15 September 2008

legaaaaa...

minta maap le kengkawan.. dalam seminggu ni teman agak QRL dgn upsr dan juga keje keje lain.. tambahan pulak line internet ada problem.. so teman tak dapat nak surf dan membalas mesej mesej yang di hantar melalui c box.. tapi walau apa pun teman ucapkan terima kasih pada semua rakan yang sudi singgah di blog teman dan menitipkan sedikit kata kata walaupun blog teman cuma ada c box je...

ari khamis baru ni selesai satu lagi agenda bagi guru guru yang mengajar subjek upsr.. teman pun tak berkecuali.. yang penting sekarang kena cari agenda untuk pengisian hingga ke akhir tahun. tapi tengok muka bebudak tu, teman rasa ceria la jugak.. tapi doa teman biar lah diorang lepas...

dah setengah bulan kita berpuasa.. dan tak lama lagi raya lah kita.. semua pakat nak balik ke kampung.. yang duduk jauh la ni.. yang dah duduk kampung sendiri tak ada banyak perkara yang nak difikirkan.. teman pun tengah duk berkira kira budget nak balik ni... aiiiiii... sakit kepala jugak..

pada rakan rakan di perak, teman mungkin akan balik pada 27 @ 28hb nanti.. tapi tak pasti lagi samada teman akan ikut jalan grik-lenggong-kuala atau ikut gua musang-cameron. tengok keadaan la nanti...sapa sapa yang masa cuti raya ni ada perancangan nak gi main air panas kat Sg Klah hot spring, boleh lah contact teman... pasal nak ke sana kena lalu depan rumah ayah teman... heh heh heh...

ok.. teman ada keje skit sambung lepas ni...

73 de 9w2dap

No comments: