16 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wbt...

16 Mei, setiap tahun... hari yang memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua warga guru di seluruh dunia.. dan sesungguhnya teman merasa amat berbangga kerana turut tersenarai antara jutaan guru yang ada.. sesungguhnya Yang Maha Kuasa itu terlalu arif dalam menyusun kehidupan hamba-hambaNya..

teman tak pernah menyangka akan menjadi seorang guru.. kerana sikap dan kenakalan teman sendiri di alam persekolahan tak akan memungkinkan teman untuk menjawat jawatan ini.. kalau di tanya kepada rakan-rakan sepersekolahan pun, barangkali sehingga hari ini mash ramai yang tidak percaya.. heh heh heh.. tapi sebenarnya bagi teman ini lah perjuangan yang amat menuntut kesabaran dan sifat keras hati, terutamanya dalam pembentukan satu keperibadian yang amat berbeza dengan perlakuan sebelumnya.. dan teman percaya ramai lagi di kalangan kita yang mempunyai pengalaman yang sama.. atau mungkin lebih hebat lagi...

guru zaman sekarang bukan lagi seperti guru di zaman dulu.. guru sebelum merdeka, dan semasa zaman kemerdekaan amat dihormati oleh masyarakat.. walaupun seorang guru, merekalah tempat mengadu pelbagai hal, dari hal rumahtangga hingga ke masalah kehidupan.. guru di kala itu adalah insan ke dua di belakang imam masjid yang paling dihormati.. malahan ada ketikanya ketua kampung pun meminta pandangan dan bantuan dari guru dalam urusan tadbir kawasan pemerintahannya.. orang-orang dahulu amat menghormati guru.. kerana mereka merasakan ilmu tak akan tersebar tanpa seorang yang bergelar guru.. orang-orang dahulu amat mengambil kira kebajikan guru.. andai seorang guru bertukar ke daerah lain, maka hubungan persaudaraan terus terjalin sehingga ke anak cucu.. begitulah hebatnya guru di masa itu..

zaman selepas merdeka, peranan guru masih lagi ditagih masyarakat bukan setakat mengajar di sekolah, tetapi juga hal ehwal semasa.. ini kerana kehangatan dan semangat merdeka masih lagi meruap-ruap di dada seluruh jiwa rakyat.. nama-nama guru yang tegar memperjuangkan kemerdekaan masih lagi tertanam di jiwa.. aduhai alangkah manis dan bahagianya bergelar seorang guru di waktu itu..

pengisian selepas merdeka menyaksikan guru mulai hilang suara dan penghormatan.. kalau dulu seorang murid amat menyegani gurunya walaupun di luar alam persekolahan, ianya tak berlaku lagi di kala ini.. sebabnya amat jelas.. kedatangan budaya barat terutama budaya 'hippies' yang mementingkan keduniaan dan keseronokan mulai merasuk minda anak-anak muda di waktu itu.. kejutan budaya yang terlalu ketara itu membuatkan kita dibuai mimpi sementara yang terlalu indah.. tanpa mengambil kira kedudukan dan adab budaya kita sebagai orang timur.. sikap hormat menghormati kian hilang.. peranan guru di waktu itu hanyalah sekadar pemberi ilmu di waktu pagi, manakala di waktu petangnya pula mereka menjadi 'invisible' pada pandangan umum.. kata-kata guru mulai dipandang sepi.. alangkah hebatnya guru diwaktu ini.. terpaksa berjuang membetulkan adab dan minda pelajar mereka, disamping menepis ketamadunan barat yang semakin kuat mencengkam..

guru di pasca moden ini terpaksa bersaing dengan kemodenan yang masuk bertali arus ke negara kita.. bukan bermaksud untuk menolak segala kemudahan yang ada, tetapi minda dan pemikiran pelajar sekarang merasakan ilmu dari seorang guru yang wujud jasadnya di depan mata tidak membawa sebarang erti.. sudah menjadi satu perkara yang biasa sekarang, bila terpampang di media-media cetak dan elektronik, kes-kes guru yang diancam, dipukul oleh pelajar... dan yang yang lebih menarik perbuatan ini turut disokong oleh kaum keluarga mereka.. apa yang anda fikirkan mengenai hal ini?! memang betul di zaman ini ada juga dikalangan guru yang bertindak agak keterlaluan.. tetapi teman hairan kenapa begitu manjanya kita dalam mengasuh dan mendidik anak-anak kita.. asal ada tanda merah di tangan kerana sedikit hukuman atas niat untuk membetulkan kesalahan, maka jam itu juga berkejaran ke sekolah mencari guru terbabit... kemudian dihebahkan kepada seluruh dunia.. aduhhhh.... guru di zaman ini memang sudah hilang penghormatan dan kepercayaan dari mereka di sekeliling..

teman menulis begini kerana teman adalah seorang guru.. banyak pengalaman yang teman alami bermula dari zaman menjdi anak didik sehingalah teman menjadi pendidik.. mereka yang berada di rumah mungkin merasakan penulisan teman pada kali ini agak mengikut perasaan.. teman minta maaf.. teman menulis kerana teman kasihan pada rakan-rakan seperjuangan yang terpaksa berjuang dalam keadaan yang amat tidak selesa.. tanyalah kepada guru-guru yang menggalas jawatan sebagai jurulath di pusat-pusat ko kurikulum, terutamanya berkaitan dengan masalah pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai 'high risk', bagaimana hebatnya pelajar-pelajar sekarang dalam mencipta keperibadian yang salah.. dan teman percaya akan ada ibu bapa yang pengsan dan tak akan mempercayai apa yang bakal di dengar.. akan ada yang menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata "ini satu pernyataan dan perbuatan yang sekali-kali tidak dapat diterima oleh kita".. PERCAYALAH!! kerana ianya sudahpun berlaku dan ianya adalah sejarah-sejarah pahit yang kami selaku jurulatih pusat ko terpaksa harungi..

ok.. panjang lebar sikit.. bukan apa.. sekadar untuk renungan kita... samada warga pendidik atau masyarakat sekeliling.. apa-apa pun di kesempatan ini teman ucapkan 'SELAMAT HARI GURU' untuk bekas-bekas guru teman dari alam rendah hinggalah ke ITM dan maktab.. sekadar beberapa nama yang teman nak nyatakan di sini.. cikgu yang mazni, cikgu ruhizah, cikgu ainon, allahyarham cikgu khalil (antara mereka yang banyak berjasa di zaman SEK. KEB. FELDA SG KLAH), cikgu sazali sidikin, cikgu salim, ustaz hanafi mat (sekadar beberapa nama di alam SEK. MEN. SUNGKAI)..... juga kepada semua insan yang bergelar guru... tak lupa juga jurulatih-jurulatih di semua pusat ko seluruh negara... SELAMAT HARI GURU....

73. clear..

13 May 2010

BERPISAH KASIH.... uhuk uhuk uhuk... :-)

hobi....

lepas satu, satu yang masuk dalam hidup teman... tapi ia lah.. sekadar hobi.. bertukar-tukar hobi bukanlah satu kesalahan.. ye tak?! heh heh heh....

peringkat awal teman belajar mengendali jentera beroda empat, teman jatuh cinta pada hobi pengubahsuaian kereta... bermula dari enjin sampailah ke aksesori semuanya teman modified.. labur duit sikit demi sikit, memang le tak terasa.. asalkan hati puas dengan apa yang ditengok.. tapi berbaloi le jugak sebab kereta teman masuk jugak majalah.. 'Good Morning Sir' dia punya headline.. masa tu tak usah cerita la seronoknya.. ye lah... darah muda.. pastu baru nak merasa pulak... heh heh..

setiap petang khamis, teman dengan rakan-rakan seangkatan akan berkonvoi ke Jempol,NS tengok orang sprint test.. tiap-tiap minggu.. ada la enam tujuh bijik kete.. speeding usah cerita la.. kalau tak "up meter" tu, memang kena kutuk.. kete modified le katakan.. penat pun tak terasa.. hari sabtu malam ahad baru bertolak balik ke terengganu.. sampai-sampai jer kat base terus pegi keje... heh heh.. tapi itu dulu laaaa... ada le dalam lima tahun.. last-last ambik keputusan jual je kete tu kat anak sedara.. kira kira balik duit yang dah lebur untuk modified tu boleh beli pulak kete baru... CASH!! tapi nak kata apa... dah minat... heh heh heh..

pastu pelbagai hobi yang teman involved... radio amatur, 4x4, biking, muzik.... masuk 4x4 sebab kena racun dengan 9w2XRR.. dapat feroza sebijik terus join team BELANTARA... aktiviti pun hujung minggu jugak... tapi bezanya kat dalam hutan.. bukan lagi kat trek.. skarang ni feroza tu 9w2KOI dah jadi owner baru.. kalau terbaca cerita ni, mintak tolong hantar gambar terbaru feroza tu.. bunyi katanya dah berwajah dan berkuasa baru.. boleh eh bang fazli... hik hik...

ok lah... saja jer merapu kat sini.. ada masa sikit... lepas nie kena sambung keje...

ok 73 dulu...

12 May 2010

A Box Full of Kisses

sama-sama kita baca dan renungkan.. zuriat itu adalah amanah ALLAH yang AMAT-AMAT BERHARGA....



The story goes that some time ago, a man punished his 3-year-old daughter for wasting a roll of gold wrapping paper. Money was tight and he became infuriated when the child tried to decorate a box to put under the Christmas tree. Nevertheless, the little girl brought the gift to her father the next morning and said, "This is for you, Daddy."

The man was embarrassed by his earlier overreaction, but his anger flared again when he found out the box was empty. He yelled at her, stating, "Don't you know, when you give someone a present, there is supposed to be something inside? The little girl looked up at him with tears in her eyes and cried, "Oh, Daddy, it's not empty at all. I blew kisses into the box. They're all for you, Daddy."

The father was crushed. He put his arms around his little girl, and he begged for her forgiveness.

Only a short time later, an accident took the life of the child. It is also told that her father kept that gold box by his bed for many years and, whenever he was discouraged, he would take out an imaginary kiss and remember the love of the child who had put it there.

In a very real sense, each one of us, as humans beings, have been given a gold container filled with unconditional love and kisses... from our children, family members, friends, and God. There is simply no other possession, anyone could hold, more precious than this.

11 May 2010

FELDA SG KLAH...

Assalamulaikum dan salam satu malaysia..

teman pernah berjanji untuk terus menulis selagi teman mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian... tapi kadang-kadang teman terpaksa akur dengan tuntutan kewajipan yang mau ia dilaksanakan dahulu.. dan kadangkadang itu yang terus membataskan teman untuk terus menulis..

rasa rindu pada rakan-rakan, sahabat handai.. memang selalu bermain di perasaan.. cuba juga untuk teman mencuri ruang, di saat itu juga ruang itu dicuri balik.. belum sempat bermanja bersama waktu yang berlalu pergi, seketika itu juga ada yang iri hati terus merampasnya dari dakapan teman... aduhhhh...

kak yong, 9w2YZU... terima kasih kerana menghubungi teman sesampainya di kampung halaman.. begitulah keadaan kampung teman... perkampungan Felda yang tdak semeriah di bandar.. tetapi ada lokasi-lokasi yang menarik yang mampu mendamaikan jiwa yang meronta.. di tapak tempat kak yong ber'saltmine' itu lah tempat teman mengenal alam persekolahan... mengenal huruf.... kolam dibelakang yang dahulunya milik seorang jiran cina, itulah tempat teman mengail ikan... bangunan tiga tingkat itu cuma sempat setahun saja teman rasai 'baru dan tingginya'... sebelum teman melangkag ke alam menengah... aduhhh... banyak kenangan teman di sana....

dan kerana itu juga hati teman meronta-ronta nak balik... nak menjenguk keluarga di sana... dah lama rasanya teman berkelana di sini.. agak-agaknya ada ke tak rezeki teman di laman sendiri...

73 de 9w2DAP........

18 February 2010

BISNES... BISNES.. BISNES..

Assalamualaikum...

sekian lama teman tak menjengah... menimbulkan rasa boring pada kawan-kawan semua.. nak mintak maaf berulang kali takut di kata orang, kita ni bermain kata... heh heh heh... walau apapun.. rasa dan semangat untuk menulis masih tebal... tetapi terpaksa mencuri-curi waktu yang sesuai agar semuanya dapat bergerak tanpa sekatan..

bisnes.. bisnes.. bisnes...

tak ada sesiapa pun yang dapat menafikan keresahan ekonomi yang kita sedang hadapi sekarang.. secara fantasi semuanya kelihatan normal dan biasa, tetapi secara realiti kita mula terasa terhimpit dengan perbelanjaan yang semakin meningkat sedangkan pendapatan masih tak berubah.. bukan nak salahkan mana-mana pihak kerana kita akur semuanya telah memainkan peranan yang sebaik mungkin untuk mengatasi kemelut yang berlaku... namun kita seharusnya harus terus bersyukur kerana negara kita masih lagi dapat bertahan dalam aspek kehidupan rakyatnya yang tidak tertekan kepada 'less economy value'.. dan seharusnya kita tidak usah merasa tertekan..

dalam masa yang sama juga kita seharusnya memikirkan jalan terbaik untuk meningkatkan taraf hidup kita... terutamanya dari segi ekonomi kerana pada teman, mengharap semata-mata kepada gaji sahaja sudah tak menjadi begitu rasional dalam keadaan begini.. ye ke??? ada yang bersetuju dengan teman?? mungkin ada, dan mungkin tidak...

teman memulakan langkah pertama dengan hasrat untuk memajukan ekonomi teman sendiri... cuba untuk menimbulkan minat dengan alam perniagaan.. bukan mudah sebab tak ada basic knowledge dalam bidang ini... sebab itulah teman tak dapat nak membahagikan waktu antara minat, kerjaya dan bidang yang teman baru ceburi ni.. terasa susah pada peringkat awal untuk memulakan langkahn seterusnya.. tapi bak kata orang.. tanpa pengalaman, kejayaan memang payah untuk bersama-sama klta.. so, we take the challenges, also the risks....

rakan kita... 9w2ZOS pun dah memulakan langkah di alam perniagaan di tahun 2010 nie.. dengan pembukaan fitness centre... sapa2 yang nak mantop-mantopkan body, jom kita bekunjung ke premis beliau di setiu.. teman pun dah register jadi monthly member... mana tau kot2 boleh jadi atlet bina badan pulak pas ni... hi hi hi.. tapi teman berbangga jugak sebab di setiu itu lah satu-satunya tempat yang ada kemudahan gym.. then dengar kata sikit lagi dia nak buka kelas arobik pulak.. haaa... kak yong 9w2YZU boleh lah nak release tension kat sini pas ni... he hehe he..

bahagian teman pulak, teman ubahsuai bagunan pejabat teman tu jadi studio karaoke.. dari tunggu hasil hujung2 bulan, sekarang teman tunggu hasil tiap2 malam... tapi tu lah.. bila teman kata studio karaoke nanti orang kata maksiat pulak... hehehe... jangan pikir macam tu rakan-rakan ku... studio ni bukanlah macam studio yang ada di bandar2 besar, yang menyediakan perkhidmatan2 extra, studio teman lebih kepada family entertainment.. ruang yang luas.. kalau tak percaya boleh tanya pada rakan2 di sini... ataupun 9w2DRP Pak Aduka yang pernah mendendangkan lagu d'Llyod, atau 9w2NSR, Pak Nasir dengan Dato' Shake nya..atau 9w2ZOS dengan Gadis Melayu... dan ramai lagi lah.. di samping release tension, teman buat sesuatu yang selari dengan minat teman dari kecik lagi... tak gitu... hehehehehe.. dan satu lagi teman buat ni secara legal dan ikut prosuder, ambik lesen dan permit dari pihak yang berwajib...

ok lah.. bukan nak kempen, atau nak selitkan iklan... tapi yang sebenarnya teman cuma nak melangkah menjadi seseorang yang baru... baik dari segi pengalaman dan pengetahuan.. kerana seboleh2nya teman nak mempelajari semua bidang yang teman termampu... itu jer..

oklah...teman kena berhenti dulu... kita jumpa di lain ketika... oppss.. sebelum tu.. sapa2 yang nak gunakan perkhidmata p.a sistem, untuk stage atau sebarang majlis, boleh kontek teman...(hik hik hik... sempat lagi tu)..

salam 73..

23 November 2009

CUTI SEKOLAH DAN BANJIR

Assalamualaikum.....

selamat bercuti teman ucapkan kepada semua warga pendidik dan juga anak-anak didik. ini bermakna kita semua terpaksa menunggu hingga ke awal tahun depan untuk merasai semula nikmat di alam persekolahan. memang saat-saat beginilah yang dinantikan oleh semua yang kerjanya bersangkutan dengan sekolah, tetapi ada juga di kalangan rakan-rakan dan anak didik kita yang terpaksa menumpukan perhatian kepada peperiksaan spm dan stpm yang sedang berlangsung.. rasanya tak menjadi masalah kerana itulah sebenarnya tanggungjawab yang kita para guru pikul dan kelek setiap masa.. yang tidak terlibat dengan peperiksaan tu dapatlah bercuti awal sikit.. boleh lah menyelesaikan perkara-perkara yang tergendala sementara cuti masih panjang lagi..

di pantai timur sekarang adalah musim banjir.. kelantan, terengganu dan pahang.. ada juga di sebelah utara yang mengalami kejadian yang serupa.. memang kena pada masanya... cuti dan banjir.. kenapa teman cakap macam ni?! sebabnya di kalangan warga guru ni boleh dikatakan mereka yang berasal dari kampung... yang biasa bermain dengan banjir.. dengan lumpur.. dengan pacat... so time2 macam ni lah nak lepas gian sambil mengenang masa lampau.. mungkin di tempat kita bertugas rasa segan sikit... apatah lagi bila dikelilingi oleh anak-anak murid yang sentiasa memerhati pergerakan kita.. bagi yang tak kisah tu, tak ada masalah lah.. hik hik hik..

di kampung tempay teman mengajar ni pun di landa banjir yang agak kuat... sebenarnya ni round ke dua.. round pertama ari tu tak berapa teruk suasananya... tiap-tiap hari teman meronda dengan jelopy teman ni meninjau keadaan banjir untuk di infokan melalui repeater.. bukan apa.. untuk kemudahan rakan-rakan yang menggunakan laluan untuk ke sesuatu tempat.. di samping tu boleh jugak main-main banjir..

kali ni yang paling teruk terjejas di kawasan setiu ni adalah di kampung permaisuri. di mana tempat tinggalnya rakan kita 9w2NSR, Pak Nasir.. rumahnya boleh dikatakan agak teruk jugak.. jelopy-jelopy yang sedang dalam baik pulih terpaksa di letak di tempat yang tinggi.. agak teruk jugalah menunda satu persatu.. teman pun selalu jugak duduk ngan dia di khemah pemindahan... makan nasi berlauk kan sardin di tengah-tengah suasana banjir.. seronok weiiiii... heh heh heh...

sapa-sapa yang nak merasai suasana banjir mari lah ke sini... rakan-rakan kita di kelantan pun ramai jugak yang menerima kesan dari banjir ni.. apa-apa pun kita doakan agar tiada apa yang buruk yang berlaku.. cuti, cuti juga.. banjir, banjir juga.. sambil berseronok tu jangan lupa keselamatan diri dan yang tersayang..

okay teman 73 dulu.. ada kat saltmine ke tiga ni untuk menyiapkan beberapa tugasan..


'SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERMAIN AIR DI MUSIM BANJIR.. TAPI HATI-HATILAH'

73 de 9w2DAP...

28 October 2009

PUTRA

assalamualaikum...

masih lagi dengan majlis pelancaran ASTRA TERENGGANU an Mega Eyeball Hari Raya. Masih terasa kemeriahan yang ada pada majlis tersebut.

sehari sebelum majlis, rakan-rakan dari kelab PUTRA telah membuat konvoi ke Kuala Berang, menemui rakan PEMANCAR di sana. on the way diorang tak singgah di setiu sebab perancangannya mereka akan singgah pada 17hb terus untuk majlis eyeball. jadi kami pun tak adalah membuat persiapan untuk menyambut konvoi pada 16hb tu.. dan kebetulan pada hari tersebut rakan-rakan di setiu agak QRL dengan kerja-kerja terakhir. dan kebetulan juga satu insiden menyayat hati telah berlaku pada hari tersebut, iaitu tragedi 'kepala air' yang melanda kawasan perkelahan Lata Payung.. dan kebetulan juga insiden tersebut melibatkan harmonik kepada rakan ham, 9w2RTM... mujurlah yang kehilangan nyawa bukan harmonik beliau (2 beradik). dan kalau anda perasan temubual dengan pihak TV3 keesokan harinya, harmonik2 9w2RTM lah yang memberikan keterangan. beliau juga turut sekali ada dalam temubual tersebut. sapa2 nak tengok klip video (full version) ketika kejadian berkenaan, boleh menghubungi 9w2RTM.

berbalik kepada kunjungan rakan rakan PUTRA, mereka tiba pada 17hb lebih kurang jam 2.00 petang. dalam 15 jelopy sarat dengan family.. hik hik... ramai jugalah.. walaupun ketibaan agak lewat, kami tetap menunggu sebab itu janji kami.. kami faham dengan keadaan konvoi... bila berkonvoi banyak perkara yang harus diambil kira..

so terima kasih rakan-rakan PUTRA yang di ketuai oleh 9w2WCL, selaku presiden dan jetua konvoi, 9w2JCD cikgu lan, 9w2YOO, 9w2YUM, 9w2RZN, 9w2PAC, Pok Su Lid dan ramai lagi... kalau tulis memang tak terdaya, sama juga dengan perasaan kami tak terdaya nak membalas jasa tuan-tuan datang ke majlis...

InsyaAllah kami ada perancangan ASTRA bersama SCORE untuk ke kelantan, seluruh pelusok negeri sebagai salah satu event yang dah lama kami rancangkan. cuma menanti masa yang sesuai saja...

ok... kena berundur dulu... apa apa pun terima kasih sekali lagi pada semua...

73....

QRT de 9w2DAP..

23 October 2009

Rentetan ASTRA TERENGGANU

Pada 25 APRIL 2009, rakan-rakan ham di Terengganu telah menerima penghargaan apabila pihak ASTRA PUSAT telah bersetuju untuk meluaskan cawangan ke negeri Terengganu. Ianya teriktiraf dengan sepucuk surat bertarikh 14 APRIL 2009 yang melantik Shaaini bin Md Jumaat (9w2DAP) sebagai Pengurus ASTRA Negeri Terengganu untuk penggal 2009/2010. Dengan keahlian ASTRA di Terengganu yang melebihi 50 orang, ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna.


Kemudahan yang dapat dinikmati sekarang adalah dengan adanya ‘local repeater’ di Bukit Bubus, Besut , 9M4RAC (146.675, minus 600, tone 85.4) dan juga ‘transnasional repeater’ yang beroperasi di Bukit Pak Kancil, Setiu (144.750, minus 600, tone 103.5) di mana ahli-ahli ASTRA di Terengganu boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan ham seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan radio amatur. Transnasional repeater buat masa sekarang dalam proses penyelenggaraan kerana link di Bukit Marak, Kelantan agak sukar untuk diterima audionya.. Kini ia dalam perancangan untuk link ke Brinchang apabila masalah di sana selesai.


Proses penambahan ahli-ahli baru masih lagi giat di jalankan di serata daerah. Rakan-rakan yang sudah berdaftar sebagai ahli ASTRA terutama di daerah Dungun, Marang dan Kemaman, boleh lah menghubungi Timbalan Pengurus ASTRA Terengganu, 9W2SIK (Tok Wan) di talian 019-9329066 untuk tindakan selanjutnya.


Buat masa sekarang, ASTRA TERENGGANU beroperasi dari pejabat yang dimiliki oleh 9W2DAP di PT 7309, Bangunan Permint, Guntong Luar, Setiu Terengganu.



73 de 9w2DAP

ASTRA TERENGGANU

Alhamdulillah selesai sudah majlis yang dinantikan oleh rakan-rakan ASTRA di negeri Terengganu ini. Lega rasa hati semua rakan-rakan kerana apa yang dirancang berjalan dengan lancar. justeru itu teman mewakili ASTRA TERENGGANU mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan -rakan yang sudi hadir di Majlis Eyeball Hari Raya dan Pelancaran ASTRA TERENGGANU pada 17/10/09 yang lalu.. tanpa sokongan dan kehadiran rakan-rakan semua, majlis itu tak akan menjadi meriah sepertimana yang telah berlaku.

juga di kesempatan ini teman juga mewakili ASTRA TERENGGANU mengucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Presiden 2 ASTRA, 9w2HLM, dan juga 9w2AXS(mirul) serta 9w2BLG(afzal) kerana sudi hadir dari jauh untuk memeriahkan majlis. juga kepada pengurus ASTRA KELANTAN, merangkap pengurus ASTRA PANTAI TIMUR, 9w2DTS dan timbalan, 9w2RCM, rakan2 dari tumpat, kota bharu dan pasir puteh.... terima kasih sekali lagi.

kepada warga kerja di terengganu, terima kasih semua.. 9w2SIK yang demam tapi tetap hadir memberi sokongan, rakan2 dari lokalan kuala terengganu, rakan2 smk lembah bidong, rakan2 dari PEMANCAR BESUT dan juga rakan2 dari SCORE... anda semua memang rakan yang terhebat.

okey... sempena pelancaran ASTRA TERENGGANU nie barulah teman beranikan keluarkan teraju utama.....


ASTRA TERENGGANU

Pengurus Negeri
Shaaini bin Md Jumaat - 9w2DAP

Timbalan Pengurus Negeri
Md Salleh bin Harun - 9w2SIK

Setiausaha
Refing bin Abd Ghani - 9w2CPJ

Bendahari
Rosli bin Mamat - 9w2XLY

Juruaudit
Zainuddin bin Dollah - 9w2RTM

Ketua ADEC
Zokri bin Othman - 9w2ZOS



Pengurus Daerah (D.O)


BESUT
Rezali bin Mohamed -9w2RLL

SETIU
Ahmad Faizal bin Tajuddeen 9w2 AFT

K. TERENGGANU/MARANG/HULU TERENGGANU
Wan Syukri bin Wan Mohamad Ali - 9w2WSY



AJK KHAS


Biro Kebajikan
Mat Rani bin Mamat - 9w2MYP

Biro Latihan
Anuar bin Ishak - 9w2ICT

Biro Penerangan
Mat Nasir bin Zakaria - 9w2NSR

Biro Repeater
Razali bin Sulaiman - 9w2RSM

Biro Rekreasi
Mohd Rosdi bin Kamaruddin - 9w2RRZ

Biro Perlesenan
Muhammad bin Awang Teh - 9w2JPJ


senarai ini mungkin akan berubah pada sesi akan datang... sebab kami dah merintis jalan dan membuat jalan yang boleh dilalui.. selepas pada ini terpulang pada anak-anak watan terengganu untuk mengubahnya menjadi satu lebuhraya yang besar... itu harapan kami.....

terima kasih sekali lagi kepada semua rakan-rakan... terutama kepada Presiden ASTRA, 9m2RR Pak Rahim kerana memberi laluan kepada ASTRA TERENGGANU. Komitmen kami kepada ASTRA tak akan berbelah bagi..

73..

06 October 2009

PELANCARAN ASTRA TERENGGANU DAN EYEBALL RAYA

Selamat hari raya sekali lagi buat semua rakan2... hari raya masih berbaki lagi ni... jangan lupa cepat-cepat habihkan kuih raya tu... nanti kita boleh dapat demam 'serodak raya' pulak... heh heh..

untuk semua rakan-rakan, teman mewakili ASTRA Negeri Terengganu menjemput semua untuk hadir ke majlis eyeball raya dan juga pelancaran ASTRA TERENGGANU pada 17 OKTOBER 2009 ni.. Majlis di jangka akan di sempunakan oleh YB ADUN PERMAISURI, En. Abd Halim bin Jusoh. di bawah nie teman attachkan sekali surat jemputan secara rasmi kepada semua rakan-rakan.

rakan-rakan yang bercadang untuk menginap di Setiu untuk majlis nie, bolehlah menghubungi teman di talian 012-9613520 atau boleh menghubungi DO ASTRA bagi kawasan Setiu, 9w2AFT (Cikgu Faizal) di talian 013-9805419.

16 OKTOBER tu ada acara bakar-bakar lemang. sesiapa yang tak QRL dijemput untuk bersama-sama bermandi asap di Setiu Driving Golf Range (saltmine 9w2IZT) pada jam 5.30 petang..





yang dekat-dekat tu datang le yer... kami menanti dengan tangan terbuka..
73 dulu...