12 August 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah berkesempatan jua aku mengunjungi blog yang dah hampir setahun aku tinggalkan.. betapa rindunya aku pada tempat yang merupakan kali pertama aku menggarapkan rasa-rasa peribadi aku terhadap norma kehidupan.. juga mencetuskan satu polemik perbalahan tanpa sekatan yang menyaksikan aku terpinggir bersama segerombolan pengikut-pengikutku yang mana mereka adalah saksi kepada semua kecelaruan yang dicetuskan.. namun, Allah itu Maha Berkuasa.. tak lama selepas itu kebenaran-demi kebenaran mulai timbul menggapai di permukaan.

Tahun ie aku agak sibuk dengan portfolio peribadi.. dengan urusan perpindahan studio aku yang tak selesai-selesai sehingga kini, sampailah ke urusan nak mencari tapak baru dalam perniagaan. tapi aku masih lagi belajar disamping mencari pengetahuan tentang pasaran perniagaan ini.. apakah dia?? biar lah rahsia dulu..

Banyak pengajaran yang aku dapat melalui perniagaan aku yang lepas.. walaupun perniagaan berkonsepkan hiburan, tidak semestinya ia tidak mengundang rasa iri hati dari pesaing-pesaing yang tumbuh bak cendawan selepas sahaja aku memulakan perniagaan. tapi aku anggap itu semua sebagai satu cabaran untuk aku terus bertahan.. di samping minat aku yang tak pernah pudar sedari zaman remaja aku lagi terhadap bidang yang aku ceburi ini. tapi bila persaingan menjadi semakin sengit ditambah pulak dengan perimeter kawasan yang tidak setanding dengan bilangan perniagaan yang sama yang diusahakan. dan bila dikaji dengan lebih dalam lagi, aku tak mampu nak bersaing atas beberapa kekurangan yang terpaksa aku akui.. bukan dari segi knowledge atau aquipment, tapi atas kelebihan premis mereka (pesaing) yang tak perlu disewa. walaupun aku cuba bertahan, tapi aku terpaksa mengambil jalan keluar yang selamat di samping merencana strategi terbaru untuk meneruskan perniagaan. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kemajuan mulai nampak kerana prinsip aku terlalu mudah - 'berikan yang terbaik, maka kamu akan dapat yang terbaik'..

aku tak mengeluh dengan situasi begini... budaya 'cah keting' begini ada dimana-mana.. malahan dalam kelompok 9w2's juga ianya berlaku.. cuma kesan dari kedua-dua bidang ini adalah berbeza.. dalam perniagaan, ianya melibatkan kewangan.. sedangkan dalam dunia 9w2's ianya lebih kepada maruah...

Selamat Berpuasa, Salam Ramadhan dan Salam Idulfitri..


No comments: