28 September 2011

apa dah jadi daaaa...

Assalamualaikum...




belum terlambat lagi rasanya teman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan kepada semua rakan-rakan dan pengunjung blog ini... ini merupakan hari terakhir di bulan syawal.. jadi ini juga merupakan kesempatan terakhir untuk teman mengucapkan salam lebaran..



kepada rakan-rakan dan juga mereka yang setia mengikuti blog teman ini, pernah teman paparkan satu post yang berkisar kepada kuasa... mereka yang belum membacanya boleh melayari: http://9w2dap.blogspot.com/2011/01/semangat-tahun-baru-ermmmmmmmmm.html Di situ ada teman perkatakan tentang kuasa dan kita yang mendominasi kuasa..



begitulah adat manusia.. hari ini teman dikejutkan dengan satu berita akan diadakan satu majlis di sini oleh satu pertubuhan. majlis yang gilang gemilang gitu... siap jemput exco negeri lagi.. tapi masalahnya orang tertinggi pertubuhan peringkat negeri sendiri tak tau ada majlis tu... bukan saja dia, malahan semua AJK tertinggi pun dikhabarkan tak tahu menahu majlis tersebut akan dilaksanakan. dan agenda utama majlis itu pun memang melibatkan status, kepentingan dan matlamat penubuhan pertubuhan tersebut.. adoiiii... apa nie.. kalau di peringkat negeri pun tak ada sesiapa yang menganjurkannya, maka persoalannya - siapa yang menganjurkannya di peringkat negeri? apa tujuan berbuat macam ni? persoalan yang hanya mereka yang terlibat sahaja yang mampu menjawab..


ekoran dari berita ini, khabarnya juga ada AJK yang bertanya kepada pihak pusat... namun jawapan yang diberikan memang lansung tak masuk akal... ermmmm. entahlah... ini lah yang teman katakan tentang kuasa... keinginan manusia untuk mempunyai kuasa hatta tidak ada sebarang ganjaran kewangan.. entahlah... apa la yang dikejarkan.. nama? ermmm..


sama-samalah kita fikir..


73 de 9w2dap..

15 June 2011

SELAMAT MENJAWAB....

Assalamualaikum...
hari ini (15 ulai 2011) semua rakan-rakan SWL akan menduduki peperiksaan RAE yang berlansung serentak di seluruh negara.. ramai juga dikalangan kenalan teman yang turut sama-sama menempuhi 3 jam yang mendebarkan.. di mana pun anda berada, teman mengucapkan selamat menjawab dan jawablah dengan tenang.. teman pasti sebelum datangnya hari ini, anda telah berguru dengan mereka yang mahir dan benar-benar mempunyai hasrat untuk melihat anda berjaya, lulus dan seterusnya nanti teriktiraf dengan callsign dan AA yang cuma andalah satu-satunya yang memiliki.... semoga nanti keluarga radio amatur malaysia akan terus berkembang dan mantap serta mempunyai ikatan ukhwah yang erat..
untuk rakan-rakan ASTRA di terengganu, kita akan membuat semakan semula ahli-ahli ASTRA bagi memudahkan urusan ke ASTRA Pusat.. keahlian di terengganu sekarang agak kelam kabut kerana ada dikalangan rakan yang mendaftar melalui negeri lain tetapi menggunakan alamat di negeri terengganu.. semakan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti bilangan ahli ASTRA yang berdaftar dan juga untuk memudahkan urusan surat menyurat terutamanya bagi urusan mesyuarat kerana dimana jua anda mendaftar, anda tetap ahli ASTRA.. cuma pengemaskinian ini bertujuan untuk mengetahui bilangan ahli ASTRA di setiap pelusuk negeri terengganu ini..
terima kasih...
73 de 9w2DAP

17 February 2011

korban?? pengorbanan?? berkorban??


apa yang menariknya tentang pengorbanan? kalau diikutkan pada perkataan ini ianya amat menggerunkan.. korban... secara asasnya korban ini bermaksud hapus.. ermm.. nak hapuskan apa yerk?!! hehehe... semuanya bergantung pada tafsiran dan fahaman akal masing-masing.. dan semuanya boleh ditafsirkan secara ilmiah dan rohaniah.. dan sudah tentu masing-masing akan ketemu jawapan yang dicari..

teman baru lepas membaca kisah rakan-rakan teman yang sudah lama tidak ketemu.. ada yang menjangkau empat lima tahun dan ada pula yang melebihi 20 tahun.. kesemua mereka mempunyai kisah-kisah yang tersendiri, ada yang menginsafkan dan ada yang membawa kita mengimbau pengalaman lalu.. pada teman, inilah seni abstrak dalam fitrah dan kehidupan manusia.. di mana kita tak mampu melihat dan menilai, cuma mengambil sedikit kesempatan untuk cuba merasai pengalaman itu secara virtual.. walaupun hakikatnya tak mungkin akan ada persamaan dengan mereka yang telah benar-benar mengalami dan merasai makna di sebalik pengorbanan itu.

sebagai seorang manusia, rakan-rakan kita terdiri dari pelbagai latar belakang.. teman tak pernah memilih status untuk berkawan.. cuma berhati-hati dengan setiap langah ketika berkawan.. justeru itu rakan-rakan teman datangnya dari pelbagai golongan.. kerana bagi teman dalam berkawan, yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk itu kita tetapkan ia sebagai sempadan..

perlukah pengorbanan dalam hidup?

sekarang teman berada jauh dari lingkungan rakan-rakan teman yang bersama-sama merasai nikmat kehidupan sewaktu kecil dan sewaktu meningkat remaja.. terlalu banyak kenangan yang tak akan mungkin teman hapuskan dari minda.. kerana mereka inilah yang teman anggap bukan sahaja sebagai rakan dan sahabat.. malahan bagaikan sebuah keluarga yang besar yang tergarap dengan penuh keindahan.. dan ini tak akan terputus serta akan berkekalan selama mana hayat dikandung badan.. dan bila sahaja terkenang, di dalam hati teman meronta-ronta untuk berada dekat dengan mereka.. agar ikatan kekeluargaan ini terus terbaja.. namun sepertimana teman katakan tadi, ianya lebih kepada pengorbanan..

namun Yanag Maha Esa itu amat memahami keluhan hamba-hambaNya.. dan ditempat yang jauh ini teman dianugerahkan pula dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.. bermula dengan mereka yang berada di jaluran radio amatur, mereka yang berkemahiran mengendalikan 4x4, mereka yang menikmati deruan enjin superbike serta mereka yang sama-sama meminati bidang muzik, maka terhimpunlah rakan-rakan dari kalangan yang berbeza.. dan sudah pastinya sedikit sebanyak mengubat rindu teman pada rakan-rakan sepermainan teman yang nun jauh di sana.. walaupun tak akan sama pengalaman dan kasih sayang yang diberi dan diterima, ianya masih lagi teman syukuri kerana pada teman segala apa yang berlaku tentu ada hikmahnya yang tersendiri...

namun ini juga meninggalkan teman pada satu klausa pertanyaan:
'adakah untuk memiliki sesuatu, maka kita terpaksa berkorban untuk memilikinya?'



73 de 9w2DAP....

13 February 2011

dah dua tiga hari demam.. sekarang baru la teman rasa segar sikit.. mungkin disebabkan perubahan cuaca di sebelah pantai timur yang sudah bertukar ke panas terik..(atau mungkin jugak sebab antibodi lemah kot... hehehe).. jadi dalam tempoh tersebut masa teman banyak dihabiskan di rumah melayani tv dan ubat sambil berehat.. nak surf internet tak boleh sebab talian komunikasi nie tak sampai ke rumah.. maklumlah tempat teman tinggal nie agak ke dalam sikit jaraknya. teman cuma berkesempatan surf bila teman di studio sebab di studio teman gunakan streamyx.. tapi bila menjelang tengah malam, kacau bilau jugak line nak dapat.. hehehe..

semalam semasa teman melayari blog rakan-rakan, teman terhenti di satu blog, kepunyaan sahabat baik merangkap abang teman nun jauh di utara.. 9w2FLY @ abg zul.. seronok membaca tulisan-tulisan beliau di blog tersebut. isu semasa yang digarapkan secara spontan dan juga santai seharian yang tak jemu untuk dibaca.. kebetulan kami berkongsi link yang sama- http://ondscene.my/.. sambil membaca sambil beringat tentang keselamatan.. hehe

yang menarik tentang blog abg zul ialah setiap penulisan beliau biasanya disertakan dengan visual-visual yang menarik, yang sudah semestinya berkaitan dengan apa yang ditulis.. gaya penulisan beliau sangat santai dan tidak formal, membolehkan kita tersenyum sendirian sambil memahami maksud yang tersirat, terselit sense of humor yang membuatkan kita tidak bosan untuk membaca.. itu abg zul yang teman kenal sewaktu konvoi ke utara 3@4 tahun lepas..

nie je lah kenangan yang masih tersimpan

berkenalan di kem singkir, kemudian terus menjadi sahabat yang baik.. cuma yang sebetulnya teman sudah lama terputus hubungan dengan beliau.. cuma dalam tempoh seminggu dua nie baru teman dapat track abg zul melalui blog kak yong-9w2YZU.. tambahan pulak kebelakangan nie teman jarang melayari internet dek kerana kesibukan tugas-tugas.. walau apapun teman bersyukur dan gembira walaupun tak berbicara secara langsung, kerinduan itu terubat juga dengan membaca kisah-kisah yang di post kan..

buat abg zul, bukan teman nak menghakimi sesiapa, tetapi teman kagum dengan semangat abg zul yang tak pernah pudar dan masih tak berubah sejak teman mengenali anda.. teruskan dengan penulisan-penulisan yang santai begini kerana teman akan sentiasa setia melayari setiap inci PERJALANANku belum berakhir ini.. keep on going bro.. i'm proud of you....

kerja... kerja... hehehe

73.

20 January 2011

MY BLOG

ASSALAMUALAIKUM..

post teman yang lalu adalah berdasarkan pengalaman teman sendiri tanpa diprovokasi oleh mana-mana pihak.. kalau ada yang terasa hati teman mohon ampun dan maaf tetapi sebaiknya kita berfikir menerusi hati nurani kita sendiri.. pada teman ini adalah peringatan untuk teman lebih berhati-hati menilai mereka yang berada disekeliling teman..

blog ini juga teman wujudkan untuk melepaskan expressi diri teman jika berkesempatan.. dan ianya tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau persatuan melainkan hasil nukilan individu sahaja.. jadi sebarang paparan dan penulisan serta post-post yang dihantar adalah lebih merupakan penulisan individu tanpa melibatkan mana-mana pihak. justeru itu di blog ini anda akan dapat menyaksikan ianya bercampur baur dengan segala macam jenis aktiviti.

terima kasih kerana melayari blog ini.


73 de 9w2DAP

SEMANGAT TAHUN BARU... ERMMMMMMMMM

ASSALAMUALAIKUM...

2011..... tetap datang dan meninggalkan 2010... dan hampir setengah bulan pertama di awal tahun baru, inilah masa terluang yang dapat teman paparkan menerusi tulisan yang dah lama teman tinggalkan... kadang-kadang rasa bosan untuk menulis pun ada.. disebabkan dek kesibukan dan acara yang padat yang harus dipenuhi...

2010....... meninggalkan pelbagai ragam nostalgia... samada dari segi kehidupan, keluhan rintihan, perangai dan tabiat... aduhhhhhh... dalam masa setahun walaupun terlalu singkat tetapi banyak yang dilalui.. ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan, ada yang buat kita terkenang-kenang, dan ada jugak yang.... ermmmmm... entahlah... lumrah manusia...

yang paling penting yang dapat teman rasakan sepanjang apa yang berlaku di 2010 adalah mengenai KUASA... apa pun yang orang fikirkan, apa pun yang orang cuba tafsirkan, KUASA adalah sebenar-benar alat yang ada dalam fitrah manusia untuk dimiliki.. untuk pelbagai tujuan khususnya... tujuan yang kita nampak secara zahir, tujuan yang secara zahir tak nampak tapi dari batinnya terjurus ke arah itu.. atau yang secara zahir dan batinnya yang memang tersembunyi 1001 tujuan yang langsung kita tak tahu... atau pun pada teman, langsung tak nak ambik tahu.. sebab dengan kuasa ini mungkin kita dapat mengadakan sesuatu yang tiada sebelum ini, atau dapat menunjukkan bahawa kita ini yang lebih layak dari yang sebelumnya.. atau dah memang kita dilahirkan sejak azali untuk memegang tampuk kuasa... entah le... teman pun tak tau..

berbalik kepada kuasa, pada teman kuasa itu adalah sesuatu yang menjerihkan untuk diselusuri sepenuhnya. dan adakalanya teman rasa kuasa yang ada itu akan membunuh kita pada suatu hari nanti... kalau tak sampai membunuh sekalipun, akan terasa kesan tikaman dibelakang dari mereka yang berada disekeliling kita.. mungkin itu satu petunjuk yang kita tak mampu mengendalikan kuasa dengan efisyen.. akan ramai yang bertahan, tetapi bagi insan lemah macam teman nie, tikaman secara sinis atau pun terus itu sebenarnya lebih kepada intro kepada sesuatu yang lebih buruk.. pada yang mahukan sesuatu, maka sudah pastinya segala risiko akan ditempuh.. apa jua..

teman juga ada memegang kuasa.. dan pada suatu ketika teman terlalu penat dengan permainan yang cuba dimainkan oleh mereka yang inginkan kuasa ini.. pada teman kuasa ini tak memberi sebarang makna kecuali rasa bersalah disetiap waktu dan ketika.. sesiapa pun yang inginkan kuasa ditangan teman ini teman persilakan dengan dada yang terbuka.. dengan minda yang teman alihkan dari segala prasangka.. tetapi biar secara beradab dan bertatasusila... kalau secara sembrono menjatuhkan teman, akan teman tentang dengan semangat dan dorongan mereka yang masih lagi setia mendokong ketua mereka ini.. terlupa pulak teman... bila bercakap mengenai kuasa, sudah tentulah yang berkuasa itu adalah ketua, dan ketua itu ada anak-anak buahnya.. maka sebagai aturan adab anak buah harus pergi kepada ketuanya untuk berbicara atau mendapatkan sesuatu.. itu adab dan adat dalam istilah mewujudkan suasana yang harmonis untuk apa jua struktur kehidupan.. tetapi bila ketua tidak diendahkan, kerana ada yang berfikir adalah lebih baik untuk beralih arah, maka janganlah dipersalahkan ketua yang tidak diberitahu apa-apa oleh anak buahnya.. segala keputusan seharusnya ketua yang didahulukan untuk diberitahu, bukannya sekadar mendengar cerita di kedai-kedai kopi... atau mendengar ianya disampaikan oleh mereka yang diluar lingkungan jajahannya...

kita berpersatuan, dengan harapan semuanya disatukan untuk mewujudkan satu komuniti yang kuat yang gagah... tetapi teman sedih kita ada pemimpin ditempat sendiri, tetapi mereka diluar yang didahulukan.. kita bekerjasama dengan mereka diluar untuk menjatuhkan komuniti kita sendiri.. apa ini... dan mereka yang diluar pun seolah-olah membutakan segala prinsip dan prosuder yang tega diikuti sedangkan mereka adalah insan terhormat di kalangan ini.. apa tujuannya teman pun tak paham.. tapi yang pasti macam yang teman bayangkan di awal tadi - semuanya kerana KUASA...


73..