09 September 2008

blog kengkawan... mari kita meriah-meriahkan....

kebelakangan ni ramai rakan ham di pantai timur terutama di kelantan dan terengganu dah produce blog sendiri.. satu perkembangan yang baik dan menggalakkan... sekurang-kurangnya kita dah mengaplikasikan kemudahan IT yang kita ada untuk mencari lebih banyak informasi dan kenalan... yang mana ada kemahiran yang baik berbanding kita yang baru belajar nak buat blog ni, sama-sama lah kita bantu membantu... bukan untuk orang lain.. untuk rakan kita juga..


blog wak jalal, tumpat kota bharu
(victor 2 ringgit lima kupang)
http://9w2wok.blogspot.com/

blog PUTRA
(kelab rakan amatur pasir putih)
http://putrappkn.blogspot.com/

blog AKRAB
(kelab rakan amatur bachok)
http://akrabonline.blogspot.com/

blog 9w2YII/AREC TMJ
(kelab rakan amatur tanah merah, machang , jeli)
http://9w2yii-9w2yii.blogspot.com/

banyak lagi sebenarnya.. ni antara yang teman agak rapat dan dapat permission untuk publish di sini. nak publish rakan lain punye, takut jadi masalah pulak nanti...

ok 73 dulu... cherioooo....

UPSR datang lagi..

hari ni semua pelajar di tahun 6 seluruh negara menduduki UPSR.. sekalung tahniah dan syabas teman ucapkan pada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam proses membimbing anak didik mereka. teman paham akan kepayahan, kesukaran dan komitmen yang telah cikgu-cikgu berikan untuk memastikan anak didik kita berjaya... kerana teman juga seorang guru.. kita akan terus mendoakan kejayaan mereka.. dan berharap ilmu ilmu yang mereka ada akan di gunakan untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

satu perkara yang teman dapat rasakan setiap kali UPSR datang, sebulan sebelum tu kita para cikgu dah menggelabah memikiorkan pelajar-pelajar kita.. mintak mahap le teman bercakap dalam konteks UPSR.. rakan-rakan lain mungkin lebih stress.. yang mana anak didik mereka a akan menduduki PMR, SPM dan STPM.. walau apa jua bentuk exam nya, kita sebagai guru yang akan mula-mula terasa gedebak gedebuk.. macam kita pulak yang nak exam..

walau apa pun teman nak ucapkan pada semua pelajar di seluruh negara, 'SELAMAT MENDUDUKI UPSR'.. dan pada semua cikgu, terima kasih kerana sabar melayan kerenah anak murid sepanjang mereka mengenal diri dalam peringkat awal pembelajaran ini.. InsyaAllah, kejayaan sentiasa bersama kita.. THINK POSITIVE.

07 September 2008

Cara terbaru menyebar kuman HIV

sekadar peringatan... sebagai manusia kita kena sentiasa berwaspada. nie teman dapat dari kiriman email ke akaun teman.. teman rasa tak ada masalah untuk teman berkongsi dengan mike-mike semua...

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif

seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih....


1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.


2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.


3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .. Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .


4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.


5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA .