04 January 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

selamat tahun baru hijrah 1430 dan masehi 2009 kepada semua warga ham yang melawat blog ini.. mintak maaf kerana teman berada di luar lokalan sepanjang cuti sekolah dan tak mampu nak melayari jaluran internet dek kerana masalah masa..

kepada semua rakan yang menghantar pesanan di c-box, teman ucapkan salam contact perdan dan mintak maaf kerana anda menunggu agak lama untuk dibalas.. InsyaAllah teman akan cuba yang terbaik selepas ini untuk bersam rakan2 sekelian..

juga minta maaf kepada semua rakan yang mengenali teman sempena tahun baru ini.. mungkin ada kesalahan dan gurauan teman yang menyakitkan hati.. teman mintak maaf banyak2..

sambung lain kali.. teman ada keroje skit ni...

09 November 2008

C-BOX?? SHOUTBOX??? Kenapa digunakan untuk merosakkan blog rakan??!!

masa teman ke pasir mas ari tu, sempat le teman berborak dengan seorang rakan lama..agak panjang juga kami berbual.. dan dalam perbualan tu tercetuslah rasa kecil hati beliau terhadap apa yang berlaku pada blog yang diilhamkan untuk rakan-rakan mengetahui perkembangan terkini.. apa yang beliau kesalkan ialah ada di antara pelawat2 blog yang melontarkan kata-kata yang tak sepatutnya di ruangan c-box di blog tersebut, yang sepatutnya di gunakan untuk bertukar-tukar pandangan dan menambah rakan dah bertukar kepada ruang untuk kecam mengecam.. oleh kerana terlalu geram dn dah tak terlayan maka beliau terus buang ruangan c-box tersebut dari blog nya.. terkejut jugak teman dengan apa yang dia bagitau tu.. maklum le teman pun dah lama tak surf internet dek kerana QRL teman. ari ni terlanjur teman surf blog teman ni, teman menjenguk le sekejap ke blog dia.. memang betul.. ruangan c-box dah di tiadakan.. kesian dia.. dia pun macam dah tak ada semangat untuk upload berita2 terbaru dek kerana kerakusan orang lain yang pada teman merosakkan blog dan juga semangat beliau..

teman akur dengan kepelbagaian ragam 'stesen2' yang ada di sekeliling kita.. kita tak mampu nak mengawal mereka untuk surf ke mana2 sahaja mereka nak surf.. dan bila mereka ke blog kita sekurang-kurangnya pada teman mereka tu nak kan info2 yang terbaru.. secara tak langsung turut menaikkan ranking visitor di blog kita.. tapi yang teman tak paham kenapa mesti meninggalkan pesanan2 yang tak sedap mata melihat dan tak berapa sedap untuk ditutur.. Alhamdulillah setakat nie ruangan c-box teman tak pernah lagi terjadi perkara macam tu.. dan teman mintak sangat2 jangan le jadi sampai macam tu.. sebab niat teman bukannya nak merosakkan sapa2 tapi sekadar menyampaikan sebarang info yang teman ada di samping mengumpul rakan2 dari merata ceruk lokalan..

kepada rakan2 ham bloggers, bersabar lah dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi di blog kita. cuma kita jangan cepat melenting dengan apa jua yang menyentap perasaan kita bila melihat sesuatu yang kita tak suka. dan teman rasa janganlah di layan pesanan2 yang tak sepatutnya di layan. tumpukan pada nawaitu kita untuk menambah eratkan hubungan ham kita.. InsyaAllah..

teman tau mungkin ada yang marah dan tak setuju dengan apa yang teman tulis ni.. tapi renung2kanlah.. tak ada faedahnya kita merosakkan blog rakan lain semata2 kerana kita tak setuju denga apa yang diperbincangkan.. masih ada lagi saluran lain untuk berbincang dan membetulkan sesuatu jika ada yang tersalah.. bukan dengan cara menghentam bloggers tersebut di blog beliau sendiri..

ok.. teman menulis apa yang teman rasa patut teman luahkan.. kalo ada yang terasa hati, teman mintak maap banyak2 dari ujung rambut ke ujung kaki.. i'm not perfect, that's the truth but as a human being and a friend, it is not an error to share the others sadness..

jumpa lagi.. 73...

I'm Backkkkkk!!!!!

mintak maap ler.. di penghujung tahun ni makin banyak pulak keroje.. kat saltmine no 1 pun QRL, kat saltmine no 2 pun QRL gak... lumrah hidup sebagai pendidik.. kena terima dengan seadanya.. tapi teman tak pernah lagi mengeluh kerana ini bidang yang teman pilih..

kebelakangan ni ada jugak teman pegi majlis eyebll rakan2 walaupun QRL.. itu pun kena curi ruang waktu yang agak terhad.. terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana sudi menjemput teman.

lepas raya ari tu teman ke majlis makan lemang rakan2 AREC TMJ di base 9w2BET.. ramai jugak rakan2 yang sempat teman jumpa.. yang baru yang lama semuanya ada.. tahniah lah dari teman untuk rakan2 AREC TMJ yang berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya. cuma sayangnya teman tak sempat nak titipkan foto sebagai kenangan sebab teman ke majlis tersebut setelah 'di kidnap' oleh ayah pin, 9w2CPJ sebaik sahaja teman selesai turun dari Gunung Tebu. jadi kamera memang tak ada le... kalau nak tengok foto2 semasa eyeball tu boleh layari blog abe jai, http://9w2wok.blogspot.com...

pada 7/11 teman ke pasir mas pulak ke mega eyeball rakan-rakan di sana.. memang grand majlis yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Pasir Mas... kehadiran rakan2 dari serata ceruk rantau termasuk rakan2 dari HS9 tambah memeriahkan lagi majlis tersebut. teman bersama rakan2 dari setiu, 9w2NSR, 9w2IZT, 9w2PUZ bersama presiden kelab 4X4 Belantara, 9w2USU bergerak dari lokalan teman di sini selepas waktu maghrib.. sampai di sana sekitar QTR 9pm dan rakan2 dah memenuhi dewan.. untuk foto-foto lagi sekali kena layari http://9w2wok.blogspot.com... tapi teman ingatkan awal2 nie.. jangan terkejut lah bila tengok gambor teman dalam tu.. heh heh heh....

ok lah... kita sambung lain kali pulak.. teman nak beralih untuk siapkan tugasan lain pulak.. nanti teman sambung lagi..

QRX.. 73....

30 October 2008

jangan marah eh..

teman tengah banyak keroje.. ada masa nanti teman up date blog nih..

QRX....

16 October 2008

QRL...

minta maap le kengkawan semua.. terutama kepada mereka yang menghantar pesanan di c-box.. teman tak dapat nak balas keprihatinan anda semua...

teman memang agak QRL kebelakangan ini... beberapa jemputan untuk open house dan juga mega eyeball tak dapat teman penuhi.. jadi kepada semua rakan-rakan, teman mintak maap skali lagi..

pada 19/10 - 12/10 teman jadi guru pengiring untuk lawatan sambil belajar saltmine teman nie ke melaka dan kuala lumpur.. perjalanan menaiki keretapi bermula dari stesen tanah merah hingggalah ke tampin. perjalanan memang panjang dan agak memenatkan.. tapi kerana ramai di antara pelajar2 teman nie yang belum ada pengalaman menaiki keretapi, kita beri mereka peluang untuk measai suasananya. jam 8.30 malam di tanah merah dan sampai di tampin jam 8.00 pagi.. hampir 12 jam.

then naik bas pulak untuk lawatan dan seterusnya ke kuala lumpur.

11/10 jam 8.30 mlm naik keretapi dari KL Sentral pulak untuk balik ke terengganu. perjalanan agak lama kerana hampir jam 1 tengahari baru sampai di tanah merah.. it was more than 12 hours.. penat gilerrrrrrr... naik bas ke setiu dan sampai di base jam 3 petang..

12/10 tu jugak teman terpaksa melapor diri di pusat ko cawangan besut untuk Program Pendidikan Lepasan UPSR Peringkat Negeri Terengganu.. penat memang penat tapi tugas kena diutamakan.. teman bertugas di sana sampai 15/10.. tapi seronok gak tengok pelajar2 yang berbilang kaum buat aktiviti. hilang skit penat..

hari ni 16/10 teman ke Lata Belatan pulak untuk Program Unit Beruniform Sk Putera Jaya, bukan Putra Jaya KL tu.. tapi Putera Jaya di Setiu nih.. dan teman akan berada di sana sehingga 18/10...

18/10 tu pulak ada jemputan dari rakan AREC TMJ untuk majlis makan lemang sempena aidilfitri baru-baru nie.. InsyaAllah kalo berkesempatan teman akan ke sana.. teman cuba lah sedaya upaya teman..

jadi 10 hari straight teman berada di luar lokalan.. mintak maap le kalo ada pesanan dari rakan-rakan yang tak dapat dan tak sempat teman balas.. kalo ada masa yang terluang, teman akan qada kan balik masa teman di blog nie..

terima kasih semua..

73 de 9w2DAP..

p/s - takziah kepada 9w2XRR kerana kepulangan harmoniknya yang berusia setahun ke Rahmatullah pada 15/10/08 jam 9.00 mlm. kepada rakan-rakan yang ada no loceng beliau, titipkan lah sms sebagai tanda takziah kita.. Al-Fatihah...

p/s - juga kepada abe jai 9w2JLD, banyak banyak le makan ubat supaya cepat sembuh.. temam tak sabor-sabor nak berlumba dah nie... vrooommmmm... pissss... hik hik hik....

08 October 2008

time kasih rakan-rakan AREC TMJ

pada 4/10 yang lepas, jelopy sepupu kepada 9w2RRZ (cikgu rosdi) telah mengalami masalah di simpang empat kusial, tanah merah.. teman yang dihubungi oleh cikgu rosdi sendiri kemudiannya membuat loceng terbang ke 9w2JLD, wok jalal untuk mendapatkan nombor loceng 9w2YII.. oleh kerana QRL dengan sedikit tugasan teman tak dapat menghubungi 9w2YII, dan dengan bantuan wok jalal, beliau berjaya memberikan sedikit gambaran tentang masalah tersebut dan meminta bantuan cikgu yii kita untuk ke sana.

teman sampai di scene agak lewat, kerana bumper to bumper dan sedikit masalah jelopy.. setibanya teman di sana sudah ternampak kelibat 9w2YII, 9W2BET dan seorang lagi rakan yang teman tak QSL callsign nya. 9w2RRZ juga kelihatan sibuk menguruskan panggilan loceng.. maklumlah sudah tengah malam.. tak lama kemudian datang pula 9W2TXT dan sorang lagi rakan yang teman tak ingat juga callsignnya.. agak lama juga kami berada di situ.. sampai le jelopy tersebut pulih.. tapi teman terpaksa bergerak awal sebab teman perlu cepat sampai ke base untuk menyelesaikan urusan saltmine.

kejadian tersebut walaupun hanya satu peristiwa yang amat kecil, tapi ia memberi impak yang amat besar dalam kalangan warga ham sendiri.. betapa dengan kemudahan yang kita ada ini, kita mampu memberi pertolongan dan menerima bantuan walaupun secara dasarnya kita tak pernah mengenali wajah masing-masing. hanya audio sahaja..tapi semangat kekitaan inilah sebenarnya tunjang perpaduan di kalangan warga ham untuk menjadi lebih kuat dan bersatu.. teman bersyukur kerana di berikan minat sebegini, banyak faedah yang teman dapat.. ini juga antara kelebihan-kelebihan yang teman selalu war-warkan kepada mereka yang berminat dan ingin menceburi hobi ini. dan satu prinsip teman dalam ham yang selalu teman ingat ;

'jangan gunakan radio alat untuk mencari musuh, tetapi gunakan ia sebagai alat untuk mencipta rakan'......


terima kasih yang tak terhingga teman ucapkan mewakili 9w2RRZ kepada 9w2JLD, 9w2YII, 9w2BET, 9w2TXT dan dua rakan tersebut.. nanti kita TT smula deh...


- time kasih juga pada 9w2YON yang singgah di base teman semasa dalam perjalanan pulang ke kerteh pada 7/10... balik nanti jangan lupa panggil-panggil di udara yon.. akan kami pastikan anda masuk pukat kilat kami... heh heh heh....

TAKZIAH UNTUK 9W2BCA ( POK HAR LATI )

TAKZIAH...

hanya itu yang teman mampu katakan bila menghubungi 9w2BCA atau Pok Har dari lokalan Lati, Pasir Mas bila sahaja mendapat berita bahawa beliau kehilangan harmonik ke enam dalam satu kejadian kemalangan di Kg Gual Periok, Rantau Panjang pada 6 Oktober baru-baru ini. teman ada juga terbaca berita tersebut dalam tabloid KOSMO tapi tak terlintas langsung bahawa ia melibatkan rakan teman sendiri. untuk mendapatkan kepastian lanjut, teman menghubungi 9w2RRP, abe jie yang kemudiannya mengesahkan berita tersebut. lantas teman terus melayangkan loceng terbang kepada 9w2BCA dan hanya perkataan itulah yang mampu teman perkatakan.

kepada rakan-rakan yang membaca berita ini, sama-samalah kita berkongsi kesedihan dengan beliau dengan melayangkan sms atau menghubungi terus Pok Har kita di talian maxis 9881114.. semoga dengan kehadiran sms ini InsyaAllah akan merungkai sedikit kesedihan yang dialami oleh Pok Har sekeluarga.

Berikut adalah sedutan berita yang teman petik dari Harian Metro, Selasa 7 Oktober 2008..

Terpelanting dirempuh kereta

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM), kira-kira jam 8 malam hari kejadian.

Wina, seorang pengusaha salun kecantikan, berkata dia bersama suami, Azhar Che Ya, 40, dan lima anak pergi ke rumah ibu saudaranya dari rumah mereka di Kampung Lati bagi menghadiri majlis sempena Aidilfitri.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui bagaimana arwah tidak sempat melintas sedangkan dua abangnya sudah berada di tepi jalan.

Selepas kejadian itu, suaminya terus bergegas membawa Mohd Shahadah ke HPM untuk menerima rawatan lanjut, tetapi dia disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.

“Kejadian itu memang tidak diduga berikutan tempat kejadian jalan kampung, ditambah pula ada majlis kenduri di kawasan berkenaan.

“Saya sedih dan kesal dengan sikap pemandu kereta itu kerana memandu terlalu laju,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Jenazah anak keenam daripada tujuh beradik itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lemal jam 11 pagi semalam.

Seminggu sebelum kejadian itu, kata Wina, arwah agak manja kerana sering mengadu sakit dan menangis walaupun hanya luka kecil di jari dan lutut selepas terjatuh ketika bermain.

“Saya tak sangka perubahan itu menandakan dia akan pergi meninggalkan kami selamanya kerana dia agak pendiam berbanding adik-beradik lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haliludin Rahim, berkata pemandu Wira Aeroback terbabit membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, petang semalam.

“Dia yang berusia 39 tahun yang melanggar mangsa tampil membuat laporan jam 6 petang ini (semalam). Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat,” katanya.

Beliau meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7908222 untuk membantu siasatan.


kepada Pok Har sekeluarga, teman sekali lagi mengucapkan takziah..


- AL- Fatihah untuk Allahyarham Mohd. Shaadah Azwina Azhar.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin.. Amin..

05 October 2008

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI

selamat hari raya teman ucapkan kepada semua rakan-rakan ham atau pun yang bukan ham, yang melawat blog teman nih.. teman secara jujur memohon ampun dan maaf andaikata ada perbuatan dan juga kata2 teman samada di daratan mahupun udara, ataupun di blog ini yang menyinggung perasaan mana2 pihak.. segala kekurangan yang ada adalah kelemahan dari pihak teman sendiri manakala jikalau ada yang baik itu semuanya dari Allah SWT....

teman balik ke kg di sungkai pada 30/9, sehari sbelum raya.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..cuma tak sempat juga nak berbuka bersama dengan family. takpelah nak buat macam mana.. teman dapat balik pun dah syukur seribu rahmat... adik beradik pakat berkumpul semuanya tahun ni.. jadi memang meriah sakan le.. nasib baik base ayah teman tu dah renovate ke rumah batu.. kalo idak runtuh le jawabnya.. heh heh..

terima kasih juga kepada rakan2 yang menghantar ucapan melalui sms.. yang mana sempat teman balas tu hendak-hendaknya dapat la yer.. yang tak sempat tu teman mintak maap banyak2.. mungkin teman QRL atau teman tak berapa perasan samada berbalas atau tidak..

juga tidak ketinggalan rakan ham yang teman anggap sebagai abang di utara, 9w2HLM, abg halim yang sentiasa memberi semangat dan perangsang pada rakan2 ham.. terima kasih bang halim kerana sudi singgah di sini..

teman kena keluor jalur dulu.. maklum le baru masuk saltmine. ada masa nanti teman sambung lagi..

QRX, 73 clear..

24 September 2008

MEGA EYEBALL AIDILFITRI RAKAN HAM KELANTAN

Makluman kepada semua warga radio Pantai Timur khususnya dari negeri Kelantan, satu program perhimpunan warga radio akan diadakan pada 11 Oktober 2008, hari Sabtu Semua warga radio di negeri Kelantan atau yang tinggal di luar Kelantan dan bercadang untuk pulang berhari raya, dijemput untuk menyertai program tersebut.

Bertempat di BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga radio tak kira dari apa saja persatuan dan pertubuhan sama ada dari persatuan komersial maupun persatuan radio amatur seluruh negeri. Program ini merupakan program gabungan kelab-kelab radio di seluruh negeri Kelantan.

15 buah kelab yang terdiri dari kelab radio amatur dan juga kelab komersial yang telah berkesudian hadir mewakili kelab masing-masing ke mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Program Eyeball Raya pada 21 September 2008 di PKG Ketereh (SK. Ketereh). Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pak Sukeri (9W2DTS) mewakili pihak ASTRA Cawangan Kelantan selaku pencetus idea bagi program ini merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

" Friendship Throughly Air Wave"

* di petik dari - http://astrapantaitimur.blogspot.com/

- minta maaf abe yie sebab tak dapat hadir masa meeting. semoga semua berjalan lancar dan all the best untuk rakan-rakan penganjur majlis..

22 September 2008

9w2NSR heh heh heh....

nie lah tok guru teman dalam arena automotif, pakar bedah jelopy di setiu nih.. handle PAK NASIR.. memegang callsign 9W2NSR.. jaga-jaga... garang nih... kalo dia tau gambo dia di publish kat blog nih, masak teman kena rebus dengan dia.. heh heh heh.. tapi orangnya baik.. walaupun suka menyakat dengan suara garangnya...

hidup pak nasir... hidup 9w2NSR.. selamat ari raya...

tengah melantak megi di malam hari di restoran de' river...