22 January 2009

maih lagi konvoi

Alhamdulillah...
teman masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menulis di blog nie.. tiada kata-kata yang lebih bermakna selain dari kalimah tersebut yang dapat teman ucapkan setiap kali mendapati diri ini masih di beri peluang.

mewakili rakan-rakan SCORE, tak sabar rasanya menanti kedatangan rakan-rakan utara. persediaan yang dibuat samada di kelantan atau setiu sendiri sedang rancak dijalankan. teman seringkali berhubung dengan 9w2HLM dan juga koordinator pantai timur, 9w2WCL untuk perkembangan terkini. dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

pada 24/1 tu nanti InsyaAllah teman akan bersama-sama dengan geng-geng motor akan sama-sama menanti rakan konvoi. teman sempat berjumpa dengan abang teman dari Tendong, Pasir Mas semasa berkunjung ke bengkel 9w2HJP untuk membaiki sistem brek kuda besi teman. kata persetujuan dah dicapai untuk turut sama menyertai rakan dalam majlis sambutan itu nanti.

sementara itu, semua rakan dijemput ke majlis BBQ yang akan diadakan di tok bali pada malam hari 24hb tu nanti.. kemeriahan akan bertambah sekiranya seluruh warga ham pantai timur berkumpul bersama-sama. disamping itu kita dapat mengenali dengan lebih rapat rakan-rakan utara mahupun rakan dari lokalan pantai timur sendiri.

73 dulu...

No comments: