30 August 2009

ASTRA TERENGGANU - hadiah raya untuk lokalan Setiu

assalamualaikum buat semua rakan2 yang sedang QSO dan juga yang sedang monitor..

aduh penatnya tak terhingga
menaiki kuda ke teluk andaman
ampun kan aku maaf dipinta
lama ku senyap, berbulan2..

heh....

selamat berpuasa kepada semua.. sempena ramadhan yang mulia nie, semoga kita perbanyakkan amal ibadat dan juga jangan lupa memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di bulan ramadhan.

kepada rakan2..

satu peristiwa yang manis sepanjang teman menghilangkan diri adalah dengan tertubuhnya ASTRA Cawangan Terengganu, atau kami kat sini panggil dengan cara senang, ASTRA TERENGGANU.. terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi ASTRA yang secara rasmi mengiktiraf kewujudan ASTRA di sini.. dan sebagaimana kelaziman, kami tak mampu nak membalas budi baik tuan-tuan semua, terutama Pak Presiden, 9M2RR- Pak Rahim, 9W2MYR selaku s/u kehormat, 9W2DMG, 9w2HLM yang sentiasa bertanya khabar, juga leader pantai timur yang paling kami hormati, Abe Yie 9W2DTS kerana beliau lah pencetus kewujudan ASTRA di Terengganu ini sejak dari peringkat awal lagi..

inilah kemanisan yang teman dapat rasakan setelah pelbagai kerenah-kerenah dan cerita-cerita kurang molek yang teman dengar dan terima setelah 3 tahun ASTRA bertapak di Terengganu, khususnya SETIU.. tapi teman tebalkan telinga kerana teman malu pada OT-OT yang banyak memberi nasihat.. inilah hasil yang paling puas teman rasakan sepanjang teman bergelar rakan ham..

dan kerana ASTRA ini juga kami di setiu sudah bergabung dengan rakan2 di Kuala Terengganu bagi membentuk satu komuniti ASTRA yang kami mahu ianya hebat.. dengan sokongan dan bantuan dari rakan2 dari lokalan Kelantan..

cuma masalah dari segi masa dan saltmine menyebabkab beberapa acara yang di anjurkan oleh ASTRA Pusat tak dapat kami penuhi sepenuhnya.. terima kasih kepada tok wan, 9w2SIK yang banyak memberi input terkini dan cover rakan2 yang QRL dengan masa dan komitmen..

jumpa lagi... banyak benda nak tulis nih....

73 clear...

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Banyak nak tulis?

Tulis shah, tulis...... :)

Ramai yang ternanti-nanti dan menanti penulisan di blog ini.

Selamat meneruskan ibadah puasa dan semoga ASTRA Terengganu bertambah cemerlang dengan kerjasama semua rakan-rakan RA di mana sahaja anda berada.

Unknown said...

jangan lupa buatkan blog astra trengganu... 73