22 September 2008

majlis berbuka puasa PEMANCAR Besut


pada 20/9/08, rakan rakan dari PEMANCAR Besut telah mengadakan satu majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Restoran Kuning, Alor Lintang... dianggarkan lebih 100 rakan amatur dari pelbagai kelab telah hadir memenuhi jemputan. teman bersama 9w2NSR dan 9w2CPJ mewakili SCORE Setiu turut bersama-sama rakan lain dari BELANTARA, AKRAB dan PUTRA menjamah hidangan berbuka yang agak pelbagai. turut kelihatan di majlis itu ialah 9m2SIX (pak nan) dan 9w2PKG (pak ku) yang merupakan OT dalam ham di Terengganu ini.

kepada PEMANCAR Besut, terima kasih sekali lagi atas jemputan.

No comments: