06 October 2009

PELANCARAN ASTRA TERENGGANU DAN EYEBALL RAYA

Selamat hari raya sekali lagi buat semua rakan2... hari raya masih berbaki lagi ni... jangan lupa cepat-cepat habihkan kuih raya tu... nanti kita boleh dapat demam 'serodak raya' pulak... heh heh..

untuk semua rakan-rakan, teman mewakili ASTRA Negeri Terengganu menjemput semua untuk hadir ke majlis eyeball raya dan juga pelancaran ASTRA TERENGGANU pada 17 OKTOBER 2009 ni.. Majlis di jangka akan di sempunakan oleh YB ADUN PERMAISURI, En. Abd Halim bin Jusoh. di bawah nie teman attachkan sekali surat jemputan secara rasmi kepada semua rakan-rakan.

rakan-rakan yang bercadang untuk menginap di Setiu untuk majlis nie, bolehlah menghubungi teman di talian 012-9613520 atau boleh menghubungi DO ASTRA bagi kawasan Setiu, 9w2AFT (Cikgu Faizal) di talian 013-9805419.

16 OKTOBER tu ada acara bakar-bakar lemang. sesiapa yang tak QRL dijemput untuk bersama-sama bermandi asap di Setiu Driving Golf Range (saltmine 9w2IZT) pada jam 5.30 petang..





yang dekat-dekat tu datang le yer... kami menanti dengan tangan terbuka..
73 dulu...

19 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT IDULFITRI 1430H

buat rakan-rakan semua..

salam idulfitri dari teman, 9w2DAP.. di kesempatan ini teman memohon jutaan kemaafan andai sepanjang anda mengikuti perjalanan blog ini, ada perkataan2 yang menyinggung hati dan perasaan. juga kepada rakan2 yang biasa QSO di udara atau di daratan, teman jua memohon ampun dan maaf andai sepanjang QSO ada gurau senda yang tidak menyenangkan hati. teman manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesalahan. jua semoga cahaya idulfitri ini akan terus menyinari kehidupan dan ibadah kita seharian.

seronok teman rasa di malam raya ni.. QTH teman sekarang di Tanah Merah, Kelantan. sambil portable sambil monitor segenap pancar pancar ulang. repeater di kota bharu dan tanah merah sedang sibuk mengendalikan 2 meter net sempena idulfitri. repeater kota bharu agak QRL dengan stesen2 yang check untuk memberikan ucapan salam hari raya. 9m4RTM juga tidak kurang hebatnya dengan 9w2BET sebagai pengawal rangkaian.. terdetik untuk bersama memandangkan teman sering QSO di 9m4RTM. dan akhirnya teman tercatat sebagai pemanggil yang ke 37. sebaik sahaja habis mengucapkan salam untuk rakan2, teman bergegas naik ke base fundemental untuk menyelesaikan beberapa tugasan. tak tau lah berapa ramai rakan yang check di kedua2 pancar ulang.. tetapi berdasarkan pada doubling2 semasa check, teman rasa memang ramai.. di tambah pula dengan rakan2 ham di perantauan yang pulang ke kampung turut sama2 memeriahkan lagi acara 2 meter net tersebut.

teman akan pulang ke perak pada petang raya pertama, InsyaAllah.. anak2 sedara tak putus2 call dan sms bertanyakan bila paksu nak balik.. faham2 ajelah musim raya ni.. tak tahu lah samada sempat atau tak bertemu dengan rakan2 ham di sana nanti.. dah sampai kampung nanti maka banyak lah acara2 yang terpaksa di ikuti.. heh heh..

okeylah.. meskipun di malam raya, mata ni tak pernah kenal erti tak mengantuk... asyik nak tertutup aje.. apa2 pun teman lagi sekali mengucapkan salam idulfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan2 ham dan pada semua yang melawat blog teman ni.

salam idulfitri 1430..

04 September 2009

MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA

agak janggal jugak teman nak rebuild balik blog nie.. banyak perkara yang dah tak ingat. tu la.. pandai sangat tak menjengah.. ilmu pun dah semakin jauh.. teman ingat nak up grade skit2.. tapi semuanya tak menjadi.. kena buka kitab balik ler jawabnya..

sebulan dua nie teman banyak berulang alik ke line-line KL.. ada beberapa tugasan yang membuatkan teman terpaksa ke sana.. untuk dua trip yang pertama, kedua-duanya membuatkan teman merasa bersyukur kerana ada mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu. kenapa teman kata begitu?

peristiwa pertama berlaku pada tanggal 10 JULAI 2009.. teman yang kelewatan, memulakan perjalanan ke PD melalui laluan Jeli-Grik-KL pada jam 10.00 malam.. permulaan perjalanan yang agak menggusarkan sebenarnya sebab dah ada tanda2 awal menunjukkan bakal timbul masalah. yang pertamanya enjin pajero yang mati secara tiba-tiba.. tapi setelah dibaiki kembali normal.. teman meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah hingga menghampiri kampung merbau (rasanya lah) berhampiran Kuala Kangsar.. dengan tak semena-mena 'molotup' tayar belakang sebelah kanan. bergegar jugak la pajero tu. mujur tak ada kenderaan lain masa tu. teman pun turun nak check.. baru je pegang tayar hujan turun dengan selebat2nya.. aduhhhh!!
tengok jam dah menghampiri angka 3 pagi.. tengok keliling gelap gelita menandakan tempat tu tak ade rumah orang..

hampir sejam jugak teman duduk dalam pajero dengan hazard lamp terpasang. dah 'sidang' hujan, teman pun turun sambil bawak keluar spana2 yang ada. malang pulak kali ke 3, spana tayar tak ngam dengan skru yang digunakan. termenung abis.. teman guna pelbagai cara. last2 skali ketuk aje la spana tu dengan batang besi. tengah2 kalut tu berenti lah sebuah kereta proton saga.. turun dalam keadaan huan gerimis.. tanya teman apa masalah.. teman pun bagitau le.. tapi itu le.. macam yang teman kata tadi, siapa sangka pertolongan datang tanpa di duga.. dia le yang bersusah payah membantu biar pun dia turut sama2 basah.. memang teman rasa terharu. dekat pukul lima barulah tayar tu dapat ditukar dengan tayar spare.. penat tak usah cerita le..

mungkin bagi setengah orang apa yang teman bagitau nie adalah sesuatu yang biasa mereka alami. bagi teman ini adalah kali pertama walaupun teman dah melakukan beratus kali long journey selama 12 tahun dari terengganu ke perak. apa yang teman cuba sampaikan adalah ader semangat untuk membantu walaupun kita tak saling mengenali.. macam teman dengan brader tu.. teman pun tak tau sapa dia.. dia pun tak kenal teman.. tapi mungkin sifat yang suci tu telah di tanam sedari kecik dalam diri dia.

tapi apa yang mengejutkan teman, bila teman berbual sambil berehat kat tepi jalan tu (kedai kopi tak buka lagi), dan bila kami saling berkenalan, baru la teman tau yang dia bukannya orang situ.. bertugas di putra jaya.. datang ke situ sebab ada program yang di buat oleh orang kampung. baru nak tanya lebih lanjut, handset dia berbunyi dan dapat dengar dengan jelas dia minta orang yang call tu datang ke tempat kami. tak sampai 10 minit sampai lagi sebijik proton.. dan yang membuatkan teman lebih terkejut bilamana rakan yang baru sampai tadi memanggilnya dengan gelaran 'Dato'.. memang halus sangat bunyinya..

teman ambil kesempatan bertanya pada rakan yang baru sampai, siapa sebenarnya brader tu.. (masa 'Dato' tu beredar ke kereta dia le) dan jawapan yang teman terima, "yang itu sebenarnya Dato' xxxx, penasihat politik pada Tan Sri xxxxx (teman tak dapat siarkan sepenuhnya).. datang ke sini untuk program bersama penduduk.. teman tergamam tak terkata apa2.. lantas teman terus meluru ke arahnya.. teman hulurkan bisnes kad teman sambil ucapkan terima kasih.. dia pun nampak terkejut tapi dia bagi jugak bisnes kad dia.. masa dia bagi tu dia pesan kalo pegi putra jaya, call dia.. teman angguk je le.. teman tengok kad tu, memang tertera nama Dato' xxxx..

habis kerja teman di PD pada 13 JULAI 2009, on de way nak balik rumah ayahanda teman kat sungkai, teman try call Dato' tu semasa teman di putra jaya.. panggilan teman bersambut dan beliau minta teman terus parking di masjid dan boleh tango2 di kedai makan kat basement tu.. teman tunggu dan sampai awal dari dia. ternyata dia masih ingat lagi pajero yang membawa kebasahan dan kepayahan malam tu.. heh heh.. tapi lagi skali teman terkejut.. kalo malam tu dia datang dengan proton, ari tu pilak dia datang dengan BMW 7 series.. dan style dia dressing memang le teman ni tak layak nak duduk minum2 air ngan dia..

rakan2 ku..

bukan niat nak buat novel atau cerpen.. tapi biar kita berkongsi bersama2.. kalau dia boleh ketepikan status semata-mata untuk berkawan, hendaknya kita dalam ham nie biarlah lebih lagi.. bukan kah dunia radio amatur ini tiada sempadan dan tidak terikat dengan apa2 pangkat.. teman percaya rakan ham adalah rakan yang terbaik yang sejati... banyak peristiwa yang dah teman lalui membuktikan bahawa ikatan ham ini amat kuat, dan teguh.. dan teman bangga.. bangga kerana mempunyai rakan2 dan merasa bertuah memiliki hobi yang amat bermakna ini..
hormat-menghormati kena ada.. itu tak boleh lari.. yang baru kena hormat pada OT, tapi cara hormat tu yang kita kena perhatikan molek2.. jangan main sembrono jer.. yang tak betul pun kita main angguk kepala.. yang tak betul tu kita sama2 la betul kan.. ye tak?!?!?

tapi tak salah rasanya kalau kita mulakan dengan langkah pertama..

ngantuk dah rasa... lain kali kita sambung lagi..

nak QRT dulu..



p/s- kak yong??!!


30 August 2009

ASTRA TERENGGANU - hadiah raya untuk lokalan Setiu

assalamualaikum buat semua rakan2 yang sedang QSO dan juga yang sedang monitor..

aduh penatnya tak terhingga
menaiki kuda ke teluk andaman
ampun kan aku maaf dipinta
lama ku senyap, berbulan2..

heh....

selamat berpuasa kepada semua.. sempena ramadhan yang mulia nie, semoga kita perbanyakkan amal ibadat dan juga jangan lupa memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di bulan ramadhan.

kepada rakan2..

satu peristiwa yang manis sepanjang teman menghilangkan diri adalah dengan tertubuhnya ASTRA Cawangan Terengganu, atau kami kat sini panggil dengan cara senang, ASTRA TERENGGANU.. terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi ASTRA yang secara rasmi mengiktiraf kewujudan ASTRA di sini.. dan sebagaimana kelaziman, kami tak mampu nak membalas budi baik tuan-tuan semua, terutama Pak Presiden, 9M2RR- Pak Rahim, 9W2MYR selaku s/u kehormat, 9W2DMG, 9w2HLM yang sentiasa bertanya khabar, juga leader pantai timur yang paling kami hormati, Abe Yie 9W2DTS kerana beliau lah pencetus kewujudan ASTRA di Terengganu ini sejak dari peringkat awal lagi..

inilah kemanisan yang teman dapat rasakan setelah pelbagai kerenah-kerenah dan cerita-cerita kurang molek yang teman dengar dan terima setelah 3 tahun ASTRA bertapak di Terengganu, khususnya SETIU.. tapi teman tebalkan telinga kerana teman malu pada OT-OT yang banyak memberi nasihat.. inilah hasil yang paling puas teman rasakan sepanjang teman bergelar rakan ham..

dan kerana ASTRA ini juga kami di setiu sudah bergabung dengan rakan2 di Kuala Terengganu bagi membentuk satu komuniti ASTRA yang kami mahu ianya hebat.. dengan sokongan dan bantuan dari rakan2 dari lokalan Kelantan..

cuma masalah dari segi masa dan saltmine menyebabkab beberapa acara yang di anjurkan oleh ASTRA Pusat tak dapat kami penuhi sepenuhnya.. terima kasih kepada tok wan, 9w2SIK yang banyak memberi input terkini dan cover rakan2 yang QRL dengan masa dan komitmen..

jumpa lagi... banyak benda nak tulis nih....

73 clear...

14 July 2009

menjelang ramadhan

assalamualaikum...

ramadhan akan menjelma tak lama lagi.. keriahan berpuasa akan sama-sama dapat kita nikamati bersama. Semoga umur kita dipanjangkan oleh Allah SWT agar kenikmatan menjalani ibadah puasa ini dapat kita kecapi pada tahun ini.

sudah 3 bulan teman tak update blog teman... satu perjuangan masa yang menuntut pelbagai pengorbanan. teman rindukan suasana menulis blog sepertimana mula-mula teman membinanya... tapi tugasan menuntut teman agar mengorbankan minat buat sementara waktu. artikel (?) teman yang terakhir bertarikh 1 APRIL.. sekarang dah pun 14 JULAI.. aduhhh.. lamanya tempoh 3 bulan nie..

dalam tempoh ini juga teman rasa banyak perkara yang terjadi.. mungkin ramai yang selalu mengikuti perkembangan blog teman sudah fed-up dengan blog yang tak pernah di update. mintak maaf rakan-rakan.. teman terpaksa berehat seketika.. dan sekarang teman kembali dengan azam yang baru.. sebagaimana yang telah teman katakan dulu, teman terpaksa berkorban melupakan blog ini sehingga JUN.. selesai sahaja kerja yang diamanahkan, akan teman teruskan menjengah blog teman ni..

InsyaAllah,
masa teman sudah mulai beransur hadir, dan teman harap ianya akan terus bertambah agar rindu teman pada rakan2 terubat sedikit demi sedikit..

01 April 2009

minta maaf rakan-rakan

assalamualaikum...

teman nak minta maap banyak2 pada semua rakan-rakan yang cuba menghubungi teman melalui c-box... teman terlalu QRL sekarang dengan urusan saltmine ke 2 di pusat ko kurikulum.. jadi kesempatan untuk surf internet memang agak terbatas...

sekarang teman berada di pulau redang untuk program jabatan. ni pun kebetulan ada member yang datang bawak broadband.. walaupun signal agak kurang tapi teman try jugak le... harap2 rakan2 dapat terima mesej dari teman ni...

minta maaf juga pada 9w2SSP yang dah merajik agaknya... teman lansung tak balas pesanan di cbox.. sebenarnya ini lah kali pertama temansurf internet dalam tempoh sebulan setengah ni.. juga pada rakan2 lain..

chow dulu... peserta tengah tunggu untuk snorkeling..

73...


23 February 2009

BELANTARA de RIMBA ADVENTURE

pada 20 dan 21 Februari baru2 nie, geng-geng 4x4 dari setiu, besut, kota bharu dan kuala terengganu menjalankan satu program masuk hutan di ulu tongkat, setiu. program bertujuan untuk tinjau track dan juga merapatkan lagi hubungan antara rakan2 4x4 dan juga rakan2 ham sendiri.. jelopy atau kenderaan yang masuk termasuk dengan buggy ade le dalam lebih kurang 30 buah dan pesertanya dalam 90 orang.... teman ada le juge ambik beberapa foto. nak ambik banyak tak dapat sebab teman juga terpaksa jadi lead dan konsentret pegang stereng.. so ni lah dia beberapa foto yang sempat teman ambik...


antara yang ada

9w2ZOS, 9w2MYP, 9w2PUZ, 9w2STM dan SWAL..



bergambar beramai-beramai bila keluar dari hutan


t-shirt kenangan ekspedisi hulu tongkat

sempat lagi melambai.. 9w2XRR, 9w2ZOS dan sorang rakan 4x4

camp site

berehat melepaskan lelah

jelopy kesayangan teman


berkhemah di celah-celah jeep..

mat yie cuba nak chalenge buggy


antara cabaran

geng buggy membantu buat bridge

10 February 2009

foto lagi

9w2RTM selaku deejay majlis...


9w2ASD tersenyum puas bila dapat berposing atas kuda besi 9w2BOM.. tu pun dah jenuh menangis... heh heh heh....


yang ni???!!! no komen!!! takutttttttttttttttt!!!!!! hik hik hik

foto lagi

9w2BOM menyampaikan hamper kepada 9w2YUM


teman dan 9w2DMG bersama cenderahati dari SCORE

foto rakan konvoi utara


9w2HLM selaku ko-ordinator program


harmoniks turut menyertai pertandingan memakai seragam bomba


YL dan XYL turut memeriahkan acara


abang-abang bomba yang turut membantu... di ketuai oleh 9w2BOM, penguasa bomba setiu

9w2DMG tunjuk bakat 'menghayun stick golf'...


9w2MLM selaku Timbalan Presiden Score mengalu-alukan kehadiran rakan.


9w2WCL - 'Ait HITLER!'... hik hik hik


sekuntum bunga di gurun sahara


tetamu menjamu selera



9w2DMG mengetuai konvoi