17 February 2011

korban?? pengorbanan?? berkorban??


apa yang menariknya tentang pengorbanan? kalau diikutkan pada perkataan ini ianya amat menggerunkan.. korban... secara asasnya korban ini bermaksud hapus.. ermm.. nak hapuskan apa yerk?!! hehehe... semuanya bergantung pada tafsiran dan fahaman akal masing-masing.. dan semuanya boleh ditafsirkan secara ilmiah dan rohaniah.. dan sudah tentu masing-masing akan ketemu jawapan yang dicari..

teman baru lepas membaca kisah rakan-rakan teman yang sudah lama tidak ketemu.. ada yang menjangkau empat lima tahun dan ada pula yang melebihi 20 tahun.. kesemua mereka mempunyai kisah-kisah yang tersendiri, ada yang menginsafkan dan ada yang membawa kita mengimbau pengalaman lalu.. pada teman, inilah seni abstrak dalam fitrah dan kehidupan manusia.. di mana kita tak mampu melihat dan menilai, cuma mengambil sedikit kesempatan untuk cuba merasai pengalaman itu secara virtual.. walaupun hakikatnya tak mungkin akan ada persamaan dengan mereka yang telah benar-benar mengalami dan merasai makna di sebalik pengorbanan itu.

sebagai seorang manusia, rakan-rakan kita terdiri dari pelbagai latar belakang.. teman tak pernah memilih status untuk berkawan.. cuma berhati-hati dengan setiap langah ketika berkawan.. justeru itu rakan-rakan teman datangnya dari pelbagai golongan.. kerana bagi teman dalam berkawan, yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk itu kita tetapkan ia sebagai sempadan..

perlukah pengorbanan dalam hidup?

sekarang teman berada jauh dari lingkungan rakan-rakan teman yang bersama-sama merasai nikmat kehidupan sewaktu kecil dan sewaktu meningkat remaja.. terlalu banyak kenangan yang tak akan mungkin teman hapuskan dari minda.. kerana mereka inilah yang teman anggap bukan sahaja sebagai rakan dan sahabat.. malahan bagaikan sebuah keluarga yang besar yang tergarap dengan penuh keindahan.. dan ini tak akan terputus serta akan berkekalan selama mana hayat dikandung badan.. dan bila sahaja terkenang, di dalam hati teman meronta-ronta untuk berada dekat dengan mereka.. agar ikatan kekeluargaan ini terus terbaja.. namun sepertimana teman katakan tadi, ianya lebih kepada pengorbanan..

namun Yanag Maha Esa itu amat memahami keluhan hamba-hambaNya.. dan ditempat yang jauh ini teman dianugerahkan pula dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.. bermula dengan mereka yang berada di jaluran radio amatur, mereka yang berkemahiran mengendalikan 4x4, mereka yang menikmati deruan enjin superbike serta mereka yang sama-sama meminati bidang muzik, maka terhimpunlah rakan-rakan dari kalangan yang berbeza.. dan sudah pastinya sedikit sebanyak mengubat rindu teman pada rakan-rakan sepermainan teman yang nun jauh di sana.. walaupun tak akan sama pengalaman dan kasih sayang yang diberi dan diterima, ianya masih lagi teman syukuri kerana pada teman segala apa yang berlaku tentu ada hikmahnya yang tersendiri...

namun ini juga meninggalkan teman pada satu klausa pertanyaan:
'adakah untuk memiliki sesuatu, maka kita terpaksa berkorban untuk memilikinya?'



73 de 9w2DAP....

No comments: