16 October 2008

QRL...

minta maap le kengkawan semua.. terutama kepada mereka yang menghantar pesanan di c-box.. teman tak dapat nak balas keprihatinan anda semua...

teman memang agak QRL kebelakangan ini... beberapa jemputan untuk open house dan juga mega eyeball tak dapat teman penuhi.. jadi kepada semua rakan-rakan, teman mintak maap skali lagi..

pada 19/10 - 12/10 teman jadi guru pengiring untuk lawatan sambil belajar saltmine teman nie ke melaka dan kuala lumpur.. perjalanan menaiki keretapi bermula dari stesen tanah merah hingggalah ke tampin. perjalanan memang panjang dan agak memenatkan.. tapi kerana ramai di antara pelajar2 teman nie yang belum ada pengalaman menaiki keretapi, kita beri mereka peluang untuk measai suasananya. jam 8.30 malam di tanah merah dan sampai di tampin jam 8.00 pagi.. hampir 12 jam.

then naik bas pulak untuk lawatan dan seterusnya ke kuala lumpur.

11/10 jam 8.30 mlm naik keretapi dari KL Sentral pulak untuk balik ke terengganu. perjalanan agak lama kerana hampir jam 1 tengahari baru sampai di tanah merah.. it was more than 12 hours.. penat gilerrrrrrr... naik bas ke setiu dan sampai di base jam 3 petang..

12/10 tu jugak teman terpaksa melapor diri di pusat ko cawangan besut untuk Program Pendidikan Lepasan UPSR Peringkat Negeri Terengganu.. penat memang penat tapi tugas kena diutamakan.. teman bertugas di sana sampai 15/10.. tapi seronok gak tengok pelajar2 yang berbilang kaum buat aktiviti. hilang skit penat..

hari ni 16/10 teman ke Lata Belatan pulak untuk Program Unit Beruniform Sk Putera Jaya, bukan Putra Jaya KL tu.. tapi Putera Jaya di Setiu nih.. dan teman akan berada di sana sehingga 18/10...

18/10 tu pulak ada jemputan dari rakan AREC TMJ untuk majlis makan lemang sempena aidilfitri baru-baru nie.. InsyaAllah kalo berkesempatan teman akan ke sana.. teman cuba lah sedaya upaya teman..

jadi 10 hari straight teman berada di luar lokalan.. mintak maap le kalo ada pesanan dari rakan-rakan yang tak dapat dan tak sempat teman balas.. kalo ada masa yang terluang, teman akan qada kan balik masa teman di blog nie..

terima kasih semua..

73 de 9w2DAP..

p/s - takziah kepada 9w2XRR kerana kepulangan harmoniknya yang berusia setahun ke Rahmatullah pada 15/10/08 jam 9.00 mlm. kepada rakan-rakan yang ada no loceng beliau, titipkan lah sms sebagai tanda takziah kita.. Al-Fatihah...

p/s - juga kepada abe jai 9w2JLD, banyak banyak le makan ubat supaya cepat sembuh.. temam tak sabor-sabor nak berlumba dah nie... vrooommmmm... pissss... hik hik hik....

1 comment:

mulut manis said...

hai... zie ni... lama x contact