biase le.. dah namanya cikgu, saat ini adalah salah satu saat yang mendebarkan.. ni lah masanya nak tengok kemampuan anak didik kita menterjemahkan apa yang depa blajor ke atas kertas jawapan. teman pun rasanya bedebor juga.. maklum ler.. ngajor english bukannya senang di kawasan kampung nie.. tapi Alhamdulillah sebelum sebelum ni tak ada le masalah.
dah berhari-hari jugak le teman tak buka blog ni. sibuk benor dengan koje luar dan dalam yang menimbun-nimbun. tapi dek kerana dah tugas kita maka kena la kita buat. kalo nak ikut kan rasa penat memang le penat..heh heh.. teman cuba masukkan mesej dalam shout box kak yong tapi agaknya ada masalah.. dua kali cuba dua2 tak boleh. tak ape lah nanti teman try lain kali pulak..
ari jumaat baru nie teman masuk ke hutan bersama-sama member 4x4.. saje nak test jalan baru dari kampung keruak di besut menuju ke tasik kenyir di hulu terengganu. itu laluan baru yang dibuat oleh pembalak. perjalanan bermula jam 10 pagi. perancangan kali nie takde le sampai nak bermalam. sekadar nak observe jer macam mana jalan baru tu...
bersama-sama dengan 4 buah 4x4 yang lain, kami memulakan perjalanan yang pada jangkaannya memakan masa 4 hingga 5 jam. tapi tak sangka jalan nya begitu mencabar hinggakan mencecah jam ke 4 tu pun kami masih lagi di pertengahan perjalanan. ada satu bukit yang terpaksa mengerah tenaga winch yang berlebihan hinggakan kenderaan tersebut bocor radiatornya, akibat tujahan melampau dan kepanasan yang teramat sangat.
setelah berbincang maka keputusan pun di ambil untuk menematkan perjalanan lebih awal. di sebabkan oleh faktor masa dan kerosakan, kami makan tengahari pada jam 5 petang.. itu pun setelah berjumpa dengan anak sungai. tapi masing-masing memang tak puas lagi sebab tak sampai ke penghujung destinasi.. insya Allah kami akan buat satu lagi trip ke sana... dan teman akan ceritakan pada kome apa yang dapat teman rakamkan sepanjang perjalanan tu nanti...
pasal gambo nanti teman usahakan sebab masa teman sekarang ni agak terhad. insyaAllah ada la tu nanti...
assalamualaikum.. sayonara.. 73...'mengalah bukan kalah... pergi ku bukan lari.. bukan mudah bercinta.. jika pengertian tak sekadar menagih korban... yang lebih dalam..'
hik hik hik.......
No comments:
Post a Comment