19 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT IDULFITRI 1430H

buat rakan-rakan semua..

salam idulfitri dari teman, 9w2DAP.. di kesempatan ini teman memohon jutaan kemaafan andai sepanjang anda mengikuti perjalanan blog ini, ada perkataan2 yang menyinggung hati dan perasaan. juga kepada rakan2 yang biasa QSO di udara atau di daratan, teman jua memohon ampun dan maaf andai sepanjang QSO ada gurau senda yang tidak menyenangkan hati. teman manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesalahan. jua semoga cahaya idulfitri ini akan terus menyinari kehidupan dan ibadah kita seharian.

seronok teman rasa di malam raya ni.. QTH teman sekarang di Tanah Merah, Kelantan. sambil portable sambil monitor segenap pancar pancar ulang. repeater di kota bharu dan tanah merah sedang sibuk mengendalikan 2 meter net sempena idulfitri. repeater kota bharu agak QRL dengan stesen2 yang check untuk memberikan ucapan salam hari raya. 9m4RTM juga tidak kurang hebatnya dengan 9w2BET sebagai pengawal rangkaian.. terdetik untuk bersama memandangkan teman sering QSO di 9m4RTM. dan akhirnya teman tercatat sebagai pemanggil yang ke 37. sebaik sahaja habis mengucapkan salam untuk rakan2, teman bergegas naik ke base fundemental untuk menyelesaikan beberapa tugasan. tak tau lah berapa ramai rakan yang check di kedua2 pancar ulang.. tetapi berdasarkan pada doubling2 semasa check, teman rasa memang ramai.. di tambah pula dengan rakan2 ham di perantauan yang pulang ke kampung turut sama2 memeriahkan lagi acara 2 meter net tersebut.

teman akan pulang ke perak pada petang raya pertama, InsyaAllah.. anak2 sedara tak putus2 call dan sms bertanyakan bila paksu nak balik.. faham2 ajelah musim raya ni.. tak tahu lah samada sempat atau tak bertemu dengan rakan2 ham di sana nanti.. dah sampai kampung nanti maka banyak lah acara2 yang terpaksa di ikuti.. heh heh..

okeylah.. meskipun di malam raya, mata ni tak pernah kenal erti tak mengantuk... asyik nak tertutup aje.. apa2 pun teman lagi sekali mengucapkan salam idulfitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan2 ham dan pada semua yang melawat blog teman ni.

salam idulfitri 1430..

No comments: