04 September 2009

MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA

agak janggal jugak teman nak rebuild balik blog nie.. banyak perkara yang dah tak ingat. tu la.. pandai sangat tak menjengah.. ilmu pun dah semakin jauh.. teman ingat nak up grade skit2.. tapi semuanya tak menjadi.. kena buka kitab balik ler jawabnya..

sebulan dua nie teman banyak berulang alik ke line-line KL.. ada beberapa tugasan yang membuatkan teman terpaksa ke sana.. untuk dua trip yang pertama, kedua-duanya membuatkan teman merasa bersyukur kerana ada mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu. kenapa teman kata begitu?

peristiwa pertama berlaku pada tanggal 10 JULAI 2009.. teman yang kelewatan, memulakan perjalanan ke PD melalui laluan Jeli-Grik-KL pada jam 10.00 malam.. permulaan perjalanan yang agak menggusarkan sebenarnya sebab dah ada tanda2 awal menunjukkan bakal timbul masalah. yang pertamanya enjin pajero yang mati secara tiba-tiba.. tapi setelah dibaiki kembali normal.. teman meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah hingga menghampiri kampung merbau (rasanya lah) berhampiran Kuala Kangsar.. dengan tak semena-mena 'molotup' tayar belakang sebelah kanan. bergegar jugak la pajero tu. mujur tak ada kenderaan lain masa tu. teman pun turun nak check.. baru je pegang tayar hujan turun dengan selebat2nya.. aduhhhh!!
tengok jam dah menghampiri angka 3 pagi.. tengok keliling gelap gelita menandakan tempat tu tak ade rumah orang..

hampir sejam jugak teman duduk dalam pajero dengan hazard lamp terpasang. dah 'sidang' hujan, teman pun turun sambil bawak keluar spana2 yang ada. malang pulak kali ke 3, spana tayar tak ngam dengan skru yang digunakan. termenung abis.. teman guna pelbagai cara. last2 skali ketuk aje la spana tu dengan batang besi. tengah2 kalut tu berenti lah sebuah kereta proton saga.. turun dalam keadaan huan gerimis.. tanya teman apa masalah.. teman pun bagitau le.. tapi itu le.. macam yang teman kata tadi, siapa sangka pertolongan datang tanpa di duga.. dia le yang bersusah payah membantu biar pun dia turut sama2 basah.. memang teman rasa terharu. dekat pukul lima barulah tayar tu dapat ditukar dengan tayar spare.. penat tak usah cerita le..

mungkin bagi setengah orang apa yang teman bagitau nie adalah sesuatu yang biasa mereka alami. bagi teman ini adalah kali pertama walaupun teman dah melakukan beratus kali long journey selama 12 tahun dari terengganu ke perak. apa yang teman cuba sampaikan adalah ader semangat untuk membantu walaupun kita tak saling mengenali.. macam teman dengan brader tu.. teman pun tak tau sapa dia.. dia pun tak kenal teman.. tapi mungkin sifat yang suci tu telah di tanam sedari kecik dalam diri dia.

tapi apa yang mengejutkan teman, bila teman berbual sambil berehat kat tepi jalan tu (kedai kopi tak buka lagi), dan bila kami saling berkenalan, baru la teman tau yang dia bukannya orang situ.. bertugas di putra jaya.. datang ke situ sebab ada program yang di buat oleh orang kampung. baru nak tanya lebih lanjut, handset dia berbunyi dan dapat dengar dengan jelas dia minta orang yang call tu datang ke tempat kami. tak sampai 10 minit sampai lagi sebijik proton.. dan yang membuatkan teman lebih terkejut bilamana rakan yang baru sampai tadi memanggilnya dengan gelaran 'Dato'.. memang halus sangat bunyinya..

teman ambil kesempatan bertanya pada rakan yang baru sampai, siapa sebenarnya brader tu.. (masa 'Dato' tu beredar ke kereta dia le) dan jawapan yang teman terima, "yang itu sebenarnya Dato' xxxx, penasihat politik pada Tan Sri xxxxx (teman tak dapat siarkan sepenuhnya).. datang ke sini untuk program bersama penduduk.. teman tergamam tak terkata apa2.. lantas teman terus meluru ke arahnya.. teman hulurkan bisnes kad teman sambil ucapkan terima kasih.. dia pun nampak terkejut tapi dia bagi jugak bisnes kad dia.. masa dia bagi tu dia pesan kalo pegi putra jaya, call dia.. teman angguk je le.. teman tengok kad tu, memang tertera nama Dato' xxxx..

habis kerja teman di PD pada 13 JULAI 2009, on de way nak balik rumah ayahanda teman kat sungkai, teman try call Dato' tu semasa teman di putra jaya.. panggilan teman bersambut dan beliau minta teman terus parking di masjid dan boleh tango2 di kedai makan kat basement tu.. teman tunggu dan sampai awal dari dia. ternyata dia masih ingat lagi pajero yang membawa kebasahan dan kepayahan malam tu.. heh heh.. tapi lagi skali teman terkejut.. kalo malam tu dia datang dengan proton, ari tu pilak dia datang dengan BMW 7 series.. dan style dia dressing memang le teman ni tak layak nak duduk minum2 air ngan dia..

rakan2 ku..

bukan niat nak buat novel atau cerpen.. tapi biar kita berkongsi bersama2.. kalau dia boleh ketepikan status semata-mata untuk berkawan, hendaknya kita dalam ham nie biarlah lebih lagi.. bukan kah dunia radio amatur ini tiada sempadan dan tidak terikat dengan apa2 pangkat.. teman percaya rakan ham adalah rakan yang terbaik yang sejati... banyak peristiwa yang dah teman lalui membuktikan bahawa ikatan ham ini amat kuat, dan teguh.. dan teman bangga.. bangga kerana mempunyai rakan2 dan merasa bertuah memiliki hobi yang amat bermakna ini..
hormat-menghormati kena ada.. itu tak boleh lari.. yang baru kena hormat pada OT, tapi cara hormat tu yang kita kena perhatikan molek2.. jangan main sembrono jer.. yang tak betul pun kita main angguk kepala.. yang tak betul tu kita sama2 la betul kan.. ye tak?!?!?

tapi tak salah rasanya kalau kita mulakan dengan langkah pertama..

ngantuk dah rasa... lain kali kita sambung lagi..

nak QRT dulu..



p/s- kak yong??!!


1 comment:

yongzu @ 9W2YZU said...

;) Macam tau-tau aje.. Kak Yong mesti baca ....

Good info!

Kampung Lubuk Merbau kot???

Teringat satu info yang pernah dibaca sebelum ini mengenai panduan "survival" sebelum bergerak ke mana-mana.

No. 1 Beritahu mereka yang berkenaan (family / rakan2) ke mana nak pergi.

No. 2 Beritahu bila akan kembali semula.

Laluan sepanjang perjalanan yang digunakan tu kan ada "ramai" rakan-rakan ham. Cuma mungkin belum kenal lagi... :) Kak Yong percaya depa tak kisah sekiranya bantuan diperlukan bila-bila masa terutamanya dalam kisah yang dipaparkan.

Walaubagaimanapun, Kak Yong juga percaya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Apa yang berlaku seperti yang Shah katakan ada pengajarannya yang boleh kita semua pelajari bersama - "Ular yang menyusur akar tidakkan hilang bisanya"

p.s
Raya nanti, boleh kak yong perkenalkan dengan rakan-rakan sebelah sini...(kalau balik kampungle)