 minit terakhir sebelum masuk waktu Subuh, iaitu bersamaan dengan bacaan 50 ayat al-Quran.

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata: ``Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya:

``Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: ``Kadar membaca lima puluh ayat.''

``Namun, seseorang yang makan dalam waktu imsak perlu berhati-hati dan tidak melebihi waktu terbit fajar kerana ia bertujuan sebagai peringatan kepada orang yang bersahur,'' katanya.

Beliau menjelaskan, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk bersahur, seperti tidur dahulu dan kemudian bangun untuk bersahur. Begitu juga bersahur sekadar meminum air dan buah kurma. Memadailah jika mendapat berkat daripada amalan bersahur.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Hadis riwayat Abu daud)

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma). Baginda bersabda lagi yang bermaksud: Allah merahmati orang-orang yang bersahur.

``Bagaimanapun, sebagai bekalan tenaga sepanjang hari, disarankan bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat supaya dapat menahan diri daripada kelaparan dan mendapat kekuatan,'' jelas beliau lagi.

Hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari.

Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat, ayat 18, maksudnya: Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.

``Bangun awal pagi untuk bersahur juga memberi peluang untuk melakukan amal ibadat seperti berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat tahajud dan sunat witir bagi yang belum melakukannya,'' ujarnya mengenai hikmah bersahur.

Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Firman-Nya: Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiaas taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: `'Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang.

Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur.

Menurut Ibn Hajar al-'Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Sahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. dan mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.

``Sahur juga menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan lapar pada siang hari, selain memberi kekuatan untuk beribadat bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari,'' ujar beliau tentang kelebihan-kelebihan bersahur.

01 September 2008

SCORE

nie antara orang kuat SCORE.. ada ramai lagi cumanya gambar diorang nanti teman upload lepas nie..


9w2 ASD


9w2 CPJ ( Ayah Pin)



9w2NSR, 9w2AFT, 9W2CPJ


BAPAK PRESIDEN REPEATER SCORE/ASTRA
9W2RSM

kemerdekaan dan ramadhan

sebelum terlupa bior le teman ucapkan dulu 'selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 dan juga kedatangan ramadhan al-mubarak..' semoga dengan kehadiran dua hari yang penting ini dapat menginsafkan kita dan terus menjadi pendorong untuk terus mendaulatkan negara tercinta tanpa meninggalkan kewajipan kita sebagai khalifah di atas dunia ini. dan teman bersyukur kerana sehingga ke hari ini teman masih lagi di beri peluang untuk terus menikmati kedua-dua hari yang amat bermakna ini.

sekalung tahniah juga kepada rakan-rakan SWAL yang dah berjaya melepasi RAE baru-baru ini. harapan teman agar rakan-rakan pergunakanlah dengan sebaik mungkin kelebihan yang kita ada.. gunakan dengan mengikut tatacara yang terkandung dalam 'guideline'.. hormati OT yang sememangnya lebih banyak pengalaman berbanding kita yang baru nak menyelami dasar yang amat dalam dan luas.. cari rakan bukan cari musuh..dan yang paling penting, dunia amatur bukan satu platform untuk mencari populariti dan kelompok pengaruh tersendiri. kalau ada yang bersikap demikian, tatapilah semula guideline dan bertanya lah dengan orang yang lebih tahu.. janganlah kerana tersalah cuma selangkah, bebannya bertebaran merata-rata. kerana apa? kerana kita mempunyai satu-satunya callsign yang tak dapat di aplikasi oleh orang lain. kalau callsign dah di cop tak comel, berhati hatilah sebab dunia kita teramat pantas informasinya.

ok.. cukup bab-bab peringatan... maklum le bulan ramadhan nie adalah bulan untuk saling mengingati.. kalo tak suke mintak mahap le ye..

teman surf blog rakan AREC TMJ tadi.. terjumpa le pulak gambo abang long teman dari Berangan Bay, Tumpat Kelantan... orang yang cukup hensem dan paling di kenali di pantai timur. mari kita tengok siapa dia.....



ni dia... 9w2JLD... wak jalal @ abe jai


hahaha... sudah lama tidak bersendaloka bersama beliau.. tapi kalo bercakap dengan dia memang tak kering gusi la jawabnya.. kalo yang pertama kali baru berjumpa dia memang kecut abis la tengok misai sarjan dia tu... tabik abe jai..

ok.. crita lain kali... lepas ni teman upload gambo yang teman janjikan dulu...

' pilu menyentuh hati... aku di kejutkan.. oleh sentuhan cinta duka... bagaikan taufan.. kau hempas cintaku.. sehingga aku terapungan....sentuhan cinta mu sayang.. panasnya membakar di hati di hati.. hari-hari yang berlalu menyentuh sepi......'