28 January 2009

KONVOI RAKAN UTARA SUDAH SAMPAI

Alhamdulillah...

konvoi rakan-rakan utara selamat sampai ke lokalan pantai timur pada 24/1/2009 yang lalu. hajat teman nak menyambut konvoi di machang tetapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana hujan lebat di lokalan teman dan di machang sendiri...

pada malam tu teman bersama rakan-rakan SCORE berkunjung ke Tok Bali untuk bertemu dengan rakan-rakan utara. antara rakan SCORE yang hadir pada malam itu termasuklah 9w2CPJ, 9w2ZOS, 9w2BOM dan 9w2ASD.. kami sampai ke lokasi lebih kurang jam 10 malam setelah kenyang makan buah langsat akibat tersesat... hahahaha....

di sana sempat berjumpa dengan 9w2DMG, 9w2HLM, 9w2OCC dan rakan-rakan lain. walaupun suasana seolah-olah dalam keromantisan candle light dinner akibat terputus bekalan elektrik, kemesraan tetap terjalin tambah-tambah lagi bila bertemu dengan rakan-rakan yang sudah sekian lama tidak ketemu. tidak ketinggalan juga 9w2DFA, ustaz najdi yang turut berada di lokasi..

keesokan harinya teman bersam-sama rakan SCORE menanti pula di Setiu. Konvoi yang turut sama disertai oleh rakan-rakan dari Pasir Putih dan Kota Bharu tiba di lokalan agak awal dari masa yang di janjikan. mereka di sambut di Jertih menuju ke Kg Raja oleh marshal-marshal SCORE yang di ketuai oleh 9w2RRZ, 9w2CPJ, 9w2ZOS sambil di bantu oleh 9w2ASD dan 9w2PUZ.. teman hanya menanti di lokalan kerana terpaksa menguruskan persiapan di lokasi eyeball. QTR 1 pm konvoi sampai di setiu dan di bawa dulu untuk menikmati kesegaran angin monsun di pantai Penarik.. teman ke sana bersama kuda besi teman untuk turut sama-sama mengiringi konvoi ke lokasi di Setiu Drive Range. QTR 2.30 pm konvoi mula bergerak ke lokasi dan sampai lebih kurang setengah jam kemudian. rakan-rakan SCORE telah berada di lokasi untuk menyambut ketibaan konvoi..

beberapa aktiviti telah dijalankan. aktiviti pertama adalah memukul bola golf ke sasaran dn pemenang di kira kepada jarak yang terdekat. aktiviti kedua pula memakai sut anggota bomba dan pemenang dikira berdasarkan masa terpantas. terima kasih abang-abang bomba kerana kerjasama yang diberikan.

konvoi bergerak pulang setelah selesai acara penyampaian hadiah dan pertukaran cenderahati. lagi sekali marshal-marshal mengiringi pergerakan konvoi sehingga ke lokasi penginapan di Tok Bali. dan teman sampai semula ke base lebih kurang jam 9 malam.

di kesempatan ini teman mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan utara yang sudi menjengah ke setiu.. jutaan kemaafan juga jika ada sebarang kekurangan yang kelihatan di majlis tersebut. jutaan terima kasih juga kepada :

- 9w2DTS dan family
- 9w2WCL dan family
- 9w2JCD
- 9w2RZN
- 9w2YOO
- 9w2YUM
( juga kepada semua rakan-rakan KotaBharu/Pasir Putih/Bachok yang turut sama-sama menjayakan majlis)

- 9w2RLL ( Poksu Lie)
- 9w2FAC
( dan semua rakan-rakan dari lokalan Besut)

- semua rakan-rakan dari lokalan Kuala Terengganu dan Kuala Berang

dan tak lupa juga TERISTIMEWA kepada seluruh warga SCORE sendiri yang bertungkus-lumus membuat persiapan dari peringkat awal. semoga kerjasama dan semangat muhibbah yang terjalin ini akan terus berkekalan dan menjadi teras untuk kita bersatu sebagai warga ham yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

terima kasih semua.

73, clear....

p/s - foto-foto semasa majlis akan di upload nanti sebab teman masih menantinya dari jurufoto, 9w2JPA.

No comments: