24 September 2008

MEGA EYEBALL AIDILFITRI RAKAN HAM KELANTAN

Makluman kepada semua warga radio Pantai Timur khususnya dari negeri Kelantan, satu program perhimpunan warga radio akan diadakan pada 11 Oktober 2008, hari Sabtu Semua warga radio di negeri Kelantan atau yang tinggal di luar Kelantan dan bercadang untuk pulang berhari raya, dijemput untuk menyertai program tersebut.

Bertempat di BTPN Kelantan, Pengkalan Chepa. Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga radio tak kira dari apa saja persatuan dan pertubuhan sama ada dari persatuan komersial maupun persatuan radio amatur seluruh negeri. Program ini merupakan program gabungan kelab-kelab radio di seluruh negeri Kelantan.

15 buah kelab yang terdiri dari kelab radio amatur dan juga kelab komersial yang telah berkesudian hadir mewakili kelab masing-masing ke mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Program Eyeball Raya pada 21 September 2008 di PKG Ketereh (SK. Ketereh). Sesungguhnya komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan.

Pak Sukeri (9W2DTS) mewakili pihak ASTRA Cawangan Kelantan selaku pencetus idea bagi program ini merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

" Friendship Throughly Air Wave"

* di petik dari - http://astrapantaitimur.blogspot.com/

- minta maaf abe yie sebab tak dapat hadir masa meeting. semoga semua berjalan lancar dan all the best untuk rakan-rakan penganjur majlis..

No comments: