Assalamualaikum wbt...
16 Mei, setiap tahun... hari yang memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua warga guru di seluruh dunia.. dan sesungguhnya teman merasa amat berbangga kerana turut tersenarai antara jutaan guru yang ada.. sesungguhnya Yang Maha Kuasa itu terlalu arif dalam menyusun kehidupan hamba-hambaNya..
teman tak pernah menyangka akan menjadi seorang guru.. kerana sikap dan kenakalan teman sendiri di alam persekolahan tak akan memungkinkan teman untuk menjawat jawatan ini.. kalau di tanya kepada rakan-rakan sepersekolahan pun, barangkali sehingga hari ini mash ramai yang tidak percaya.. heh heh heh.. tapi sebenarnya bagi teman ini lah perjuangan yang amat menuntut kesabaran dan sifat keras hati, terutamanya dalam pembentukan satu keperibadian yang amat berbeza dengan perlakuan sebelumnya.. dan teman percaya ramai lagi di kalangan kita yang mempunyai pengalaman yang sama.. atau mungkin lebih hebat lagi...
guru zaman sekarang bukan lagi seperti guru di zaman dulu.. guru sebelum merdeka, dan semasa zaman kemerdekaan amat dihormati oleh masyarakat.. walaupun seorang guru, merekalah tempat mengadu pelbagai hal, dari hal rumahtangga hingga ke masalah kehidupan.. guru di kala itu adalah insan ke dua di belakang imam masjid yang paling dihormati.. malahan ada ketikanya ketua kampung pun meminta pandangan dan bantuan dari guru dalam urusan tadbir kawasan pemerintahannya.. orang-orang dahulu amat menghormati guru.. kerana mereka merasakan ilmu tak akan tersebar tanpa seorang yang bergelar guru.. orang-orang dahulu amat mengambil kira kebajikan guru.. andai seorang guru bertukar ke daerah lain, maka hubungan persaudaraan terus terjalin sehingga ke anak cucu.. begitulah hebatnya guru di masa itu..
zaman selepas merdeka, peranan guru masih lagi ditagih masyarakat bukan setakat mengajar di sekolah, tetapi juga hal ehwal semasa.. ini kerana kehangatan dan semangat merdeka masih lagi meruap-ruap di dada seluruh jiwa rakyat.. nama-nama guru yang tegar memperjuangkan kemerdekaan masih lagi tertanam di jiwa.. aduhai alangkah manis dan bahagianya bergelar seorang guru di waktu itu..
pengisian selepas merdeka menyaksikan guru mulai hilang suara dan penghormatan.. kalau dulu seorang murid amat menyegani gurunya walaupun di luar alam persekolahan, ianya tak berlaku lagi di kala ini.. sebabnya amat jelas.. kedatangan budaya barat terutama budaya 'hippies' yang mementingkan keduniaan dan keseronokan mulai merasuk minda anak-anak muda di waktu itu.. kejutan budaya yang terlalu ketara itu membuatkan kita dibuai mimpi sementara yang terlalu indah.. tanpa mengambil kira kedudukan dan adab budaya kita sebagai orang timur.. sikap hormat menghormati kian hilang.. peranan guru di waktu itu hanyalah sekadar pemberi ilmu di waktu pagi, manakala di waktu petangnya pula mereka menjadi 'invisible' pada pandangan umum.. kata-kata guru mulai dipandang sepi.. alangkah hebatnya guru diwaktu ini.. terpaksa berjuang membetulkan adab dan minda pelajar mereka, disamping menepis ketamadunan barat yang semakin kuat mencengkam..
guru di pasca moden ini terpaksa bersaing dengan kemodenan yang masuk bertali arus ke negara kita.. bukan bermaksud untuk menolak segala kemudahan yang ada, tetapi minda dan pemikiran pelajar sekarang merasakan ilmu dari seorang guru yang wujud jasadnya di depan mata tidak membawa sebarang erti.. sudah menjadi satu perkara yang biasa sekarang, bila terpampang di media-media cetak dan elektronik, kes-kes guru yang diancam, dipukul oleh pelajar... dan yang yang lebih menarik perbuatan ini turut disokong oleh kaum keluarga mereka.. apa yang anda fikirkan mengenai hal ini?! memang betul di zaman ini ada juga dikalangan guru yang bertindak agak keterlaluan.. tetapi teman hairan kenapa begitu manjanya kita dalam mengasuh dan mendidik anak-anak kita.. asal ada tanda merah di tangan kerana sedikit hukuman atas niat untuk membetulkan kesalahan, maka jam itu juga berkejaran ke sekolah mencari guru terbabit... kemudian dihebahkan kepada seluruh dunia.. aduhhhh.... guru di zaman ini memang sudah hilang penghormatan dan kepercayaan dari mereka di sekeliling..
teman menulis begini kerana teman adalah seorang guru.. banyak pengalaman yang teman alami bermula dari zaman menjdi anak didik sehingalah teman menjadi pendidik.. mereka yang berada di rumah mungkin merasakan penulisan teman pada kali ini agak mengikut perasaan.. teman minta maaf.. teman menulis kerana teman kasihan pada rakan-rakan seperjuangan yang terpaksa berjuang dalam keadaan yang amat tidak selesa.. tanyalah kepada guru-guru yang menggalas jawatan sebagai jurulath di pusat-pusat ko kurikulum, terutamanya berkaitan dengan masalah pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai 'high risk', bagaimana hebatnya pelajar-pelajar sekarang dalam mencipta keperibadian yang salah.. dan teman percaya akan ada ibu bapa yang pengsan dan tak akan mempercayai apa yang bakal di dengar.. akan ada yang menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata "ini satu pernyataan dan perbuatan yang sekali-kali tidak dapat diterima oleh kita".. PERCAYALAH!! kerana ianya sudahpun berlaku dan ianya adalah sejarah-sejarah pahit yang kami selaku jurulatih pusat ko terpaksa harungi..
ok.. panjang lebar sikit.. bukan apa.. sekadar untuk renungan kita... samada warga pendidik atau masyarakat sekeliling.. apa-apa pun di kesempatan ini teman ucapkan 'SELAMAT HARI GURU' untuk bekas-bekas guru teman dari alam rendah hinggalah ke ITM dan maktab.. sekadar beberapa nama yang teman nak nyatakan di sini.. cikgu yang mazni, cikgu ruhizah, cikgu ainon, allahyarham cikgu khalil (antara mereka yang banyak berjasa di zaman SEK. KEB. FELDA SG KLAH), cikgu sazali sidikin, cikgu salim, ustaz hanafi mat (sekadar beberapa nama di alam SEK. MEN. SUNGKAI)..... juga kepada semua insan yang bergelar guru... tak lupa juga jurulatih-jurulatih di semua pusat ko seluruh negara... SELAMAT HARI GURU....
73. clear..