23 October 2009

Rentetan ASTRA TERENGGANU

Pada 25 APRIL 2009, rakan-rakan ham di Terengganu telah menerima penghargaan apabila pihak ASTRA PUSAT telah bersetuju untuk meluaskan cawangan ke negeri Terengganu. Ianya teriktiraf dengan sepucuk surat bertarikh 14 APRIL 2009 yang melantik Shaaini bin Md Jumaat (9w2DAP) sebagai Pengurus ASTRA Negeri Terengganu untuk penggal 2009/2010. Dengan keahlian ASTRA di Terengganu yang melebihi 50 orang, ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna.


Kemudahan yang dapat dinikmati sekarang adalah dengan adanya ‘local repeater’ di Bukit Bubus, Besut , 9M4RAC (146.675, minus 600, tone 85.4) dan juga ‘transnasional repeater’ yang beroperasi di Bukit Pak Kancil, Setiu (144.750, minus 600, tone 103.5) di mana ahli-ahli ASTRA di Terengganu boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan ham seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan radio amatur. Transnasional repeater buat masa sekarang dalam proses penyelenggaraan kerana link di Bukit Marak, Kelantan agak sukar untuk diterima audionya.. Kini ia dalam perancangan untuk link ke Brinchang apabila masalah di sana selesai.


Proses penambahan ahli-ahli baru masih lagi giat di jalankan di serata daerah. Rakan-rakan yang sudah berdaftar sebagai ahli ASTRA terutama di daerah Dungun, Marang dan Kemaman, boleh lah menghubungi Timbalan Pengurus ASTRA Terengganu, 9W2SIK (Tok Wan) di talian 019-9329066 untuk tindakan selanjutnya.


Buat masa sekarang, ASTRA TERENGGANU beroperasi dari pejabat yang dimiliki oleh 9W2DAP di PT 7309, Bangunan Permint, Guntong Luar, Setiu Terengganu.



73 de 9w2DAP

No comments: