18 September 2008

eyeball di base 9w2USU (poksu pi)

malam 16/9 ari tu, poksu pi 9w2USU buat eyeball menjemput rakan-rakan amatur dan juga 4x4. seronok jugak dapat berkumpul ramai-ramai di bulan pose ni.. ramai yang datang.. antaranya rakan amatur dari SCORE, PEMANCAR BESUT dan MEMBER KELAB BELANTARA 4X4..




poksu pi (berkopiah) bersama pak puzi, PUZ...




9W2CPJ (ayah pin) tersandar kekenyangan setelah membalun kerang rebus dan rambutan.


terima kasih poksu atas jemputan.. lepas ni tumbang-tumbang kan le sekor dua lembu tu yer... hik hik hik.....

15 September 2008

Majlis berbuka puasa

dari kiri leen, jamhari, roslee, razak, mazlan, cik lias, ani dan nasir.... teman?! tukang ambik gambor... heh heh...

pada 14 sept 2008 telah diadakan satu majlis berbuka puasa di antara Pengarah Pelajaran Negeri, staf dan jurulatih Pusat Kokurikulum JPNT. majlis ni jugak bersempena dengan program Ihya Ramadan yang setiap tahun di adakan.

tapi gambar yang kat atas ni di ambil lepas pada waktu berbuka... masa ni kitorang eyeball kat kedai... juz lari dari kebisingan... hahahaha...

9w2DRP

seorang rakan, teman dan juga abang
9w2DRP.. Pak Aduka
Tendong,Pasir Mas
Kelantan....
berkongsi minat yang sama
4x4 offroad challenge
biker's
we're on the same track, aren't we?!

legaaaaa...

minta maap le kengkawan.. dalam seminggu ni teman agak QRL dgn upsr dan juga keje keje lain.. tambahan pulak line internet ada problem.. so teman tak dapat nak surf dan membalas mesej mesej yang di hantar melalui c box.. tapi walau apa pun teman ucapkan terima kasih pada semua rakan yang sudi singgah di blog teman dan menitipkan sedikit kata kata walaupun blog teman cuma ada c box je...

ari khamis baru ni selesai satu lagi agenda bagi guru guru yang mengajar subjek upsr.. teman pun tak berkecuali.. yang penting sekarang kena cari agenda untuk pengisian hingga ke akhir tahun. tapi tengok muka bebudak tu, teman rasa ceria la jugak.. tapi doa teman biar lah diorang lepas...

dah setengah bulan kita berpuasa.. dan tak lama lagi raya lah kita.. semua pakat nak balik ke kampung.. yang duduk jauh la ni.. yang dah duduk kampung sendiri tak ada banyak perkara yang nak difikirkan.. teman pun tengah duk berkira kira budget nak balik ni... aiiiiii... sakit kepala jugak..

pada rakan rakan di perak, teman mungkin akan balik pada 27 @ 28hb nanti.. tapi tak pasti lagi samada teman akan ikut jalan grik-lenggong-kuala atau ikut gua musang-cameron. tengok keadaan la nanti...sapa sapa yang masa cuti raya ni ada perancangan nak gi main air panas kat Sg Klah hot spring, boleh lah contact teman... pasal nak ke sana kena lalu depan rumah ayah teman... heh heh heh...

ok.. teman ada keje skit sambung lepas ni...

73 de 9w2dap