masa teman ke pasir mas ari tu, sempat le teman berborak dengan seorang rakan lama..agak panjang juga kami berbual.. dan dalam perbualan tu tercetuslah rasa kecil hati beliau terhadap apa yang berlaku pada blog yang diilhamkan untuk rakan-rakan mengetahui perkembangan terkini.. apa yang beliau kesalkan ialah ada di antara pelawat2 blog yang melontarkan kata-kata yang tak sepatutnya di ruangan c-box di blog tersebut, yang sepatutnya di gunakan untuk bertukar-tukar pandangan dan menambah rakan dah bertukar kepada ruang untuk kecam mengecam.. oleh kerana terlalu geram dn dah tak terlayan maka beliau terus buang ruangan c-box tersebut dari blog nya.. terkejut jugak teman dengan apa yang dia bagitau tu.. maklum le teman pun dah lama tak surf internet dek kerana QRL teman. ari ni terlanjur teman surf blog teman ni, teman menjenguk le sekejap ke blog dia.. memang betul.. ruangan c-box dah di tiadakan.. kesian dia.. dia pun macam dah tak ada semangat untuk upload berita2 terbaru dek kerana kerakusan orang lain yang pada teman merosakkan blog dan juga semangat beliau..
teman akur dengan kepelbagaian ragam 'stesen2' yang ada di sekeliling kita.. kita tak mampu nak mengawal mereka untuk surf ke mana2 sahaja mereka nak surf.. dan bila mereka ke blog kita sekurang-kurangnya pada teman mereka tu nak kan info2 yang terbaru.. secara tak langsung turut menaikkan ranking visitor di blog kita.. tapi yang teman tak paham kenapa mesti meninggalkan pesanan2 yang tak sedap mata melihat dan tak berapa sedap untuk ditutur.. Alhamdulillah setakat nie ruangan c-box teman tak pernah lagi terjadi perkara macam tu.. dan teman mintak sangat2 jangan le jadi sampai macam tu.. sebab niat teman bukannya nak merosakkan sapa2 tapi sekadar menyampaikan sebarang info yang teman ada di samping mengumpul rakan2 dari merata ceruk lokalan..
kepada rakan2 ham bloggers, bersabar lah dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi di blog kita. cuma kita jangan cepat melenting dengan apa jua yang menyentap perasaan kita bila melihat sesuatu yang kita tak suka. dan teman rasa janganlah di layan pesanan2 yang tak sepatutnya di layan. tumpukan pada nawaitu kita untuk menambah eratkan hubungan ham kita.. InsyaAllah..
teman tau mungkin ada yang marah dan tak setuju dengan apa yang teman tulis ni.. tapi renung2kanlah.. tak ada faedahnya kita merosakkan blog rakan lain semata2 kerana kita tak setuju denga apa yang diperbincangkan.. masih ada lagi saluran lain untuk berbincang dan membetulkan sesuatu jika ada yang tersalah.. bukan dengan cara menghentam bloggers tersebut di blog beliau sendiri..
ok.. teman menulis apa yang teman rasa patut teman luahkan.. kalo ada yang terasa hati, teman mintak maap banyak2 dari ujung rambut ke ujung kaki.. i'm not perfect, that's the truth but as a human being and a friend, it is not an error to share the others sadness..
jumpa lagi.. 73...