04 August 2008

terima kasih semua.......

bila bercakap tentang masa, ramai yang akan mengangguk setuju kalo teman katakan kita semua tak mampu lagi mengatur masa dengan sebaik mungkin. bukannya maksud teman kita tak pandai dalam pengurusan masa, tapi kadang-kadang perkara yang kita dah rancangkan dengan teliti sebelumnya akan terubah secara tiba-tiba.. kerana apa? kerana ada perkara yang kita tak dapat pastikan dengan naluri dan pancaindera yang kita ada. itu adalah lumrah manusia. kalo ada yang berkata "aku bijak membahagikan masa dengan sebaik-baiknya" maka pada pandangan teman itu hanyalah sekadar zahir tapi apabila diperhati dengan teliti, tidak sesempurna itu pengurusan masa kita.. namun sebenarnya itulah yang terbaik, dengan kemampuan dan kebolehan yang kita ada, maka kelansungan hidup ini dapat kita jalani dengan agak sempurna.

Alhamdulillah kita di bekalkan dengan kebolehan dan akal yang tak dapat ditandingi oleh makhluk lain di dunia ini. penciptaan kita sebagai seorang insan adalah perfect berbanding dengan makhluk-makhluk lain ciptaan-Nya. haiwan mempunyai naluri tapi bukan perasaan, manakala kita mempunyai naluri dan perasaan yang seharusnya kita jaga sebaik mungkin. kerana keblehan dan kelebihan yang kita ada itu lah maka kita di utuskan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan ia dengan amal ibadat, tanda rasa syukriah kita pada Yang Maha Esa... InsyaAllah....

heh.. heh.. maap le teman macam berkhutbah sikit. sajer nak ingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab dan amanah yang ada di bahu kita. kadang-kadang takut juga, maklum le kita ni bukannya insan yang sempurna.. nak jadi contoh pada orang lain, terutamanya pada anak didik kita bukan satu tugas yang mudah. gerak geri dan tingkah laku kita saban masa di perhatikan. tak kira apa jugak yang kita buat. teman takut kalau ada tingkah laku kita yang tak baik akan menjadi ikutan pada anak murid teman. jenuh teman nak bersoal jawab nanti...

TERIMA KASIH kak yong atau 9w2YZU sebab dah link kan blog teman ni dalam blog kak yong. budi baik kak yong tak dapat teman nak balas.. cuma harapan yang teman simpankan dalam hati ni agar diberi peluang untuk berkenalan di daratan dengan kak yong pulak. biar pun baru sekali saja berpeluang untuk berkenalan di udara, namun jalinan ukhwah itu dah rasa macam dah lama terjalin. itulah kelebihan radio amatur yang selalu teman canang-canangkan pada rakan-rakan di sini... rakan-rakan yang dah ada AA dan juga rakan-rakan SWAL yang baru nak kenal apa itu radio amatur.

teman sebenarnya tak berapa pandai untuk menerangkan secara detail apa yang kita dapat bila kita menggunakan radio amatur sebagai alat komunikasi antara kita pada rakan-rakan SWAL. teman lebih suka depa merasai sendiri apa yang bakal depa dapat. sebab itu lah bila teman join konvoi atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan radio amatur, teman ajak depa ni join.. secara tak lansung minda depa ni teransang sikit berbanding dengan info yang kita bagi secara oral. itu pada pendapat teman le.. rakan-rakan lain mungkin ada cara depa yang tersendiri. kan manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.. hik hik..

minggu ni teman tengah bedebor hati tunggu satu lagi hobi yang teman simpan sekian lama. sejak di bangku sekolah lagi. tapi teman tak boleh kabor le sekarang.. takut tak jadi.. jadi sekarang ni teman ibarat makan tak kenyang tido tak lena.. celik aje mata, teringat.. celik je mata, teringat.. hehehehe.. mintak-mintak le semuanya berjalan lancar... nanti le.. teman janji teman akan post kan apa yang buatkan teman jadi sengsara sementara ni dalam blog ni nanti..

apa-apa pun, terima kasih sekali lagi pada kak yong yang baik hati, para pembaca yang budiman.. kalo rasa nak letak apa-apa komen pun, letak le.. teman tak marah teman tak kisah.. malahan teman lagi suka.. sekurang-kurangnya teman tau apa kekurangan yang perlu teman baiki.

terima kasih SCORE,
terima kasih ASTRA,
terima kasih PEMANCAR,
terima kasih AKRAB,
terima kasih Vee 99,
terima kasih PARTS,
terima kasih HAM LENGGONG..

sayonara, 73 clear..


'ku kira engkau telah melupakan, kerna itu lah engakau nampak tenang, lain lah aku walau ketika ini, masih membara ingatanku terhadap mu......'
isk isk isk......

1 comment:

Rozi Rahim said...

Semalam (4 Ogos 2008) opah, tok, cho ngn kekda ada dtg umah mak simpang pulai. kitorang gi kuala kangsor. on the way back to ipoh, singgah mkn besar kat batu gajah.hehe..jgn dengki ye... i've told tok about ur intention nak hadiah moto beso tu...everybody laughed...cho ckp..."ha'ah la..ye le tu.."... Nnti cuti blk kg... byk interesting story nak citer... macam2 citer... cuti sek ni balik la...